Kita Bahagia Bila Ada Harapan

bahagia
Bahagia | Seasons of hope by JPtHart

Tanpa harapan, kita takkan bahagia.”

Saya lupa bila saya mendengar ayat ini.

Tapi yang pasti, ayat ni saya dengar dari kaca TV.

Tak tahu dari filem ke, drama ke, iklan ke, atau apa.

Ayat ni rasa meresap ke dalam hati.

Saya termangu sekejap.

Ada sesuatu yang bermain dalam kepala, ada ayat-ayat, ada kata-kata yang tak terluah, ada gambaran yang tak bisa terlukis.

Saya fikir ayat ini ada rasionalnya. Banyak rasionalnya.

Benar.

Tanpa harapan kita takkan bahagia.

Tanpa harapan, manusia takkan kuat.

Tanpa harapan, perjuangan akan kosong.

Semua manusia ada harapan.

Harapan untuk hidup lebih baik. Harapan untuk cinta.

Harapan untuk keluarga.

Harapan untuk masa depan.

Dan yang paling besar, adalah harapan untuk mendapat syafaat Rasulullah SAW juga mendapat tempat di dalam syurga Allah.

Rasulullah SAW yang bergelar kekasih Allah itu pun, sentiasa melaksanakan ibadah kerana berharap mendapat redha Allah. Walaupun baginda telah dijamin syurga.

Dan baginda selalu berharap umatnya mendapat rahmat Allah.

Ketika hampir wafat pun baginda masih menyebut ‘umatku umatku umatku’.

Kita sebagai manusia, harus juga punya harapan.

Dengan harapan kita akan ada semangat.

Dengan harapan kita akan bahagia.

 

Apa Itu Bahagia?

Banyak definisi bahagia.

Tapi bagi saya, bahagia itu adalah bila Allah redha pada kita.

Dan bagaimana hendak mendapat redha itu? Dengan harapan.

Bagaimana harapan dapat membantu ke arah itu?

Harapan akan memberi kita kekuatan.

Dengan kekuatan itu, kita akan lebih rajin mengerjakan ibadah. Tanpa lelah. Tanpa mengeluh.

Ketika semua orang nyenyak tidur, kita gagahkan diri bangun sepertiga malam, memohon supaya diredhai dan diberkati ; supaya mendapat tempat di Jannah.

Begitu juga dengan cinta.

Apabila kita punya harapan untuk mendapat jodoh yang baik, kita akan membaiki diri supaya menjadi lebih baik.

Dan dengan itu kita akan lebih mendekati Tuhan.

Dengan sentiasa berharap, kita akan sentiasa berdoa dan dekat pada-Nya.

Ada banyak lagi contoh bahagia yang hadir dari harapan.

Cuma yang perlu kita renung, di mana kita sandarkan harapan itu?

Sandarkan segala harapan kepada yang pemberi segala jenis bahagia, Allah. InshaAllah kita akan sentiasa tenang.

Dan jika ada saatnya doa kita seolah-olah tidak didengar, kita akan tetap tersenyum kerana yakin Allah mencintai kita lebih dari apa yang kita tahu dan perlu.

Harapan itu indah – Jika disandarkan kepada yang Maha Indah, Allah.

Saya setuju, tanpa harapan kita takkan bahagia.

Dan sebaik-baik tempat mengharap hanyalah Allah.

Bukan pada makhluk, pada benda, atau apa jua pun.

Allah, Allah, Allah. Moga harapan yang baik-baik akan mendekatkan kami kepada-Mu.

Tulisan ini adalah dicatatkan oleh salah seorang admin akuislam.com Sederhana Indah, Shukri B. Ali. Semoga memberi suntikan motivasi kepada kita semua dalam melalui kehidupan ini =)

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

1 Comment
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Nita juhana
Nita juhana
9 tahun yang lalu

Subhanallah , tulisan ini membuat saya kembali bersemangat , besemangat menjadi lebih baik lagi.
Terimakasih:-)