Saya rasa hairan dengan orang-orang kerajaan saya yang sering berkata:
“Selama ini kami jaga anda, kami bagi anda duit untuk belajar. Jangan lupa semua itu. Jangan jadi tak sedar diri.”
Pertamanya, kerajaan saya kena sedar, itu semua memang tugas kerajaan. Nanti, bila orang lain pegang tampuk pemerintahan kerajaan, mereka perlu buat kerja yang sama juga.
Keduanya, kerajaan saya kena sedar bahawa kerajaan saya yang pergi amalkan demokrasi. Demokrasi adalah berasal daripada perkataan greek yang bermaksud “Kuasa Rakyat”. Maka, anda memang berhak ditukar sebenarnya. Sebab tukar kerajaan, memang antara amalan demokrasi.
Ketiganya, kerajaan saya kena sedar bahawa, kami sebagai rakyat ni ok je dengan kerajaan. Bila kerajaan kami silap, kami beri teguran dengan baik. Tetapi lihatlah apa yang kerajaan kami telah lakukan kepada kami selama ini. Sebab itu ada antara kami(dan bilangan ini semakin membesar dari hari ke hari), ingin menukar kerajaan yang kami ada sekarang.
Keempatnya, Janganlah samakan rakyat dengan parti lawan. Kami rakyat ni, tengok mana yang boleh persembahkan yang terbaik kepada kami. Maka kerajaan kami, kalau benar nak kami pilih, buatlah yang terbaik. Janganlah ungkit jasa. Kami bukan tak nampak. Jangan momokkan kami dengan itu ini. Kami bukan tak belajar.
Kelima, Jangan momokkan kami dengan keburukan parti lain. Kalau parti lain buruk, kami tukar juga nanti. Jangan risau. Jangan ingat kami bodoh. Kami bukan hidup kerana parti.
Jangan sampai kami list semua keratan akhbar, kenyataan kerajaan, peristiwa-peristiwa zalim kerajaan, ketirisan, korupsi kerajaan terhadap kami selama ini.
Susah ke sekadar tukar ke arah yang lebih baik?
Mudah sebenarnya.
Jadi susah hanya kerana nak jaga ramai kroni.
Jadi susah sebab banyak liabiliti.
Kalau kerajaan saya tidak mahu ditukar,
maka kerajaan saya kena tukar dirinya ke arah yang lebih baik.
Admin sangat bersetuju dengan Hilal Asyraf. Apa komen sahabat-sahabat?


































Firman Allah taala di dalam Surah al-Imran ayat 144 yang bermaksud: “Dan Allah akan memberi balasan kepada orang yang berterima kasih.”
Firman Allah taala di dalam Surah al-Imran ayat 144 yang bermaksud: “Dan Allah akan memberi balasan kepada orang yang berterima kasih.”
Ternyata orang2 yang tahu berterima kasih kepada Malaysia ialah orang2 endon, mat2 bangla, mat2 pakistan, myanmar dan lain2..bukan orang malaysia yang hidup senang setelah pasca merdeka…
Kena perincikan ayat tu. Terima kasih atas sebab apa?
Menegur bererti bukan tidak berterima kasih. Menegur adalah ingin memperbetulkan dan menambahbaik sesuatu perkara.
Kita kena jelas dalam hal ini.
Salam…
ape la nak gaduh2, Just ambil yg baik jdkan pedoman, yg x baik jdkan sempadan. Give and take lah..biar memberi yg bermanfaat utk ummah. Jgn biarkan satu ayat kita umat ISLAM berpecah-belah..Cuba nilai something berlapis-lapis, jgn nilai atas surface jer..
Syukran.
well said..
Salam…ape nak gaduh2. ambil yg baik jdkan pedoman, ambil yg x baik jdkan sempadan. Just saling nasihat menasihati. Give and take lah..jgn sebab satu ayat, umat ISLAM berpecah belah..cuba fikir berlapis-lapis ckit. jgn lihat atas surface je..syukran
Assalamualaikum..w.b.t
sy suka dengan cara admin menjawab soalan…^__^
sy suka lg(tentang artikel)…
1. Artikel ni bukan kearah Kepartian sebab xada sebut mana2 nama parti.
2. Islam tu menyeluruh…baik hal Dunia mahupun Akhirat.(bnyk juga artikel AI yg lain menyebut hal dunia…
3. Pemimpin bekerja untuk rakyat.(siapa yang menerajui kerajaan maknanya dialah pemimpin)
4. Pembangkang tidak semestinya semuanya berparti.(luaskan pandangan)
adakah saya memberi pandangan saya bermakna saya pembangkang?
