Berkahwin Kerana Tidak Tahan Amukan Asmara Yang Memuncak
Rasa tertarik, simpati tu kagum yang sering disalah ertikan sebagai cinta. Padahal sangat perlu diyakinkan bahawa asmara itu bukan sekadar cinta. Asmara akan cepat berubah oleh rupa, harta, tempat dan keadaan. Asmara itu buta, tidak tahan lama dan tidak tahan diuji. Tetapi, perasaan cinta perlu diuji dalam suka dan duka dengan mata terbuka.
Sejauh mana dia berani menerima kita dengan seadanya. Menerima kelebihan, juga mahu menerima kekurangan kita. Tetap menerima kita, tanpa memilih yang satu dan meninggalkan yang lainnya.
Ada kalanya, memang pertemuan awal akan membuatkan kita gelap mata. Pesonanya yang luar biasa, menutup semua akal dan pertimbangan kita. Sehingga nasihat dan saranan dari keluarga hanya berlalu begitu sahaja tanpa mahu mengendahkannya. Semuanya menjadi sangat gelap. Keegoaan kita memuncak hingga ke langit-langit diri. Jiwa kita menjadi sangat kerdil saat melawan asmara yang hadir menyapa hati.
Cubalah berfikir ke masa yang akan datang. Apa sahaja risiko dan pertimbangan yang perlu kita fikirkan. Apakah ia sesuai diamalkan kepada diri kita, keluarga dan agama kita?
Semua perkara perlu difikirkan dengan matang dan bukan terburu – buru. Ya, berkahwin kerana awal kerana takut terjebak maksiat itu baik, tetapi hendaklah berlangsung dengan tenang, matang dan direstui.
![]()
.
Berkahwin Kerana Simpati
Simpati atau rasa kasihan memang baik dan harus ada dalam hidup kita, tetapi tidak boleh menjadi dasar kepada perkahwinan. Perasan kasihan akan tamat, tetapi perasaan kasih tidak akan berkesudahan. Dasar pernikahan adalah kasih sayang, bukan kasihan. Kalau perasaan kasihan ini kelak berakhir, maka sebuah hubungan pernikahan tidak akan boleh bertahan.
Kerana faktor yang membuat rasa kasihan itu sudah hilang. Dia sudah bahagia, dia sudah tidak bersedih lagi, tapi mengapa dia harus dikasihani lagi? Cintailah dia dengan tulus ikhlas, bukan kerana rasa simpati atau kasihan semata – mata.
Tetapi apakah perasaan cinta itu berasal dari perasaan simpati? Mungkin juga. Kerana perasaan kasihan menuntut kita untuk berbuat sesuatu kepada orang yang kita kasihani. Di situlah nantinya proses ini akan terus berkembang. Lambat laun akan bertukar menjadi perasaan sayang.
.
.
Sumber rujukan:
1. Kerana Allah Aku Menikahimu (Ustaz Burhan Sodiq)

































