Mahar Rindu Zaujah – Buat Para Daie -

Panda Comel —  22/08/2012 — 2 Comments
548738_295787310492559_138509376220354_741272_1287163703_n

Selagi Ada Jarak…

“Terasa sesuatu

Persoalan memanggil 

Di benak yang paling mendalam

sehingga menjadi ralit”

Assignment yang sedang tekun dibuat tiba-tiba terhenti.
Ahmad terdiam dan terus mendengar bait-bait rangkap lagu tersebut.

 

“ Semakin jiwa dilanda
Gelora Sang Penanti
Semakin sukar difahami
Puncanya gelisah ku ini”

 

Benar, setiap untai kata di dalam lagu Jawapan Rindu Hafiz Hamidun itu benar-benar menusuk ke jiwanya. Satu bentuk dilemma yang seakan-akan tiada kesudahannya. Buntu. Itulah keadaan yang dialami dirinya tatkala ini.

 

Rindu ?

Cinta ?

Kasih ?

Sayang ?

 

4 kalimah yang dahulu hanya diucapkan dikala mengarang kini mulai kalinya dirasai batinnya. Dia, hanya insan kerdil yang mengalas amanah khalifah dan ubudiyyah termenung sendirian. Kenangan semalam menjentik kembali kalbunya. Kisah-kisah temannya bercinta dan akhirnya dikecewakan. Lama sebelum lasso dakwah menangkap dan meletakkan mereka di landasan ini.

 

***************************************************************************************

Berikut merupakan antara dilema para kader dakwah yang terkadang dijentik fitrah ingin mencintai dan dicintai. Terutamanya pabila melihat para ikhwah sefikrah dirinya tersenyum gembira bersama zaujah masing-masing.

 

Umum mengetahui bahawa di dalam bahtera dakwah ini, tiada langsung peluang bagi “teori-teori” couple diterjemahkan menjadi praktik. Para naqib dan naqibah yg cemerlang akan terus memeriksa Mutaba’ah Amal para mutarabbi mereka. Tiada sebarang bentuk perhubungan rambang dibenarkan.

 

Kolot !!! Bak kata para “pejuang kebebasan fatarmorgana” di masa kini.

 

Wahai para daie sekalian,

 

Janganlah biarkan dirimu terpalit daki-daki jahiliah yang telah celik dikenal mata hatimu. Perjuangan ini memerlukan pengorbanan, pembinaan ini memakan masa, meletihkan minda dan membebankan emosi. Jalanan yang panjang bersimpang haluan memerlukan satu bentuk petanda bersinar sebagai peneman.

 

Petanda ini ialah mata hatimu. Mata yang rabun mudah sahaja dilengkapkan dengan kaca mata namun jauh sekali mata hati nurainimu. Cerah dan gelapnya bergantung kepada amalan. Mengilapnya memerlukan kesabaran dan amal jamaie yang berterusan.

 

Futur menanti amalan soleh tanpa berteman.

 

Habis, bagaimana dengan persoalan Cinta  dan Jodoh ?

 

Ya akhi, bukankah itu semuanya telah tercatat awal dahulu sebelum dirimu melihat dunia ini ? Tercatat bersama ajal dan rezeki mu…

 

“Ramai orang yang mengejar jodoh meskipun ianya telah sedia tercatat namun begitu sedikit yang berlari mendapatkan hidayah meskipun ianya perlu dicari…”

 

Jika begitu, kita hanya perlu menunggu sahajalah ye ?

Jawapannya ialah Ya dan Tidak. Ya dan Tidak yang turut disertakan dengan persoalan-persoalan seterusnya.

 

Ya, tunggu jika

1. Penguasaan ilmu agamamu begitu rendah, perdalaminya dahulu.

2. Pemahaman ilmu rumah tangga tidak mendalam, perbanyakkan isinya.

 

Belajarlah…

 

Tidak, namun

1. Adakah tidak mahu menunggu ini tiket untuk couple ? La, tidak sekali-kali. Jangan dicemari bahtera pahala dengan muatan berdosa.

2. Adakah juga usahamu ini secara membabi buta ? La, kesungguhan syabab beserta hikmah soyus. Berbincanglah dengan yang berpengalaman. Bukankah pilihan keluarga dan cadangan Baitul Muslim sesuatu yang lebih baik dan terjamin.

3. Jelas sudah matlamat percintaan ini ? Adakah syahwat semata atau satu wasilah dakwah ? Dan sudah jelaskan apa itu dakwah ? Adakah dakwahmu itu beserta tarbiyyah ?

 

Tepuk iman, tanya akal.

 

177555_378738705519674_1539566324_o

Hati-hati memberi “hati”

 

Panda Comel

Posts Google+

" Jangan melihat yg baik itu pada mreka dari jurusan agama, tapi amatilah apa yg dilakukan oleh mereka yg mengamalkan agama " > Agama bukan pada budak agama, tapi pada budak yg beragama < - Skop yg lebih luas dan segar, selaras dngn kehendak Islam - Sy sayang saudara2 seagama saya... (^_^)

Masukkan alamat email anda untuk melanggan ke blog ini dan menerima updates terbaru melalui e-mel....

Join 314 other subscribers

2 responses to Mahar Rindu Zaujah – Buat Para Daie -

  1. Terasa ada fikrah dalam tulisan ini…MasyaAllah!

    • Panda Comel 25/08/2012 at 6:51 AM

      Alhamdulillah….

      Ana doakan agar muslimdaie90@blogspot terus berkembang menyebarkan fikrah Islami, InsyaALLAH… (^_^)

Leave a Reply