Wassalam. Jika kita baca artikel Hilal Asyraf ini dgn fikiran terbuka, insyaallah kita tidak akan nampak artikel ini prejudis kepada mana-mana parti. Admin hanya menjawab dengan ilmu yang dhoif sahaja, jika silap harap dapat memberi pencerahan..
Assalamualaikum…saya warga baru disini…ingin saya kongsi satu perkara yang InsyaALLAh selepas ini diri saya sendiri dan setiap warga disini cuba muhasabah dalam perkara-perkara yang berikut sebelum memberi apa-apa pun komen yang berkaitan dengan perkara yang diatas…
1. faham dengan mendalam apa itu Islam
2. faham dengan mendalam apa itu Politik
3. faham dengan mendalam apa itu Politik bersandarkan Islam
4. faham dengan mendalam apakah hak dan tanggungjawab Pemerintah bersandarkan Islam
5. faham dengan mendalam apakah hak dan tanggungjawab kita sebagai rakyat…
saya memohon ampun kepada ALLAH dah memohon maaf kepada sekalian warga sekiranya terdapat perkara yang menyentuh sensitiviti warga sekalian..
Wallahu A’alam..
mudah-mudahan maksud yang sebenar-benarnya yang ingin disampaikan oleh penulis dapat difahami dengan Islam sebagai panduan dan Syariah sebagai rujukan…selepas itu komenlah yang sebagai mana hak kita sebagai rakyat amnya dan hamba ALLAH khususnya…
wallahu A’alam
well said, syukran ya akhi..
emm… klu x ader sentuh mengenai isu kepartian… maybe ada ayat2 mcm nk bangkang kerajaan laa juga.. klu ikut lenggok ayat pon dh tahu.. huhuhu..
aa… btol2… EISHH3 !!
sebagai rakyat, adakah kita tiada hak untuk menegur? dan jika menegur, kita dikira pembangkang?
assalamualaikum…setelah membaca artikel di atas,memang ada perkara yg boleh dipersetujui walaupun ada lenggok ayatnya yg nampak seperti ada sesuatu yg tersirat…ya,memang benar negara kita mengamalkan demokrasi..tpi DEMOKRASI itu tidaklah bermakna kita sebagai rakyat yg prihatin boleh melakukan apa sahaja yg kita suka.. seperti melakukan rusuhan jalanan,menengking,mencarut merata-rata atau membuang bendera PM..dengan alasan “kerajan kita tidak betul”..gunalah saluran Islam..mengenai mahasiswa pula..memang diakui ramai yg perihatin akan negara…tetapi siasatlah dahulu latar belakang mereka yg menentang itu…dipengaruhi oleh unsur lain atau tidak??..ada siapa di belakang mereka…sudah tertunaikah ibadah mereka untuk menuntut ilmu di jalan Allah..hubungan dengan org sekeliling bgaimana??..jgn terlalu ambil mudah perkara ini…ingat,memusnahkan negara itu lebih mudah dari membangunkannya…
Wassalam.. benar, admin setuju dengan anda. kita perlu menjaga batas2 adab dan akhlak kita sebagai muslim.
Kita semua perlu faham bahawa, politik juga adalah satu ibadah. Politik adalah satu perkara mubah yang pada satu tahap boleh menjadi wajib. Maka, jika kita menjalankan politik dalam lingkungan yang dibenarkan syara’, dengan adab-adab yang dibenarkan syara’, ditambah pula dengan niat yang ikhlas, maka jadilah politik itu satu ibadah.
Maka jangan kita mencemari ibadah ini dengan carut-carutan dan perkara-perkara hodoh dan tidak bermoral seperti menganggu gugat orang lain, menghina, pergaduhan dan mencederakan orang lain, sehingga merosakkan ibadah kita.
sgt setuju
Korang bace & faham isi artikel ni. admin xsentuh isu parti pun.. btw admin, aku stuju ngan pndangan hilal asyraf
terima kasih..
