Bagaimanakah Mengatasi Masalah Pemalu Dan Perasaan Malu?

pemalu

pemalu

“Masalah yang saya hadapi adalah, saya seorang yang pemalu.

Saya malu berbincang dengan orang – orang yang tidak dikenali, terutamanya lelaki. Perkara ini telah membuatkan orang lain beranggapan saya adalah seorang yang sombong.

Saya tidak tahu bagaimana untuk menjalinkan hubungan dengan orang lain.

Semua rakan sekelas mengatakan saya seorang yang pendiam dan tidak pandai bercampur dengan orang lain.

Inilah membuatkan saya resah dan berusaha mencari jalan penyelesaiannya”

Malu adalah sebahagian daripada iman. 

Sifat malu sangat penting untuk dimiliki oleh setiap muslim.  Malah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam sendiri merupakan insan yang pemalu. 

Diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih malu sifatnya dari seorang gadis yang di dalam pingitannya.

Tetapi letaklah rasa malu di tempat yang sepatutnya.

Malulah dalam kebanyakan hal, namun dalam bab ilmu, menyatakan kebenaran dan mengejar ganjaran untuk berbuat kebaikan jangan pula malu menghalangi diri kita.

Pemalu Tak Bertempat

Kita semua harus sedar bahawa rasa malu yang tak bertempat akan membuatkan hidup kita kehilangan banyak kesempatan dan peluang untuk menikmati hidup yang lebih indah.

Juga membuatkan kita tidak dapat bergaul dengan orang lain, tidak dapat meluahkan pendapat dan pemikiran yang dimiliki.

Malah hanya boleh menjadi pendengar sahaja.

Atasi Masalah Ini Secara Berperingkat – Peringkat

Untuk melawan perasaan malu ini, kita boleh melakukannya secara berperingkat – peringkat, dengan belajar cara etika pergaulan, selalu tersenyum dan mengingatkan diri sendiri bahawa orang lain ada kerja sendiri dan tiada masa untuk memperhatikan anda.

Ingatlah kita sebenarnya mempunyai banyak keistimewaan. Kita boleh menulis dan membacanya setiap saat untuk meningkatkan perasaan percaya diri.

Tiada Orang Yang Memerhatikan Kita Sebenarnya

Jangan terlalu memperbesar – besarkan dan memikirkan kelemahan yang dimiliki. Jangan beranggapan bahawa orang lain menjauhi kita oleh kerana kekurangan tersebut.

Setiap orang mempunyai kelemahan tersendiri, bukan kita sahaja yang memiliki kekurangan.

Yang penting adalah kita berusaha dengan semaksimum mungkin untuk memperbaiki kelemahan kita dengan tenang.

Jangan sesekali kita beranggapan bahawa kekurangan kita akan menjadi bahan cemuhan orang lain.

Inilah yang sebenarnya menyebabkan rasa malu, iaitu takut  menjadi bahan bualan dan cemuhan orang lain.

Mesrakan Diri Untuk Berkenalan

Selain itu, jangan malu untuk berkenalan dengan orang lain.

Berkenalan dengan orang lain bukanlah perkara yang susah, selagi kita mahu berusaha dengan kesabaran untuk melakukannya.

Pemalu kepada Lawan Jenis

Ini adalah masalah biasa. Sesipa pun pasti malu bila berhadapan dengan lawan jenis.

Tapi sebenarnya rasa malu ini boleh menambah kecantikan seorang gadis dan boleh memberi kehormatan yang tinggi dihadapan kaum lelaki.

It’s better than dengan keberanian yang berlebihan yang boleh menurunkan nama baik seorang gadis itu dan menjadikan orang lelaki memandang rendah terhadapnya.

Bukanlah Perkara Yang Sukar

Untuk melawan rasa malu terhadap lawan jenis, katakan pada diri bahawa ini adalah bukan suatu perkara yang sukar.

Berbicaralah dengan tenang dan suara yang jelas, selama perhubungan itu atas dasar pelajaran atau pekerjaan.

Kita juga harus menjadi pendengar yang baik apabila ada orang bercakap dengan kita, supaya hati dia tidak tersinggung.

Kita mampu untuk mengatasi rasa malu itu, kita harus padamkan pemikaran yang mengatakan sukarnya untuk bergaul dengan orang lain.

Ingatlah bahawa terdapat jutaan manusia yang telah berjaya untuk melawan rasa malu.

