Kepada Yang Mencari Kesempurnaan Cinta

CEO —  03/12/2011 — 15 Comments

Salam sahabat,

Aku tidaklah sehebat dalam beragama. Tetapi alhamdulillah Allah masih beri peluang untuk aku menilai dan mengambil iktibar dari semua perjalanan hidup yang aku tempuh. Aku mengenal erti cinta. Tapi yang silapnya cinta itu terlalu taksub kepada manusia bukan kepada penciptaNya. Memang betul aku sudah gagal beribu-ribu kali dalam percintaan.

Tapi mungkin tidak serik. Dan akhir sekali aku bercinta dengan seorang pemuda yang aku rasakan dia cukup sempurna. Mungkin kerana terlalu cinta perasaan itu bertukar kepada ingin memiliki. Entah bagaimana di penghujung jalan cerita kami, putus tanpa alasan meninggalkan aku seorang diri mencari ape kesalahan yang mungkin aku belum perbaiki.

Aku sedih tetapi tidak meratapi. Sebulan berlalu akhirnya pemuda itu bersama dengan orang lain. Aku pelik, aku marah, aku sedih. Insan yang seterusnya bukan saingan aku itu yang pasti tetapi aku rasa terhina. Dia bukanlah insan yang seperti didambakan di dalam hati seorang pemuda itu untuk menjadi seorang isteri. Mungkin perasaan cemburu, ego dan marah masih di hati.

Dalam pada itu aku bersyukur padamu Ya Rabbi. Aku muhasabah diri. Empat bulan cuti yang diperuntukkan bagi seorang mahasiswa/I diisi dengan membentuk rohani. Aku berterima kasih pada pemuda itu seikhlas hati.

Kalau tak kerana kau tak tinggalkan aku. Mungkin aku masih lalai berdiri di muka bumi ini.

Kalau tak kerana kau tak tinggalkan aku. Mungkin aku masih membongkak diri

Kalau tak kerana kau tak tinggalkan aku. Yang pasti aku tidak kenal cinta Ilahi seperti hari ini.

Semuanya aku berterima kasih kepada engkau. Apa yang selalu terjadi aku selalu mendoakan engkau betul-betul mendapat apa yang engkau hajati.

Doakan lah aku betul-betul berada di samping Ya Rahman nanti. Aku masih mencari jalan untuk perubahan diri. Bantulah aku sahabat sekalian.

Bangkitlah wahai pembenci cinta dan menyalahkan cinta. Cinta itu ada. Tetapi sebelum kita mencari cinta kepada manusia carilah cinta kepada Pencipta agar tidak mudah kecewa.

“Kalau aku merasakan engkau adalah cukup sempurna. Maka aku telah salah menilai kesempurnaan itu”

“ Kalau kita jatuh bukan bermakna kita kalah tetapi mungkin kerana kita salah. Kalau kita salah bukan bermakna kita menyerah tetapi mungkin kerana kita perlu muhasabah”

.

Artikel ini diemel oleh: Benzoic acid ( ini tak tipu, pengirimnya memang letak nama ni.. :) )

CEO

Posts Twitter Facebook Google+

Terima kasih kerana sudi bertandang di blog Aku Islam. Semoga artikel yang anda baca mampu memberi kebaikan. Semoga Allah Redha.. =) Jika anda berminat untuk menghantar artikel kepada kami, anda boleh merujuk caranya di sini: Hantar Artikel

Masukkan alamat email anda untuk melanggan ke blog ini dan menerima updates terbaru melalui e-mel....

Join 316 other subscribers

15 responses to Kepada Yang Mencari Kesempurnaan Cinta

  1. salam sy rupakan plajar mahasiswa.. ingin sy kongsikan disini yg sy xpenah mrasakan bgaimna prasaan cinta itu..even kekadang seronok tgok kngkawan yg ada psgan msg2 n pnah jgak ada yg mnta untuk brkawan rapat..bla bca jaa artikel ni rsa cm mb ada hkmahnya jd single ni.. so alhamdulillah laa sbb mb Allah pelihra dr ini spaya xkcewa,leka dn buat mksiat mlalui brcnta… aaminn ya rabb… :)

  2. bunga akudia 30/12/2012 at 3:31 PM

    sy pn pnah rasa dan sedang mengalaminya. :) memang xkuat tp cuba kuatkan semangat jugak.

  3. hamba Allah 15/11/2012 at 1:11 PM

    ble bce blog ni..trngat kmbali sejarah silam..
    saat ak dtinggal kekasih.. Allah menghampiri ku.
    syukur Alhamdulillah…..
    kini DIA yg pertama di hati.

  4. bcaan yg amt sesuai utk motivasi hati yang tgah down…thanks

    truskan berdakwa…insyaAllah

  5. Hhahahahaha.. Bahan kimia pun boleh bercinta ya? :P

  6. ag hadi safwan bin ag abdullah 06/12/2011 at 5:52 AM

    alhamdulillah… oo iyaa itu penulisnya?… :)

  7. assalamualaikum…menyentuh btul entry ni,xtaula same atau x ngn entry ni…menyayangi dan mencintai seorang prempuan yg banyak mndekatkn sy padaNya..menggoda sy dengan kecantikan imannya..sehingga membuatkn sy terlalu ingin menjadi imam didalam solatnya…walaupun dia tahu tntg sy apakandaya dia sudah berpunya….cinta yg diberikanNya ni terlalu manis bg sy utk lupakan apatah lagi menjauhkan dri..kdangkala terasa sgt takut kalau pasangan dia x mnjaga jiwa muslimah yg sy sygi…tp apakan daya sy cuma tempiasan bg dia,setiap kali sy berdoa padaNya ditunjukkan jalan ats keresahan hati ni…InyaAllah..

  8. saya suka entry nie..
    spert kisah saya…
    tpi sekarang..
    saya tahu…mencintai Pencipta kita dlu..sbm mencintai org ain..:)

  9. belajar mencintai Pencipta…

  10. biasalah tu. kena lebih banyak berusaha lagi. :)

  11. emm…saya rasa cam nak bercinta selepas kahwin jer..segalanya dah halal disisi Allah..

  12. Ya Allah, ceritanya lebih kurang dengan saya. Tapi saya yang tingalkan dia lebih kurang nak dekat 10 bulan sebab masatu saya tersedar, tak guna pun bercouple ni kalau hala tuju seterusnya kita tak pasti :)

  13. to benzoic acid:
    sy pernah rase ape yg anda rase.
    rmai yg org rase apa yg anda rase.
    ada org rse lebih teruk apa yg anda rase.
    jdikan rasa itu sbgai pglaman.

    hanya satu persoalan sy,
    org ckp niat xmenghalalkan cara.
    kalau niat seseorang itu hendak memperisterikan seseorang,
    ttp betulkah cara yg dia guna itu halal di sisi Allah?
    ada org ckp sy kapel dgn dia dan sy mahu kahwin dgn dia ttp kamu pasti ke dgn cara kapel tu adalah cara yg betul?
    pernahkah kamu terfikir brp lamakah tempoh masa yg kamu habiskan
    sebelum dia sah menjadi milik kamu? spjg tempoh masa itu, adakah kamu pasti akan menjadi milik dia?
    yg pasti kita hanya merancang, Allah yang menentukan.

Leave a Reply