Mengapa Kita Harus Lupakan Untuk Nampak Baik dan Sopan?

orang sopan
Selalu dipergunakan kerana anda baik dan sopan?

Apa salahnya untuk menjadi sopan?

Sepanjang hidup ini, saya selalu dicop sebagai budak sopan.

Selalunya sebab kerana saya ini jenis pendiam, pemalu dan kononnya nampak baik.

Apabila saya fikir dan imbas kembali, sebenarnya menjadi ‘terlalu sopan’ ini kadangkala boleh memberi banyak masalah kepada saya.

Apabila kita berusaha untuk nampak baik dan tidak mempedulikan perasaan serta kehendak kita sendiri, pasti akan ada pihak yang akan mengambil kesempatan terhadap diri kita.

Mereka nampak kebaikan dan kesopanan itu satu kelemahan.

Kelemahan yang boleh diambil kesempatan.

Saya rasa ramai orang seperti saya terjebak adalah masalah ini, kerana kita fikir kita seharusnya dan seboleh-bolehnya nampak orang yang sopan dan beradab.

Saya percaya bahawa apabila saya fokus berbuat baik, orang disekeliling tidak akan bercakap tentang kekurangan atau keburukan saya.

Saya sangka mereka hanya akan bercakap benda yang baik-baik mengenai saya.

Sebenarnya saya silap.

Bukan semua orang kisah sangat dengan kebaikan kita pamerkan. Malah dianggap lemah dan mudah dimanipulasi.

Sebenarnya, terlalu sopan santun juga tidak bagus.

Ia menyebabkan banyak kesusahan pada diri dan kesannya kepada orang sekeliling. Ia menghakis diri kita sendiri. Mengapa?

Mari saya terangkan.

 

Orang sopan selalu kurang jujur

Menjadi sopan bukan sekadar membuatkan kita tidak berterus terang, malah pula menyebabkan kita menjadi penipu.

Ini disebabkan oleh kerana kita merasakan ia lebih baik daripada menyinggung perasaan orang lain.

Jika ada kawan yang mengajak anda keluar malam, dan anda tidak mahu, anda tidak berterus-terang secara jujur apa yang anda rasa.

Tetapi sebaliknya anda berdalih dengan mengatakan, “Sorilah, aku nak ikut, tapi aku kena hantar mak aku pergi.. bla.. bla..”

Selain daripada ‘mengotorkan’ persahabatan, orang yang menipu akan menderita dari segi mental dan kesihatan jasmani, seperti sakit kepala dan mengalami tekanan.

Walaupun kita rasa lega buat sementara dengan menjadi sopan, kita akan langsung tidak selesa.

Stress akan muncul ‘diatas nama sopan santun’ boleh meletakkan tekanan yang tinggi ke atas kesihatan fizikal dan mental kita.

 

Orang yang sopan selalu dilihat sebagai tidak tegas atau senang dimanipulasi.

Ramai orang yang sopan tidak akan berterus-terang bila mereka tidak mahu atau tidak bersetuju tentang sesuatu perkara.

Sebaliknya, mereka akan melapik ayat mereka atau berpura-pura ok “ikut la, saya tak kisah”,”saya ikut je mana-mana”.

Masalahnya, bila kita selalu berbuat perkara ini bila berhadapan orang lain, kita dengan sendirinya akan mula memendam perasaan sebenar kita.

Cuba lihat contoh didalam discussion group atau mesyuarat.

Kebanyakan daripada kita cenderung untuk mematuhi sesuatu tingkahlaku atau pendapat dalam kehidupan kerana kita rasa ia akan memberi kita peningkatan dari segi penerimaan sosial.

Kita lebih selesa untuk tidak mengeluarkan pendapat dan hanya menyokong pendapat orang lain walaupun pada dasarnya kita kurang bersetuju.

Kita ketagih untuk nampak baik.

Kita tidak mahu kelihatan ganjil di dalam kumpulan, jadi kita hanya bersetuju sahaja dengan pendapat orang lain daripada pandangan diri kita sendiri.

Tetapi untuk menjadi seorang sahabat yang baik, rakan kongsi, suami isteri atau ketua, kita harus untuk berkongsi pandangan kita dan juga mendengar pandangan orang lain.

Transperancy adalah penting. Ada masanya kita harus berterus-terang demi mengelakkan salah faham.

Salah satu cara yang saya dapati boleh membantu menilai semula bagaimana saya rasa tentang persahabatan, kerja, dan juga aktiviti dalam kumpulan, adalah dengan menyenaraikan perkara-perkara yang kita tidak suka dan tidak mahu lakukan.