Oleh itu, buanglah rasa malu yang tidak bertempat dan berbahagialah dengan kehidupan kita.

malu

malu

Masukkan alamat email anda untuk subscribe / melanggani blog ini dan menerima setiap artikel baru melalui e-mel.

Join 2,153 other subscribers

Comments

  1. azman says

    Assalammulaikum semua sya ada masalah tetang diri sya memang sukar nak bercakap depan perempuan2 dari permulaan

  2. Hamba Allah says

    As salam.. Sy seorg yg agak pemalu dan introvert. Tp sy tak pasti kalau sy seorg yg pendiam sbb sy senang bergaul dgn org yg sy masuk je. Sy seorg perempuan yg lembut and ambik course engineering. So majoriti lelaki dlm kelas tu. Perempuan yg x ramai ni perangai semua gila2 dan sy x berapa masuk tp still sy kwn dgn diorg cuma x rapat. Sy lg rapat dgn kwn2 course lain yg sy masuk. Sy x tau mcm mana nak get long dgn diorg n budak2 laki kelas saya tu. Sy rasa makin tak selesa dlm kelas tu skrg. Perlu ke sy tgkatkn effort utk get long dgn diorg? Jujur sy x berminat nak kwn dgn org yg sy tak masuk.

  3. says

    aq termsuk kategori di atas,pemalu/pendiam,perbedaannya apa c,apa bnar org pemalu itu seram,menakutkan,begitu kta org c

  4. n,ina says

    Assalamualaikum, saya memang seorang yang pemalu dan sering dikritik… walaupun saya seorang pengawas,saya tidak boleh menjalankan tugas saya dengan baik kerana sifat pemalu saya yang terlampau ini..saya hanya dipilih kerana saya cemerlang dalam pelajaran dan bukannya kerana saya seorang yang tegas ..saya hanya rapat dengan orang yang tertentu sahaja dan saya lansung tidak pandai bergaul dengan saudara dan tidak mempunyai kawan yang ramai..saya sangat sedih dengan sifat pemalu saya ini..sila bantu saya untuk memberikan pendapat untuk mengatasi masalah ini..terima kasih.

  5. says

    ASSALAMUALAIKUM…IZIN COPY ARTIKEL NI..HEHEHE…TAKYAH RISAU SAYA AKAN KREDIT KAN KE BLOG USTAZ..HEHEH..TERIMA KASIH HEHE :D

    • syah says

      assalammualaikum .umur sya 16 tahun sya seorang yang agk pemalu. ketika saya lepak dengan kawan2 saya sering mendiamkan diri saya ingin meluahkan apa yang hendak dikatakan tetapi tidak sampai saya hanya bercakap dengan kawan rapat saya sahaja .tolong bantu saya…

  6. nur hana says

    as salam,sy berumur 15 thun. sy seorg yg agk pemalu sehinggakn ad kwn sy yg mmbuli sy. sy memng teringin nak jadi ceria,happening,peramah,tegas dan berani. mcm mna sya nak berubah utk mmpunyai sifat sperti yg sy ktakn itu? tlonglah brikn sya tips juga supaya org2 x berani utk membuli sya lagi…

  7. Hana says

    Assalamualaikum.Dari sekolah rendah lagi saya dilabel sebagai gadis yg pemalu dan pendiam.Dkat primary sekolah,tak lah teruk sangat sifat ni sbb saya boleh kawal.Bila masuk skola menengah-sekarang ni Form 5,perasaan malu ni tak hilang-hilang jugak.Hubungan saya dgn kwn-kwn pun tak ok sbb sejak budak baru masuk ke sekolah saya,kwn-kwn lebih beri perhatian pada dia.Saya cuma jadi pendengar dan rasa macam melukut di tepi gantang.Apa yg perlu saya buat utk atasi masalah ni?

  8. says

    Asalam ustaz, sy seorang yang sangat pendiam. sy juga x ada ramai kawan, sy xtahu mcmana nak selesaikan masalah terlalu pemalu ni. banyak cara sy pujuk diri supaya buang perasaan malu x bertempat. sy selalu berasa rendah diri dan x ada keyakinan diri. sy ambil kos art yang memerlukan kita pandai bercakap dan bersosial. masalah sy, bila berkumpul ramai2 mcm dlm kelas sy x reti utk menyesuaikan diri dan x reti bergaul dengan kawan baru. kalau org yg mulakan dulu dan byk bercakap dgn sy, sy akan selesa dengan org tersebut. tetapi sy x reti utk mulakan dulu dan lebih suka berdiam diri. sy selalu berdialog dgn diri sendiri, pujuk diri jgn terlalu melayan perasaan terlalu pemalu. ustaz ada tips berguna x utk meningkatkan keyakinan diri? ada x doa yg boleh diamalkan utk keyakinan diri? harap ustaz dpt membantu sy dlm mslh sy..jazakallahukhoir..

