Perkongsian Tentang ISLAM. Hidup dan Matiku hanyalah kerana Allah

Jika Aku Pilihanmu

Marry Me? by ~JDInUnderland Photography / Humorous

Jika kau pilih aku,

Sebagai permaisuri hati,

Pimpinla aku menuju redhaNya,

Bukan membuka jalan untukku,

Melangkah ke neraka.

Jika kau pilih aku,

Sebagai permaisuri hati,

Tutupla matamu memandangku kerana rupa, harta dan kelebihanku,

Pandanglah aku dengan kekuranganku,

Nilai kembali niatmu,

Masihkah kau sanggup menghadapi segala kelemahanku.

Jika kau pilih aku,

Sebagai permaisuri hati,

Jangan rosakkan hatiku dengan merinduimu,

Hentikanlah madah2 terindahmu untukku,

Sehingga saat halal itu berlaku,

Jika kau pilih aku,

Sebagai permaisuri hati,

Aku mohon agar kau sandarkan niatmu,

Kepada yg menentukan,

Aku pinta agar kau sentiasa dalam istikharah,

Agar kita kan bisa menemukan insan yg tepat,

Bukan sekadar menjadi bahan ujian sementara.

Jika kau pilih aku,

Menjadi permaisuri hati,

Ketahuilah,

Tidak ku pinta kemewahan dunia,

Tidak ku mahu kaya harta,

Tetapi aku minta,

Jadikan aku suri yang bisa mendapatkan istana di akhirat sana,

Berikan aku jaminan,

Untuk bersamamu lagi sesudah mati dalam redhaNya.

Jika kau pilih aku,

Dan jika Allah mengizinkan aku memilihmu,

Ketahui la,

Aku akan memilihmu keranaNya.

Saat itu ialah apabila aku tahu,

Kenapa kau memilih aku,

Jawapannya ialah “Kau memilih aku kerana Dia”

Hati ini mudah tergoda nafsu, sering terikut kehendak melulu.  Terkadang risauku pencarianku bertemu buntu dan bimbangku jua akan aku turut terkeliru, jika suatu masa nanti di hadapan ku dua simpang yang berbeza tuju.  Takut-takut yang ku pilih adalah mengikut pujukan syaitan yang merayu.  Khuatir ku pilih bukan yang didasari iman yang padu.

Ya Allah,tutuplah mata ini dari memandang seseorang kerana dunia yang ada padanya.  Biarkan mata hatiku berbicara tatkala insan yang Kau reda dan yang ku tunggu sudah tiba~

Enter Your Mail Address

5 Responses to “Jika Aku Pilihanmu”

  1. lia January 31, 2012 at 2:07 AM #

    Setiap manusia ALLAH tetapkan jodohnya… :)

       0 likes

  2. idang_juin January 29, 2012 at 3:50 AM #

    sangat suka article nie..

       0 likes

  3. Nurul Amin Ahmad January 28, 2012 at 4:52 PM #

    wondering… —–>
    “…Aku pinta agar kau sentiasa dalam istikharah,
    Agar kita kan bisa menemukan insan yg tepat…”

    kemudian lanjutan kedepannya lagi adalah ayat ini —->
    “…Berikan aku jaminan,
    Untuk bersamamu lagi sesudah mati dalam redhaNya,…”

    meaning? meminta sesorang y cintai kita u berdoa pada kita supaya masing mendapat jodoh y lebih baik? adakah merefer masing2? atau jika ada orang lain?

    pendapat saya… im refering more like this —>|agar kita bisa menjadi insan yang tepat|.

       3 likes

    • Ilham Pena January 28, 2012 at 6:54 PM #

      kadang-kadang kita suka atau cinta kepada seseorang yang sebenarnya bukan takdir kita. makanya kita sakit di pengakhirannya. beristikharahlah, semoga Allah hadirkan petunjuk buat kita, supaya yang kita letakkan pengharapan tu adalah pada insan yang sebenarnya jodoh kita. beristikharahlah, dan kalaupun insan yang kita dambakan itu bukanlah jodoh kita sesungguhnya, semoga Allah berikan kdamaian hati dan petunjuk kepada insan yang sesungguhnya.

         5 likes

      • Ilham Pena January 28, 2012 at 7:02 PM #

        maafkan saya kerana telah mengelirukan anti..beginilah, impian setiap orang yang berumah tangga ialah untuk sampai ke akhirat nanti tetap bersama (sehingga ke syurga), kan? jadi bagaimana untuk bersama sehingga ke syurga jika insan yang bersama kita itu bukanlah pemimpin keluarga yang soleh atau mencuba menjadi soleh? makanya, kita mesti berdoa agar si dia itu ialah insan yang baik akhlak dan peribadi. kalaupun dia bukan seperti itu, sekurang-kurangnya dia ialah insan yang mencuba untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan. jika betul dia cintakan kita keranaNya, maka berubahlah ke arah lebih baik supaya nanti keluarga yang dibentuk ialah keluarga yang mentaati Allah dan RasulNya…semoga Allah memberkati mahligai kasih yang terbina sehingga berkekalan ke syurgaNya.

           4 likes

Leave a Reply:

Gravatar Image

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline