Mengapa Kongkong & Membiar Diri Dikongkong Oleh Orang Yang Tiada Ikatan Sah Dengan Kita?

kongkong
Kenapa kita terlalu mudah menjual hak kita untuk dikongkong? * Super Meow dominates the city. by Alessia-Izzo

” Jangan kongkong selagi tiada ikatan. Biar lah dia nak berkawan dengan berapa ramai perempuan/ lelaki sekalipun. Biar lah dia nak mengaku single dengan perempuan/ lelaki tu sekalipun. Kita boleh cemburu tapi jangan tunjuk. Jangan memberontak dan pendam lah semua rasa tu. Maknanya hati dia bukan la 100% untuk kita. Sebab tu lah dia cari yang lain. Simpan perempuan/ lelaki lain. Doa jelah. Bila jodoh kita dengan dia, insyaAllah dia berubah tinggalkan semua tu. Time tu, nak kongkong, kongkong lah. Sebab dah sah dia milik kita.”

Mesti ramai yang pernah baca ayat ni kan?

Ehhh kenapa tak boleh kongkong?

“You’re mine and only mine. All right reserved.

I’m selfish. I don’t share. What’s mine is mine!”

Setiap yang bercinta mesti akan rasa macam ni kan? Kita sayang dia. Dia sayang kita jadi dia hak kekal kita selamanya.

Noktah. Tak mungkin berkongsi dengan orang lain.

Tapi.

Kita terlupa. Apa hak kita?

Siapa kita pada dia? Suami? Isteri?

Ya. Kita kekasih dia. Kekasih hati intan payung kesayangan.

Tapi hanya dengan status itu kita rasa kita punya hak untuk kongkong dia? Untuk ambil tahu segala apa yang dia lakukan.

  • Nak makan kena report dulu makan apa harini. Makan kat mana.
  • Nak mandi kena bagitahu dulu.
  • Nak keluar beli roti kat kedai depan kena minta izin dulu.
  • Nak lepak dengan kawan-kawan, kena ajak dia sekali. Kalau tak jangan berani-berani nak keluar.

Dia keluar dengan siapa, dia keluar pergi mana, dia keluar pukul berapa, dia balik pukul berapa, dia pakai baju apa, kasut dia warna apa, dia keluar dengan apa.

Kalau facebook, memang tak sah kalau pasangan kita tak tahu password. Katanya bukan tiada kepercayaan tapi tanda tiada rahsia antara pasangan.

Kenapa awak add perempuan tu?

Kenapa awak like gambar perempuan tu?

Kenapa awak komen status perempuan tu?

Kenapa? Kenapa?

Awak jangan kawan dengan perempuan tu. Saya tak suka. Awak curang ye. Awak suka perempuan tu kan.

Semua nak kawal.

Kalau boleh nak biar kita sorang je yang ada dalam friendlist dia. Biar dia baca status kita je hari-hari.

Biar dia like gambar kita je 24 jam. Biar dia komen status kita je setiap masa.

Whatsapp or wechat kalau boleh setiap masa nak check. Pantang ada nama perempuan lain habis mengamuk satu kampung tak ingat dunia walhal tu cuma rakan sekerja yang whatsapp cakap esok meeting di mana.

Kita rasa bila kita kongkong, itu menunjukkan kasih sayang kita pada dia.

Kita rasa kita ambil berat pasal dia bila kita tahu setiap butiran apa yang dia lakukan. Kita nak dia tahu yang kita terlalu sayangkan dia sebab tu kita ambil tahu segalanya.

Kita yakinkan hati yang dia tak akan berpaling pada orang lain sekiranya kita berjaya kongkong dia. Hanya kita di hati. Hanya kita yang terbaik.

Hanya kita yang pandai jaga dia.

 

Pernah Tak Terfikir, Kenapa Kita Penatkan Diri Untuk Kongkong Dia Sampai ke Tahap Macam Tu?

Pernah tak terfikir apa yang akan terjadi kalau kita tak kongkong dia.

Pernah?

“ Relationship are about trust. If you have to play detective, then it’s time to move on.”

Sebenarnya, kita tak perlu pun nak kongkong dia.

Ambil berat tak salah tapi jangan melampau. Jangan melebih-lebih daripada yang sepatutnya.

Hati mana yang tak sakit bila kekasih hati mengaku single pada lelaki atau perempuan lain.

Hati mana yang tak cemburu. Marah. Sakit hati.

Tapi cuba bertenang. Ingatkan hati, itu maknanya cinta dia bukan untuk kita, sebab tu dia masih mencari yang lain.