  9. nana says

    Assalam ustaz, sy juga mengalami masalah yang sama. sy seorang yang sangat pemalu dan tidak mempunyai ramai kawan..sy selalu berasa rendah diri dan apabila ada group discussion, mcm2 idea sy ingin luahkan tetapi takut x ada org yang sudi utk mendengar. ada x tips yang berguna utk tingkatkan keyakinan diri? doa2 yang dapat diamalkan? sy harap ustaz dapat membantu. trima kasih

  10. says

    Saya tidak tahu cara berbual,Akakku tidak mahu membantuku,Budak ketot,Pun dah berani melawanku,malah budak Oku!,tolong saya admin,saya taknak kawan dengan oku cina yang makan khizir..Sampai bila saya nak kawan dengan oku tue?,Kadang-kadang oku tue pun mengambil kesempatan..Kawan saya yang saya percayai telah pun pindah ke sekolah lain kerana dibuli..:'(..Bantulah saya..ajarkan saya untuk berbual,Harus topik apa?

  11. syabil says

    .. saya ada ilmu. amalkan Doa nabi musa wahai Tuhanku lapangkan dadaku..dan mudahkan urusanku,dan lepaskan Simpulan lidahku, supaya mereka(Firaun dan kroni) paham perkataanku… if nak makbul baca setiap 5 minit sekali selama 2 bulan.. macam wali lah berdzikir setiap masa tu yang minta apa apa boleh makbul Perkataannya wahai anda yang memikirkan..

  12. almira adra says

    assalamualaikum,, malu.. dikawal oleh minda.. saya pun tidak terlepas daripada sifat ini,, .tapi kadang2,, sy bersyukur kerana malu membuatkan diri kita istimewa.. kalo malu yang terlalu serius , blh dikatakan fobia.. iaitu sebahagian drpd mlsh takut yang serius .. ^_^.. tetapi mslh sy,, sy sprt sang kancil apbila berada di tgh org ramai,, apatahlagi dgn llaki, ,, sehingga org menganggap kita sombong,

  13. saudagarPemalu says

    Assalamualaikum,sy berumur 16 thn, sy ade masalah dengan sifat pemalu dan pendiam yg sy ade, sy sukar utk bergaul sesama rakan baru, terutama pd rakan perempuan… sy rase sperti ade yg perhatikan sy mmbuatkn sy tidak senang utk membuat sesuatu. Dan kalau saya bertanya soalan pd guru/ berbual dgn rakan msti suara gugup dan suara perlahan, sedangkan di rumah sy mampu utk bercakap jelas dan lancar. Minta pandangan drpd admin tntang masalah yg sy hadapi ni :-) terima kasih .

  14. seha says

    asslm, saya rasa malu sangat nak cakap dengan org yang tak dikenali terutamanya lelaki. baru-baru ni saya ditugaskan untuk bekerjasama dgn sorg senior lelaki utk program univrsiti. spnjang perbincangan tu, saya mcm org tak betul je sbb asyik cakap benda mengarut dan cakap pun tergagap-gagap. dia pulak nampak macam fed up je dgn saya. susahlah nak buang perangai malu tak bertempat ni. sampaikan org ingat saya ni sombong padahal saya tak.

  15. aliabuabu says

    saya pemalu….kalau owng tngok muka saya lama-2 terutama perempuan atau bnde yg membuat saya malu, muka saya jadi merah……dan ia membuat saya rse tidak berkeyakinan dlam smua hal yg hendak saya lakukan….

  16. zura says

    Assalamualaikum w.b.t

    Saya mengalami masalah malu yang tak bertempat ini sejak zaman sekolah lagi..Sehingga sekarang bila sudah masuk belajar di IPTA pun masih berasa malu.. Kadang2 saya merasakan yang perasaan malu Ini menghalang saya untuk melakukan sesuatu kerana takut dengan pandangan dan tanggapan orang terhadap saya..Saya juga tidak punya ramai kawan..Saya lebih suka menyendiri dan melakukan satu2 perkara secara berseorangan dari berada dalam kelompok kumpulan yang ramai..Bila diajak oleh kawan2 baru saya akan pergi kepada mereka..Saya juga susah untuk memulakan bicara..Biasanya bila orang bertanya kepada saya baru saya jawab..Saya juga rasa rendah diri dengan keupayaan diri saya..Tak yakin dengan sesuatu yang saya buat…Dengan malu yang tak bertempat ini jugak sebenarnya menjadi penghalang kepada saya untuk study dengan kawan2..Malu nak bertanya..dan saya juga sangat malu nak berkawan dengan lelaki walaupun hanya untuk perihal pelajaran sahaja..Saya hanya akan rasa selesa dengan orang yang benar2 rapat dan memahami diri saya..Saya tak pandai nak bergaul dengan orang dan ada sesetengah orang beranggapan yang saya sombong..Sedangkan sebenarnya bukannya sombong tapi disebabkan rasa malu yang tak bertempat yang ada pada diri saya..Saya juga tiada kemahiran berkomunikasi dan bersosial dengan orang menyebabkan saya rasa rendah diri..Saya juga tak mampu bercakap dikhalayak ramai dan takut dalam menegaskan kata2 saya..Saya juga kadangkala teringin untuk bercakap meluahkan pandangan dan idea tapi takut tidak pula mahu didengari oleh sesiapa..Bantulah saya dalam menangani rasa malu ini dan bagaimana caranya untuk saya pertingkatkan keyakinan diri agar orang lain tak pandang lemah kepada saya..Sekian terima kasih..:)

  17. marusama says

    Salam,, saya mempunyai masalah yang sama, sy seorang yang pemalu.. tetapi saya bukanlah pemalu sangat.. tapi saya ade masalah bila saya bercakap dengan orang lain samada kawan rapat atau orang yang tak dikenali bahasa saya jadi berterabur.. maksudnya cara percakapan saya tak sampai sepenuhnya kepada pendengar.. ini membuatkan saya rasa rendah diri..macam mana sy nak atasi masalah saya ni ye?.. kadang2 saya ade tanya kawan saya macam mana cara saya cakap, then mereka bagitahu yang cara saya bercakap agak mengkonfiuskan.. saya dah tak tahu nak buat macam mana rasa downnnn sangat.. saya rasa kawan2 tak berminat nk berbual dengan saya sebab masalah saya ni.. hari2 saya doa agar Allah lancarkan percakapan saya ni.. kadang2 sy jadi gagap dan tak boleh nk smpaikan sesuatu dengan jelas.. then saya give up dan jadi pendiam.. skg sy dah berada di alam univ, sy masih menghadapi masalah ni, sy xde ramai kawan disini.. sangat down, xde konfident nak bercakap kat depan orang ramai.. saya dah usaha tapi saya belum dapat apa yang saya nak..

  18. Anonymous says

    Umm saya perempuan dan saya ada masalah sikit dengan lelaki.. Saya takut nak tegur kawan2 lelaki yg matang. Dan time kami ada kerja kumpulan saya malu utk tegur mereka dan ada yang kata saya ni sombong, boleh tlg tak? terima kasih :)

    • says

      As Salam.. Seperti point saya diatas, untuk melawan perasaan malu ini, kita boleh melakukannya secara berperingkat – peringkat.

      Belajar cara etika pergaulan, selalu tersenyum dan mengingatkan diri sendiri bahawa orang lain ada kerja mereka sendiri dan tiada masa untuk memperhatikan sebarang kelemahan kita..

      Jangan takut untuk memulakan berbicaraan. tenangkan diri. belajarlah untuk berkomunikasi sedikit demi sedikit sesuai dgn keyakinan kita. Yang penting jangan takut =)

  19. says

    salam,saya ni xda masalah dlm isu pergaulan,saya bkn jnis pndiam,,,dlm perhubungan sesama keluarga,kawan saya okay,,jnis yg banyak bcakap(dengan org yg rapat jer la)…saya mnjadi masalahnya,saya jadi malu bila nk pegi interview,saya pikir macam2,pikir pandangan org terhadap saya ni,kdg2 sya perasan,,,,bila ada intviu,saya akan pikir macam2,nk drve sorg,nk kena ada teman,xtw jalan nk pgi,ahhh mngadala prgai sya,,smpai nk kna mnx kwn teman kan saya untuk ke tmpt intbiu,sya benci perngai ni,sya sdar sya mnyusahkan org lain,,,cmna nk berubah,faham x stuasi sya skrg,mcm berdialog dgn diri sndiri,help me.:(?