Walaupun kebanyakan orang mungkin tidak begitu peka kepada perasaan mereka sendiri, aktiviti ini mungkin akan menjadi titik permulaan dalam membantu anda menuntut kembali beberapa pendapat anda.

Masalah utama yang menjadi batu penambat kepada kita adalah budaya ketimuran yang amat menekankan ‘sopan santun’

Kita akan dianggap biadap jika membantah pandangan orang yang lebih tua. Ibu bapa contohnya.

 

Orang lain akan nampak kita sebagai membosankan

Jika kita hanya berterusan bercakap dan melakukan benda sopan, dan merasa tidak perlu untuk menyuarakan pendirian sendiri, orang lain akan mula memikirkan kita sebagai seorang yang membosankan.

sopan-dan-membosankan

Jika rakan atau rakan sekerja kita memerlukan pendapat, dan kita hanya bersetuju sahaja dengan idea asal mereka setiap masa, pasti mereka rasa lebih baik bercakap dengan cermin.

Penting untuk anda tahu bahawa jika ada seseorang bertanya pendapat anda adalah kerana ambil berat tentang apa yang anda ingin perkatakan.

Tidak kiralah sama ada di rumah atau pun kehidupan profesional di tempat kerja, anda pasti tidak mahu dicop sebagai seorang yang bosan kan?

Oleh itu jangan takut untuk berkongsi pandangan dengan orang lain, kerana mereka akan lebih suka melihat anda sebagai seorang yang dinamik dan unik.

Semua orang layak untuk bersuara. Jangan takut.

 

Orang baik selalu memberi pujian apabila ia tidak berhak

Memang bagus untuk memberi pujian pada tugas yang dilakukan dengan baik, tetapi ia juga boleh membawa kemudaratan jika tugas yang dilaksanakan oleh seseorang tersebut sebenarnya tidak benar-benar cemerlang.

Bukan sahaja anda merosakkan maklum balas pembetulan yang diperlukan orang ini, malah anda juga akan merosakkan harga diri mereka apabila mereka tahu bahawa apa yang anda katakan selama ini hanyalah untuk berbasa-basi.

Adalah amat penting bagi setiap orang yang berada dalam setiap level kedudukan kepimpinan sekali pun untuk tidak fokus sangat menjadi pemimpin yang bersopan santun, tetapi sebaliknya memberi tumpuan untuk menjadi pemimpin yang kuat dan tegas.

Ini tidaklah bermakna bahawa anda perlu menjadi seorang pemimpin yang zalim; anda cuma hanya tidak perlu melayan emosi semua orang seperti mereka ‘kulit telur’. (terlalu berhati-hati dan berjaga-jaga)

Saya dapati cara yang terbaik untuk memberi kritikan tanpa mengguris perasaan adalah dengan menggunakan pendekatan “sandwich“.

Pendekatan sandwich adalah dengan memberikan pujian yang jujur mengenai topik pada waktu itu dan diikuti dengan kritikan (membina) serta seterusnya diakhiri dengan kata-kata pujian untuk mengambil hati.

Walaupun terdapat perdebatan mengenai keberkesanan kaedah itu, secara peribadi, saya tidak mempunyai masalah. Ia selalu berkesan.

Apa yang penting adalah bahawa anda memberikan maklum balas yang realistik, bukan sekadar menjadi sopan

 

Orang sopan selalunya ‘membenci’ orang yang mereka telah buat baik

Yang peliknya, menjadi baik kepada orang sepanjang masa sebenarnya boleh menyebabkan anda tidak suka dan membenci orang-orang yang mendapat manfaat daripada kebaikan anda.

sopan membenci

Sentiasa akur kepada kehendak orang lain boleh menyebabkan anda menjadi tertekan, bekerja lebih keras, dan rasa pahit terhadap orang yang anda bantu.

Inilah yang menidakkan niat asal perbuatan baik yang kita lakukan.

kita cenderung untuk terjebak pada berkata ‘ya’ kepada orang lain dan bersikap sopan kerana kita fikir ia menjadikan kita orang yang lebih baik dalam cara tersebut.

Secara realitinya, kita tidak jujur dengan orang yang kita bantu.

Kita juga menipu diri kita dan menghadkan diri kita dari  istirehat yang amat diperlukan dan masa untuk diri sendiri.

 

Penutup

Tujuan saya menulis artikel bukanlah untuk mendakwa bahawa orang yang sopan itu adalah lemah. Tidak.

Menjadi garang juga tidak bagus untuk kita dan orang sekeliling, tetapi maksud sebenar saya adalah kita harus menilai kembali bagaimana untuk mempamerkan ‘kebaikan’ dan ‘kesopanan’ dari segi perbuatan dan kata-kata kita.

Jika anda benar-benar ikhlas dengan perkara baik yang anda katakan dan lakukan, itu adalah bagus dan patut diteruskan.

Tetapi jika sebenarnya anda tak nak, maka hanya terus berterus-terang tentang apa yang anda rasakan.

Semua orang akan faham nanti.

Jangan selalu biarkan diri anda diambil kesempatan.

Anda pasti akan penat dan kecewa!

Adakah anda salah seorang yang mengalami situasi ini?

Saya suka untuk mendengar pengalaman dan pandangan anda pada ruangan komen dibawah.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

38 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Hamba Allah
Hamba Allah
1 tahun yang lalu

Saya pelajar asrama. Saya selalu berbuat baik dengan setiap orang. Namun,apabila mereka berbuat sesuatu yang saya tidak suka,saya tidak boleh menjadi tegas. Saya sentiasa merelakan perbuatan mereka walaupon saya rasa sakit. Saya sangat sedih apabila saya ingin bergurau bersama rakan tetapi rakan saya ysng lain memarahi saya dengan serius dan saya tidak mampu melawan. Saya terlalu lembut hati.

hambaAllah
hambaAllah
2 tahun yang lalu

betul sgt sekarang saya tengah alami bila terlalu ikut kemahuan manusia untuk nampak lebih baik akhirnya memakan diri saya sendiri yang menyebabkan saya kecewa dgn diri sendiri telalu lemah sebab tidak pertahankan diri sendiri .. boleh tak admin beri kata kata semangat dkt saya supaya saya berubah dan berani pertahankan diri dan berada ditempat yang betul 

Wan
Wan
3 tahun yang lalu

Betul la…. Sy sdg alaminye skrg… Krn sy cume nk jaga hati org lain je.. Tp lame² sy pulak yg rase xpuas hati.. Rase mcm terpakse… Dan jelas org mkin tak hormati sy.

Min
Min
3 tahun yang lalu

Sejujurnya saya nak kata,jangan terlalu fikir utk jadi baik,sbb kadang² jadi terlalu baik pun satu kejahatan dan kemudaratan kpd diri dan org lain. Kalau nk tgk contoh akibat dia,tgk citer Yes Man!

Hamba allah
Hamba allah
4 tahun yang lalu

Terima kasih atas nasihatnya
Saya pernah mengalami situasi yang sama seperti yang anda ceritakan. Saya pernah dibuli mental dan emosi saya terganggu dengan sindiran kawan sekerja.Tapi sekarang, saya sangat bersyukur dan alhamdulillah dimana saya tidak perlu lagi berkawan dengan mereka kerana kami pernah bergaduh.Saya bersyukur sangat saya tidak lagi stress dengan kata2 kesat mereka selepas saya tidak mahu berkawan dengan mereka.Alhamdulillah sangat walaupun memutuskan silaturrahim itu salah di sisi islam, namun saya tidak sanggup lagi berkawan dengan kawan yang talam dua muka dan kawan sekerja yang suka menyakitkan hati.Seharusnya mereka tidak di anggap sebagai kawan.

noo.noo
noo.noo
7 tahun yang lalu

Ya..semua btl. Sy rasa sy dah tipu diri sy & org lain. Sy jenis yg mengiyakan saja sbb sy takut apabila pandangan/pendapat sy x diterima (ini diri sy yg skrg). X mcm dulu, sy lantang bersuara (haha). Sy benci jd org mcm ni, kdg sy rasa yg sy sedang persembahkan diri sy yg palsu, yg bnyk pura2. It’s influence my self-esteem. ???? tq utk artikelnya ????

akim
akim
7 tahun yang lalu

Tapi kita juga menghadapi masalah bila kebanyakan pendapat kita tidak sama dan tidak setuju dengan pendapat orang lain

Aofa
Aofa
7 tahun yang lalu

Assalamualaikum semua.Bagi saya ada beberapa catatan tentang adab sopan yg kita amalkan membuatkn kita dipergunakan memang betul tapi ada sebahagiannya yang saya rasa tidak patut dikatakan yg adab sopan pada diri kita seolah-olah tidak membentuk diri kita yg skrg.Ni cuma pendapat yg sya kongsikan sebab sya sendiri pernah merasakan menderita akibat sikap sya yg polos Dan bersopan dn DLM diam membuatkn kita tidak memdengar kATA HATI kita dan tidak membentuk peribadi diri kita.Tulis lah sesuatu yg kita sendiri pernah alami.maka org lain juga merasakan apa yg kita tulis..
.

Nur Hakimah Adilah
Nur Hakimah Adilah
7 tahun yang lalu

Artikel yang bagus. Tetapi perlu lihat semula definisi sopan yang sebenarnya. Sikap sopan itu perlu sentiasa ada dalam diri kita tapi tidak sehingga memakan diri. Ye kita tahu dalam hidup ini semuanya ada batasan kan. Sopan termasuklah dari segi kita bepakaian, makan dan melakukan perkara-perkara lain. Sopan pada masa sama kita jujur. Sopan pada masa sama kita tegas. Maksud disini, setiap perkara yang kita lakukan ketika marah, menolak cadangan seseorang, menerima cemuhan org atau perkara seangkatan dengannya kita menerimanya dengan hati yg terbuka. Yang penting reaksi kita ketika itu. Seharusnya menunjukkan kesopanan. Sikap sopan itu perlu ada kerana itu adalah salah satu sikap Rasulullah SAW. Maaf jika ada yang tidak bersetuju dengan cadangan saya. Ini bagi pendapat saya. :)

entah
entah
Reply to  Muhamad Naim
6 tahun yang lalu

btul doh tu, kadam org salah faham maksud sopan tu… mcm nabi, zaman sahabt sume boleh lihat akhlak nabi, tapi skrng kita nk tgk akhlaknya xleh . jadi macam2 pandangan visual susah kita nk menduganya akhlak sopan yg dimiliki nabi… skrng kalu tgk ustaz tua muda dai… sumenya bagus ikut sunnah, tapi yela ada yg terlalu lembut, terlalu skema dan seperti untuk trying ternampak perfect… sebenar ini memenatkam diri, dan org awam golongan berjiwa belia akan nmpak ini pon menjangalkan aptahlgi ingin mencontohi… kalau ikut la cara nabi, hidupnya survival seperti rambo dan kejntanan berlembut dlm tegas, dri kecil berdikari, redah sana sini pijak duri, pandagan saya cara belajar nabi praktikal tgk,dengar dan buat bkn hanya hadap kertas hitam putih sje 24jam smpai tak tahu selok belok buruk baik kehidupan diluar… bkn sng nk pratik benda ni sume klu tnpa iklhas dan sabar, sng kata kehidupan ini allah yg punya, dia akan kasi kita rasa dihina bila berperwatakan lembut,terlalu sopan,terlalupendiam dan sebagainya untuk kite belajor jdi lbih kuat bile dikeji… jdi klu jumpa org lembut atau terlalu sopan jgn hina mereka tpi bergaul la dgn sume, bkn kehendak mereka nk jdi mcm tu… itu kehendok allah yg mengatakan sume x kekal walau sehasta hati pon tak selama lurus dan baik kerana ats sbb bolak balik, naluri fitroh manusia sume nk jdi kuat dan cntik, hari ni kuat kite tindas orang besok kita hati lemah dirundum masalah, sume kebaikan kite nmpk buruk ibarat dunia sngt kejam, jdi tebarlah kebaikan.

Bunga Cinta
Bunga Cinta
7 tahun yang lalu

Saya tidak setuju dengan beberapa point di atas. Sopan dan kurang keyakinan adalah 2 perkara berbeza. Menyatakan pendapat dengan tegas bukan bererti tidak sopan tetapi itulah pendapat yang perlu dikatakan. Mengiyakan saja kata orang lain bukan sopan tetapi kurang keyakinan. Menjadi sopan akan membuat kita menjadi penipu? Saya rasa itu hanya pendapat peribadi. Saya rasa tidak perlu menipu untuk menolak sesuatu tetapi berterus terang. Setiap orang ada kehidupan peribadinya sendiri, jadi jika tidak mampu untuk memenuhi ajakan orang lain lebih baik berterus terang.

Orang sopan selalu memberikan pujian pada yang tidak berhak? Sekali lagi ini berkaitan kurang keyakinan pada diri sendiri. Yakinlah pada diri sendiri, InshaAllah akan menjadi kuat. Sopan itu bukan hanya mendiamkan diri dan mengiyakan setiap perkara tapi kita bercakap,memberikan pendapat dengan cara berhikmah.

Sikap malu itu perlu, adab dan berbudi itu juga perlu namun dengan keyakinan diri yang baik. Tidak perlu berbahas sehingga adab dan sopan diketepikan namun bersuara dengan hikmah dan berilmu akan mewujudkan kesopanan yang tinggi nilainya.