Haha.. blog nie pon dh diserang Virus Kepartian jugak..
kalu ko bace leklok artikel ni, die takde menyentuh mane2 parti pon.. common la bro, open skit.. =.=’
erm..boleh sebut mana petikan diatas mention kepada mana2 parti?
sbg mnusia kte kna ingat bhw smua yg didunia ini adalh pnjaman dr Allah.milik Allah..bkn kerajaan, bkn pmbangkang dan ect.
benar.. semuanya milik Allah.
zaman kebangkitan mahasiswa….:)
oo.. ini tiada kaitan ngan mahasiswa.. hi3
bleh x klu blog tntg agama ISLAM langsg tidak menyentuh isu DUNIA.. kerana apabila blog yg selama ini dianggap hanya memandang AKHIRAT semata terpalit dgn urusan DUNIA.. jadi kurang enak utk trus di ikuti.. mohon d pertimbangkn semua(blogger)..
ermm.. nk menuju akhirat, kne lalui dunia dulu.. Pernah dengar cerita eorang ahli ibadat yang tidak putus beribadah kepada Allah, tapi tak dapat masuk syurga kerana dia mempedulikan jiran tetangganya dan perkara disekitar. Tu dunia gak tu.. Sila betulkan sudut pandang anda. Sbb ape yang kita buat kt dunia ni akan dihisab, bkn semata2 soal ibadah jer..
tp klu dgn urusan dunia, kita akan membenci, berprasangka buruk, mengata dalam hati, maybe klo trlebih benci(akan mengata dgn mulut)n d tambah dgn perbuatan yg keji.. nk buat mcm mane ye tuan??
Ittaqullah, uusiikum wa nafsi bittaqwallah. Ayat ini sering kali diulang semasa khutbah jumaat di Malaysia. Maksudnya: “Bertaqwalah kepada Allah, aku mewasiatkan diri kalian dan diriku dengan ketaqwaan kepada Allah”
Inilah pesan untuk diri kita semua. Marilah sama-sama kita kembali kepada Allah SWT dalam segenap hal yang kita lakukan, hatta dalam arena politik.
Walau apa pun perkara yang kita lakukan tetap perlu menjaga adab dan akhlak kita. Benci kepada sesuatu perkara bukanlah lesen kepada kita untuk mencaci & mengeji dan melakukan perbuatan keji sperti mengedit gambar pemimpin.
Jika ada yang hendak ditegur, tegurlah secara berhikmah dan cara terbaik. Saya tidak kata hikmah, baik, cara yang baik itu, adalah dengan cakap lembut-lembut lemah gemalai ala-ala pengecut.
Tetapi tahukah kita apakah takrif baik dan buruk di dalam Islam? Kaedah menilai baik dan buruk di dalam Islam adalah:
“Baik itu adalah apa yang dikatakan baik oleh syara’, buruk itu adalah apa yang dikatakan buruk oleh syara’”
Itu kaedahnya. Hendak berkeras, hendak bertegas, boleh selagi ia tertakhluk di dalam lunas-lunas Islam.
Urusan dunia perlu tetap dilalui kerana ia adalah pentas ujian kepada kita. Nak tak nak, kena lalui juga. Perasaan-perasaan seperti prasangka buruk itulah ujian kepada kita. Sebab itu penting untuk kita kembali Allah SWT.
Islam itu menyeluruh aspek kehidupan, DUNIA dan akhirat. Segala apa yang berlaku didunia akan dihisab, tiada yang terlepas. Itu pegangan kita.
Sabda Rasulullah SAW: “Dunia itu adalah tanam-tanaman untuk Akhirat.” (Riwayat Al ‘Uqaili)
ini pun jalan ke akhirat, sekurang2nya menegur apabila melihat sesuatu kemungkaran..
Maaf ya. AI tidak kaitkan artikel ini dengan kes mahasiswa tersebut. Artikel ini just berkenaan hak kita sebagai rakyat dan supaya kerajaan sedar dengan kelemahan pentadbiran mereka.
Tiada isu kepartian disini. Just isu rakyat dan kerajaan.
Sekali lagi, BUKAN ISU KEPARTIAN..
Admin aku rse orang2 yg komen ni tak bace dgn teliti ape yg ko smpaikan dlm artikel tu.. tu komen2 merepek2 je sumua. mcm harem! =.=’
ko ader maksod trsirat kn.. lala~~~~~~
anda interprestasi,
dan saya tidak akan bertanggungjawab dengan interprestasi anda.
Melainkan anda seorang terbuka untuk mendengar interprestasi saya,
silakan bertanya dengan baik, dan saya akan menjawabnya.
Jika sekadar kritikan buta dan cemuhan melulu,
maka saya akan berdiam diri sahaja.
“Selama ini kami jaga anda, kami bagi anda duit untuk belajar. Jangan lupa semua itu. Jangan jadi tak sedar diri.”
- eleh, tu duit PTPTN daa.. bkn bagi, pinjaman! pinjaman berunsur riba. Apa nak kecoh sgt. Chill suda..