Janganlah Kamu Bersedih

bersedih
Bersedih adalah fitrah dalam kehidupan

Ada Waktu Kita Bersedih

Sedih itu, sedih ini.

Sedih dengan pelbagai perkara.

Kematian, kemalangan, kehilangan, cacian dan makian, umpatan orang dan sebagainya.

Ada juga yang bersedih dengan rupa parasnya, bersedih dengan kejadiannya, bersedih mengenangkan nasibnya, sedih dengan cara hidupnya.

Tidak kurang juga yang sedih dengan dirinya yang lemah, keimanannya yang rendah, ibadahnya yang sedikit dan sebagainya.

Ada waktu, memang manusia akan merasakan kesedihan.

Mungkin kita pernah membaca ayat ini:

Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.

— At-Taubah: 40

Ok, bagaimana jika kita tetap merasa bersedih?

Ini ertinya ada sesuatu yang salah didalam hati kita.

Dalam ayat diatas, kita tidak perlu bersedih sebab Allah bersama kita.

Jika kita masih juga bersedih, ertinya kita belum merasakan dekatnya dengan Allah

Yang dimaksud bersedih bukanlah bererti menangis.

Menangis adalah bermaksud dalam rangka takut dan berharap kepada Allah, supaya kita bebas dari api neraka.

Bersedih yang dilarang adalah kesedihan akibat ketidaksabaran, tidak menerima takdir, dan menunjukan kelemahan diri.

Bersedih Itu Adalah Fitrah Manusia

Para Nabi bersedih.

Bahkan Rasulullah saw pun bersedih saat ditinggal oleh orang-orang dicintai dan dicintai beliau.

Namun, para Nabi tidak berlebihan dalam bersedih.

Para Nabi segera bangkit dan kembali berjuang tanpa memanjangkan kesedihan. 

Tetapi sindrom dari kalangan kita adalah, kita suka memanjangkan kesedihan.

Seakan Allah tidak wujud dalam kehidupan kita.

 

Bersedih Yang Tidak Diajarkan Dalam Islam

Bersedih (selain takut kerana Allah) tidak diajarkan dalam agama.

Bahkan kita banyak menemui ayat mahupun hadis yang melarang kita untuk bersedih.

Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” 

— QS. At-Taubah: 40

 

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.”

— QS.Ali ‘Imran:139

Rasulullah saw pun berdoa untuk agar terhindar dari kesedihan,

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kekufuran dan kefakiran; Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari azab kubur. Tiada Tuhan kecuali Engkau.

(HR. Abu Dawud)

 

Bagaimana Caranya Supaya Kita Tidak Bersedih Lagi?

Jika kita melihat ayat dan hadis yang disebutkan diatas, setidaknya kita sudah memiliki dua kekuatan agar kita tidak terus berada dalam kesedihan.

Pertama:

Dari ayat diatas (At Taubah:40) bahawa cara menghilangkan kesedihan ialah dengan menyedari, mengetahui, dan mengingati bahawa Allah bersama kita.

Jika kita sedar bahawa Allah bersama kita, oleh itu apa yang perlu kita takutkan?

Apa yang membuat kita sedih. Allah Maha Kuasa, Allah Maha Penyayang, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita.

Saat kesedihan terus menimpa kita, mungkin kita lupa atau hilang kesedaran, bahawa Allah bersama kita. Untuk itulah kita diperintahkan untuk terus mengingat Allah.

Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.”

– QS Ar Ra’d: 28

Dari ayat ini, kita sudah mengetahui cara menghilangkan kesedihan, kecemasan, dan ketakutan yaitu bi zikrillah, dengan berzikir memuji Allah.

Saat saya mengalami kesedihan, ketakutan, atau kecemasan, ada tiga kalimat yang sering saya gunakan untuk berzikir.

  1. Istighfar, memohon ampun kepada Allah.
  2. La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
  3. Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)

Alhamdulillah, kesedihan, kecemasan, dan ketakutan menjadi reda setelah berzikir dengan kalimat-kalimat diatas. Harus diingat, zikir bukan sahaja di mulut tetapi harus sampai masuk ke hati.


Kedua:

Cara menghilangkan kesedihan ialah dengan berdoa seperti dicontohkan oleh Rasulullah saw.

Nabi pun meminta pertolongan Allah, apa lagi kita, jauh lebih memerlukan pertolongan Allah.

Maka berdoalah.

Ya Allah, aku memohon perlindungan denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, rasa lemah dan kemalasan, Aku memohon perlindungan denganMu daripada sifat penakut dan kebakhilan, dan aku mohon perlindungan denganMu dari bebanan hutang dan dikuasai seseorang

(Hadith riwayat Abu Daud)

Doa ini adalah diajarkan Rasulullah kepada Abu Umamah ra sewaktu Baginda mendapati beliau sedang bersedihan didalam masjid.

 

Kesedihan Adalah Keperluan. Tetapi Tidak Boleh Berlebihan

Sedih memang baik.

Sekali sekala ia melembutkan hati.

Tanda jiwa yang sensitif. Tanda hati yang peka.

Tetapi merendam roh kita ke dalam kesedihan terlalu lama akan mereputkannya.

Apakah alasan untuk memanjangkan kesedihan?

Kesedihan tidak akan pernah menjadi penyelesaian kepada sesuatu masalah.

Maka perhatikanlah masalah, bergerak menyelesaikannya.