Kalau benar dia sayang, kalau betul hanya kita di hati, walaupun kita biarkan dia terbang bebas sejauh mana sekalipun, hanya kita yang kekal di hati. Dia tak akan layan orang lain. Dia tak akan beri peluang untuk jatuh hati pada orang lain.

“ A relationship without trust is like a car without gas, you can stay in it all you want, but it won’t go anywhere.“

 

Jadi, Kenapa Masih Memilih Untuk Terus Kongkong?

Yakin dengan jodoh yang Allah dah tetapkan.

Sekuat mana pun kita pegang, andai dia memang untuk kita, ikatan itu akan tetap terlerai.

Andai kita ditakdirkan berkahwin, itulah masa yang sesuai untuk kita gunakan hak kita sebagai seorang isteri, seorang suami.

Dia adalah hak mutlak kita.

Kita ada hak untuk tahu apa yang dia lakukan.

Jalankan tanggungjawab kita yang sepatutnya.

Jangan pula cuma waktu bercinta sahaja bukan main bersemangat untuk mengongkong tapi bila dah halal di sisi kita langsung tak ambil tahu apa yang dia lakukan.

Mengongkong biar pada tempat yang betul.

Trust is earned, respect is given, loyalty is demonstrated and betrayal of any one of those is to lose all three.“

Untuk yang masih bercinta, banyakkan berfikir kembali.

Jangan memperbodohkan diri anda mengawal dan dikawal oleh mereka yang belum halal.

Kita berhak membuat keputusan untuk diri kita sendiri.

 

Guna Logik Akal. Jangan Terlalu Ikutkan Hati

Kalau benar yakin, tak perlu mengongkong. Andai benar jodoh, tidak akan mencari yang ketiga.

Status sebagai kekasih/tunang bukan bermakna kita ada hak mutlak untuk mengongkong kehidupan dia. Kita juga tidak perlu mengikut arahan orang lain selagi dia belum menjadi yang halal buat kita.

Inilah ‘derita percintaan’ yang kita cari-cari selama ini.

Letakkan kepercayaan pada Allah. Jika dia untuk kita, kita akan kekal bersama dengannya. Andai bukan, sekuat mana kita letakkan dia dalam genggaman, ia akan pecah jua.

“Never assume. Never ask. And never demand. Just let it be. If it’s meant to be, it will happen.”

 

Artikel ini adalah perkongsian yang dihantar ke Inbox kami oleh  penulis yang ingin dikenali sebagai CikDaa. Boleh lawati blognya disini

 


Nota editor:

Ini adalah salah keburukan yang disebabkan oleh hubungan percintaan, dikongkong dan mengongkong.

Sebab itu Islam menegah hubungan seperti ini. Kerana pasti ada keburukannya dalam kehidupan manusia.

Walaubagaimanapun, konteks ini tidak mudah pada zaman sekarang. Amat jarang untuk berjumpa dengan orang yang tidak bercinta (sebelum berkahwin).

Ini telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan masyarakat kita. Sebab itulah ramai diantara kita yang mengalami ‘masalah hati’.

Jika kita sangat sedar, menjalin sebuah hubungan percintaan akan membuatkan kehidupan kita menghadapi konflik.

Semakin besar rasa harap dan keinginan kepada orang yang kita cinta, maka semakin besar pula risiko kita untuk berasa kecewa.

Jadi yang diperlukan adalah memiliki ilmu hubungan cinta suami isteri, menerusi guru dan berlandaskan syari’e pastinya. Bukan mencintai dalam konteks yang mudah gagal dan mudah rapuh.

Jangan biarkan kebodohan menyelubungi kita. Jangan menyusahkan diri sendiri.

Soalan: Bagaimana pula jika kita dikongkong oleh orang lain? Bagaimana boleh kita menyelamatkan diri kita, disamping mengelakkan dari menyakiti hatinya?

Ingin sekali saya membaca pandangan anda semua mengenai artikel dan persoalan diatas dalam ruangan dibawah. Setiap komen anda amat saya hargai.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

25 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Vii
Vii
2 tahun yang lalu

First time sy buka ig bf sy, dekat liked post and explore dia penuh dengan gmbr perempuan sahaja yg sexy ataupun tidak. I would have to say I hated it that way. jadi sy minta dia untuk berhenti like gambar perempuan2. sebab sy taknak sy akan sentiasa ada negative thought kat dia. adakah saya mengongkong hidupnya?