  20. aqil says

    Salam.. saya pon seorang yang pemalu jugak tapi bukan lah pemalu sangat.. yang menjadi masalah saya ni saya susah untuk memulakan dulu perbualan dan saya sangat memerhatikan cara saya bercakap dan kadang2 tu saya rasa rendah diri sebab saya tak pandai sangat nak bercakap tambah-tambah dengan orang yang baru kenal.. hmmm sedih pulak rasa.. btw tread ni memang membantu thanks :)

    • says

      As salam.. kena beranikan diri untuk bertanya dan cuba cakap2 dengan orang yang baru kita kenal tu.. Lama – lama nanti, insyaallah kita tidak akan kekok lagi.. =)

  21. Wicked says

    Saya bukanlah seorang pemalu malahan saya boleh sahaja bercakap dengan sesiapa sahaja. Masalahnya, saya lebih suka bersendirian, dan hanya bercakap dengan perempuan jika mempunyai urusan namun kadang-kadang mood saya berubah apabila bersama rakan-rakan lelaki, jika bersama rakan lelaki saya lebih merasa selesa untuk bercakap dengan perempuan.

    Selain itu, saya selalu mengkritik diri sendiri kerana kurang bergaul dengan perempuan. Oleh itu saya kurang mengetahui tentang bagaimana caranya untuk bergaul dengan perempuan dengan mesra.

    Di samping itu juga saya takut akan pandangan orang lain terhadap saya, saya takut dikritik, tetapi saya boleh sahaja untuk bercakap di hadapan ramai untuk membuat presentation oleh itu kebanyakkannya saya bersikap formal daripada spontan.

    Saya rasa saya seorang yang sangat pelik….

    • says

      Saya tidak rasa awak pelik.. itu normal la.. jangan takut untuk dikritik, relax dan bersikap tenang apabila menghadapi situasi yang sebegitu.. Insyaallah awak akan tidak lagi akan berasa gugup sebegitu.. yang penting, bertenang.. =)

  22. Nana says

    as salam.. ustaz,sy jg mghadapi mslh yg sme.. sy seorg yg sgt pndiam & pemalu dgn org skeliling sy.. antara sbb2 sy pndiam ialah krn sy trlalu memikirkan tanggapan org terhdp diri sy.. sy bmbang jika sy mengatakn prkara2 yg tidak spatutnya atau tersalah mengatakan sesuatu akn menyebbkn org bnci kpd sy.. sy jg mengalami kesukaran utk menzahirkn apa y ada dlm fikirn sy..

    • says

      As salam.. cuba fokuskan dalam fikiran kita bahawa tiada siapa yang memerhatikan setiap gerak geri kita, kerana sememangnya memang tiada siapa memerhatikan kita.. itu sebenarnya mengongkong diri kita selama ini =)

  23. razlan says

    assalamualaikum. Saya seorang pelajar sekolah menengah . saya masih baru di sekolah ini . berada di tingkatan 5. spm tahun ini . saya rasa saya mempunyai perasaan malu kpd semua termasuk rakan sekelas . adakah ini disebabkan oleh pengalaman saya tahun lepas ( dimana kelas saya di tingkatan 4 sekolah lama hanya mempunyai lebih kurang 5 orang lelaki. disebabkan itu saya hanya bergaul dgn lelaki lebih drpd perempuan )perasaan malu ini membawa sehingga ke hari ini . membuatkan saya segan /takut utk bertegur sapa . sehingga membuatkan saya seringkali gagap . apabila berdiri di hadapan kelas utk memberikan ucapan. sila berikan pendapat . terima kasih~

    • says

      As Salam Razlan,

      Firstly awak perlu berhenti melabel diri awak sebagai pemalu kerana ini sedikit sebanyak akan menumbuhkan sikap negatif dalam diri awak. Biasanya masalah malu ini berkaitan dengan rasa rendah diri.

      Secara jujurnya, saya dulu pun pemalu juga orangnya. Masalah saya sama macam awak, tidak pernah bercampur dengan perempuan. Namun setelah saya masuk ke alam pengajian tinggi, ternyata perasaan malu “tidak kena tempat” ini banyak menyusahkan saya. Terutamanya bidang saya ini iaitu pendidikan, yang perlu banyak bersosial

      Pengalaman saya dalam mengatasi rasa malu ini adalah dengan nak tak nak kte mmg kena slow – slow buang perasaan tu. Tetaplah sentiasa rilek dan tenang. Tiada siapa yang perhatikan diri kita.