Jika masalah itu bukan datang dengan penyesalan, sebagai contoh: Kematian rakan karib, guru tercinta, ibu bapa tersayang dan sebagainya, hendaklah tabah dan melangkahlah memandang apa yang masih ada pada kita.

Sesungguhnya seorang mukmin itu tidak sepatutnya bersedih terlalu lama.

Kerana dia ada Allah di sisinya.

Dan kesedihan bukanlah cara seorang hamba Allah mengabdikan diri kepadaNya

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

155 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Natasha
Natasha
11 bulan yang lalu

Kenapa kamu tulis jangan bersedih then wrote bersedih itu fitrah. It’s like jangan makan tapi dalam waktu yang sama, makan itu fitrah manusia 🤷🏻‍♀️ Maybe something is written wrongly here because it’s confusing

Syafi Adam
Syafi Adam
2 tahun yang lalu

Alhamdulillah..Ya Allah , terima kasih kerana membantu aku untuk terus istiqomah .terima kasih Ya Allah , terima kasih Ya Allah..dan aku juga dapat mengawal sifat sedih aku apabila aku kehilangan datukku yang sudah lama kembali ke Rahmatullah..

Yuna
Yuna
2 tahun yang lalu

Saya selalu berasa sedih, mengenangkan hidup saya, saya sentiasa merasa menyesal dengan perkara yang lepas kerana keputusan sy buat sentiasa memudaratkan diri saya, dengan itu saya akan muhasabbah diri dan pasrah serta redha dengan perkara yg terjadi, kemudian saya ok, serta apabila ada perkara yang akan triggered sy pd benda lepas, saya akan kembali bersedih dan menangis,overthinking, dan cycle ini berulang2, dan saya berasa sengsara setiap kali perkara ini berlaku,sy sentiasa berdoa memohon kekuatan, dan saya percaya allah akan menggantikan sesuatu perkara yg lalu dengan perkara yg lebih baik

Asep
Asep
2 tahun yang lalu

Alhamdulillah
Alllah lapangan bagi kita.
Untuk senantiasa berharap padanya.
Disehatkan kita.
Dilatih kita.
Dikuatkan kita.
Jalani hidup dengan Rahmat disertai kemaha baikkannya…
Allahuakbar…

Zie
Zie
2 tahun yang lalu

Saya selalu rasa sedih kebelakangan ini disebabkan kwn,kluarga dan lain²,kwn saya selalu maki,hina saya kat blakang kdg dekat stts WA pun diorang sindir saya burukkan saya kat org lain, tpi saye trima je sindiran tu,takpe diorang tak suka bekawan dgn saye tpi rasa sakit kat dada ya allah sakit yg teramat ,mak saya juga slalu nak sangat saya macam anak org lain tpi hmm maaf lah mak saya bukan anak yg terbaik untuk mak,tpikan wlwpun sya tak pernah cakap syg kat mak sebenar saya syg mak sesangat:”)

Shafiyah
Shafiyah
3 tahun yang lalu

Saya baru lepas cerai dan sedih kerana masih sayang kan bekas suami. Saya terlalu berharap dia akan kembali. Tapi saya juga tahu yang dia dah ada pengganti saya. Saya tetap berdoa mohon allah kembalikan bekas suami kepada saya. Dan susah nak buang rasa sedih tu bila terkenang kan dia. Hampir setiap malam menangis. Allah, bantu aku untuk keluar dari kesedihan ini.

ichaa
ichaa
Reply to  Shafiyah
3 tahun yang lalu

staystrong kak

Wawa
Wawa
Reply to  Shafiyah
2 tahun yang lalu

bersyukur la yang suami anda masih lagi bernafas dan boleh dihubungi untuk mendengar suara nya

N
N
Reply to  Wawa
11 bulan yang lalu

What kind of comment is this ??! U so rude! If u can’t empathy her, don’t spell it out.

Last edited 11 bulan yang lalu by N
QA
QA
3 tahun yang lalu

Saya mmng slalu mnngis & trmenung bila trngt ttng kisah yg lama…tahun ini pun…slalu je ada bnyk ujian yg Allah beri pada Sya…wlaupun begitu Sya masih ingat Allah…Sya ni jenis yg mudah kecil hati bila di beri teguran…bila mnngis Sya sorok dlm diam…Sya x suka mnngis kuat sbb Sya thu Allah ada…dan selalunya AL Quran yg mnjdi peneman…alhamdulillah x brpnjgn pun…sbb Sya suka senyum bila melihat org sekeliling bhgia…

iman
iman
3 tahun yang lalu

saya pun selalu sedih disebabkan kawan,keluarga,and lain2..kadang2 saya sakit disebabkan selalu sedih…saya sedih sbb saya terlalu overthinking.saya cepat marah..kadang2 apa yg dicakap mak ayah saya buat saya melenting..

Ainanee
Ainanee
3 tahun yang lalu

Jazakallahhu khairan ya usrati ❣️

Najihah
Najihah
3 tahun yang lalu

Saya merasa sangat sedih dengan kekurangan diri saya. Saya seorang panas baran. Cepat marah tetapi cepat sejuk. Saya nak jadi anak yg baik . Tp dalam masa sama. Ibu sy sering mencari salah sy dan menherdik perangai saya..membuatkan sy semakin melenting dan naik angin padahal sy tiada niat utk berbuat demikian. Perkara amat sukar bg sy adalah bersabar dengan ibu sy ?