Muhammad syafie bin mohd azam
Muhammad syafie bin mohd azam
3 tahun yang lalu

Saya selalu mengongkong girlfriend saya, sedangkan dye tak mengongkong saya macam mana saya mengongkong dye, ape yang perlu saya lakukan

Hyuna
Hyuna
3 tahun yang lalu

Ajak member jadi bridesmaid, bf tak kasi sebab takut ada jantan lain berkenan? Time tu i was like “nak gelak ke nak sedih”

kelly
kelly
4 tahun yang lalu

perlu ke kita putuskan hubungan dengan dia. tapi bertahun-tahun sudah bercinta. takkan nak sia-siakan?

purpleorkid
purpleorkid
4 tahun yang lalu

saye mempunyai kawan sepejabat tapi rapat … dia selalu mengongkong saye untuk berjumpe dengan mane ii lelaki walaupun kawan yg sy kenali lebih lame dari dia. sy berase malu kerane terpakse untuk sombong. Lagi ii sy seorang talent gmbar yg mengenali ramai photographer lelaki dan sy jgk seorang yg aktif di laman sosial. hampir setengah tahun, sy rase tidak tahan sy dah rase terasing dengan kawan ii lama. Sampai tahap skrg dia hukum sy untuk kenali dia, padahal salah dia tapi sy yg kena bile jujur .. Dalam insta dia ad ramai gmbr perempuan tapi sy tidak halang hak dia. Perlu ke kalau terlalu syg kena buat sume ni? Sikap dia buat sy takut untuk mendekati , lg ii dia seorang panas baran dan cemburu buta . Sy harap dia sedar kelakuan yg boleh buat orang dingin.

Nur
Nur
5 tahun yang lalu

Saya sedang bercinta Dan saya sering bagi nasihat dengan Dia untuk tidak “boros” adakah itu perkara mengkongkong atau nasihat

papai papai
papai papai
6 tahun yang lalu

saya ni baru pun berkawan2 dan berhubungan dah d kongkong marah kalau saya tak dpt jumpa dia walaupun dia tak curang tapi dia selalu tegur2 benda yg remeh temeh dan merajuk ..apa bila saya ckp nak jumpa family meninggal dulu baru jumpa dia terus dia mesej saya jam10 nak paksa saya jumpa dia.. saya tak tahan walaupun nak kawin ngan dia tapi hati ni rasa macam nak putuskan jak sebelum kawin dah kongkong.. tanya2 lagi saya keluar ngan family saya pun dia tanya pa makna semua tu saya macam dah tak tahan dah nak putuskan jak saya ni pun ada family dia belum lagi jadi keluarga saya .. kakak ny pun sampai ckp saya ni tak bertimbang rasa ngan adik ny sedangkan saya ni nak jumpa family meninggal tak kan tak boleh ..ada cara tak nak putuskan dgn cara baik.. bukan apa saya takut kalau saya putuskan dia nanti dia sihir saya sebab dorang mmg terkenal dgn bnda tu saya dpt info tu saya takut

Miy
Miy
Reply to  papai papai
3 tahun yang lalu

Betol ni ke? Betol ke sampai macam tu?

Ridzuan
Ridzuan
6 tahun yang lalu

Terima kasih… blog ni banyak membantu sy, sy x sedar sebenarnya selama ini sy telah mengongkong kawan perempuan sy…. mungkin si dia x mahu ckp yg sy mengongkongnya, tapi itulah hakikatnya…. setiap hari sy akan chat dengannya jika tidak sy akan badmood, sy juga selalu menanyakannya hendak keluar makan di mana? dengan siapa? bila? sy sering juga jealous jika si dia rapat dgn lelaki lain… Tapi skrg sy dh sedar, sy akan berserah kpd Allah… “Jika benar dia jodoh kita, maka dia akan tetap menjadi yang halal bagi kita”, “jika benar dia setia, dia tidak akan cari orang ketiga”….. Terima kasih sekali lagi sbb dh sedarkan sy……

Sara
Sara
6 tahun yang lalu

Saya sedang bercinta dan sering dikongkong oleh boyfriend saya. Ini terjadi apabila dia mula hilang rasa percaya dekat saya kerana dulu saya pernah berkawan rapat dengan seorang lelaki sehingga lelaki itu mula jatuh cinta dekat saya. Sejak itu, Apa sahaja perbuatan saya, saya kena laporkan pada dia walaupon hanya nak pergi mandi.

Apa yang patut saya lakukan untuk dia tidak terlalu mengongkong ?

Suzita
Suzita
7 tahun yang lalu

Adakah kita nasihat terhadap pasangan kita itu perkara “dikongkong” iaitu perkara solat..
..Nasihat atau kongkong..