      Buka mata dan lihatlah apa yang terjadi di sekitar kita. Ketika berbicara dengan seseorang, lihatlah orang tersebut. Jangan berfikir tentang bagaimana mereka melihat kita,

      Antara doa-doa dan amalan yang boleh membantu menaikkan semangat dan keyakinan diri serta membuang sifat malu ialah :

      1) Baca surah al-Fatihah
      2) Doa nabi Musa a.s :

      رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي ويَسِّرلي أمري وَاحْلُل عُقْدَة من لِّساني يَفْقَهُوا قَوْلِي

      “Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku”

      • razlan says

        insyaAllah saya cuba~mungkin juga saya seorang yg x suka bergaul. saya lebih suka menyendiri sambil baca buku. kadang2 kalau ada pelajaran yg x paham . ia agak menyusahkan saya untuk bertanya kpd rakan2 perempuan yg lain. insyaAllah saya cuba
        terima kasih~

      • razlan says

        maaf , nak tanya , adakah saya terlalu menjaga batas pergaulan dgn perempuan?
        kadang2 bila bercakap dgn mereka saya hanya tunduk ( tak padang muka mereka – mungkin saya asyik terpikir apa mereka lihat pada saya kut ) hehe

      • says

        Hi3.. comel je..:D Bagus la awak menjaga pandangan.

        Para sahabat dulu pun, Allah perintahkan supaya tahan pandangan apabila mereka berurusan dengan isteri-isteri nabi. Cuba rujuk surah al-ahzab ayat 53; “….Apabila kamu meminta sesuatu dari isteri-isteri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka..”

        Dalam urusan pelajaran ni, just buat biasa sahaja. tiada apa yang hendak dimalukan dan tiada apa yang diperhatikan pada awak. Bercakaplah dengan nada yang biasa dan tempat yang terbuka,

        Just keep calm

        lama – kelamaan awak akan okey.. =)

  24. hamba pemalu says

    wslm..

    “jangan takut untuk senyum kepada org lain”, saya suka ayat yang ini.. InsyaAllah…saya cuba..terima kasih ya..doakan saya.. :)

  25. hamba pemalu says

    assalamualaikum w.b.t

    saya merupakan seorang gadis yang amat pemalu, mungkin boleh dikatakan juga sebagai malu yang tidak bertempat. sikap saya yang tidak pandai bergaul, pendiam dan sukar menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling telah menyebabkan saya sukar mendapat kawan. tidak ramai yang mahu berkawan dengan saya kerana tidak berminat untuk mempunyai kawan seperti saya serta menyangkakan saya sombong. padahal dihati saya, teringin untuk meluaskn jaringan kawan tetapi apabila ingin berbicara, lidah saya kelu serta kadangkala akan tergagap tiba2. walaupun setiap hari saya cuba untuk berfikir positif, masalah ini sering mengganggu diri saya dan menyebabkan jiwa ini berasa tak tenang setiap hari. bagaimanakah caranya untuk mengatasi masalah ini? bantulah saya untuk menjadi insan yang bahagia… terima kasih .. :)

    • says

      As salam.. mayb utk permulaan ini awak boleh melibatkan diri dengan jaringan sosial seperti facebook.. mulakan chatting dengan kawan2 awak yang lain, atau komen pada status mereka.. lama2 nanti insyaallah awak akan dapat idea macam mana nak berdepan dan bercampur dengan mereka.. dan jgn takut untuk senyum kepada orang lain =)

    • Mira says

      Sy perempuan sudah berkahwin dan boleh dipercayai..sy juga ada masalah yg sama,pendiam,malu,gagap dan fikiran negatif..susah rasa nak luah ape dlm hati dgn org lain yg mgkin tak faham..mgkin kita boleh berkawan..nama facebook sy kekwa emas..

      • says

        mungkin puan boleh mula berkawan dan berkomunikasi dengan lebih mesra dengan ahli keluarga yang lain. Suami. Mertua, Ipar – biras.

        Puan tak perlu malu untuk mengekspresikan perasaan puan. Jangan terlalu malu dan terlalu takut if terbuat silap. Satu perkara yang harus kita ingat dan ditanam dalam kepala, sebenarnya tiada orang yang mengawasi kita. Kita tidak dituntut melakukan yang terbaik. Be yourself.

        the most important is, kita tidak seharusnya terlalu mengejar untuk kelihatan “sempurna” dan disukai oleh semua orang, sebab kita hidup bukan untuk orang lain.

        # Insyaallah saya akan add FB puan. Barakallah fii kum =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *