Don’t Take Things Too Seriously, Belajarlah Menjadi Lebih Matang!

matang
Matang | Keep calm and drink tea by Whimsical-Dreams

Nabi dibaling najis oleh musuh, tidak sedikit pun baginda (s.a.w) terasa hati.

Disalinnya baju berkali-kali dengan penuh kesabaran. Berulang-alik Nabi berjalan di tengah-tengah mereka. Nabi tak marah langsung.

Di zaman yang serba berteknologi tinggi sekarang ini ramai yang menjadikan laman sosial sebagai medan dakwah. Semakin hari semakin banyak fitnah dan tuduhan tanpa memahami mesej isi kandungan yang sebenar terlebih dahulu.

Tak sedikit yang terlalu sensitif dengan apa yang dikongsi oleh si pendakwah sehingga menimbulkan pergaduhan dan perpecahan. Barangkali sudah tidak boleh berfikiran terbuka lagi dengan mesej Islam dalam kehidupan seharian.

Masing-masing mahu berdebat melawan pendapat siapa lebih benar.

Bukankah diam itu lebih baik? Jika memang salah si pendakwah, kenapa tidak secara direct menegur kesalahannya?

Berdakwah itu hukumnya wajib bagi setiap orang Islam.

Don’t take things too seriously. Kalau tak belajar dari sekarang, bila lagi?

Biasakan diri untuk tidak cepat sangat terasa.

Tutup pintu cepat-cepat, supaya tak terkena tempias hujan terlalu lama kalau memang tak boleh nak hadam pendapat yang bercanggah dengan pegangan hidup.

Tidak semua orang berpendapat yang sama. Bercanggah pendapat itu adalah lumrah kehidupan manusia, terpulang mana satu mahu dijadikan pegangan.

Teringat pula pada kata-kata seseorang yang berjasa pada saya dan rakan-rakan yang lain.

Kalau tak nak belajar untuk tidak sakit hati, sampai bila baru nak jadi matang?

Kenapa senang sangat terasa hati dengan orang?

Nak terasa, tak salah.. memang pun terkadang tu tindakan refleks.

Tapi hakikatnya, Allah yang membolak-balikkan hati kita setiap hari, setiap saat supaya kita kembali kepadaNya.

Biasakan diri dengan amalan membaca supaya kita lebih bersifat terbuka, terutamanya kepada perkara agama.

Para pendakwah juga melakukan dosa dan kekhilafan. Tiada yang maksum kecuali jika mereka itu adalah Nabi. Jangan memandang orang terlalu tinggi atau terlalu rendah kerana hakikatnya kita semuanya sama.

Permohonan maaf merapatkan kembali silatulrahim. Memang menjadi kewajipan si pendakwah untuk memohon maaf sekiranya melakukan kesilapan.

Tegurlah dengan cara baik dan jangan terlalu beremosi.

Mereka juga manusia biasa. Mereka juga mahu menjadi diri sendiri. Tiada yang berbeza antara manusia.

Jadikan ‘sakit hati’ sebagai motivasi diri untuk berubah ke arah yang lebih baik, InshaAllah. Baca dengan hati yang terbuka. Fahami mesej sebenar yang cuba disampaikan.

Sekiranya benar-benar bermaksud sinis (menghina secara tersirat), barulah ditegur dan dinasihati supaya si pendakwah dapat memperbaiki diri yang khilaf.

Kalau memang betul-betul dihina secara direct atau dipanggil dengan panggilan yang menyakitkan hati, ingat pada Nabi balik. Adakah sampai dibaling najis ke muka kita? Diamkan sahaja dan bersabar.

Percayalah, besok-besok ganjaran yang besar menanti dari Allah s.w.t, berkat dari kesabaran.

Saya nak share pengalaman saya pernah dihina dan dipanggil dengan panggilan yang tidak sedap didengar. Saya, memang sejak azalinya seorang yang tersangat pendiam.

Baru sekarang saya rajin menulis tetapi masih seorang yang pendiam. Cuma kepada orang-orang yang tertentu sahaja saya menjadi orang yang paling banyak bercakap.

Saya pendiam. Jadi, orang lain mengambil kesempatan di atas sifat asli saya yang satu ini. Bukan cuma golongan yang sejantina, malah yang lawan jenis dengan saya juga turut menghina saya pada waktu itu.

Semenjak dari itu, keadaan mental saya menjadi tidak stabil dan sering diganggu dengan suara-suara mereka yang mengejek dan menghina walaupun ketika saya berseorangan di rumah.

 Jujur saya katakan, memang saya bukan seorang yang mudah memaafkan orang lain. Tapi dari pengalaman inilah saya belajar cara menjadi seorang yang pemaaf, dan saya masih lagi belajar.

Sepanjang saya dihina itu, saya teruskan berdiam diri walaupun sakit. Saya pendam dalam diam setiap hari namun, keyakinan diri saya semakin merundum dan keadaan mental saya berubah secara drastik.

Cuma mampu menangis dan menangis.

Seringkali rasa ingin membalas, tetapi tidak berdaya kerana sifat pendiam dan tidak suka kepada perdebatan (pergaduhan) saya yang sekian lama telah tertanam dalam diri.

Emosi terganggu, bila-bila masa saja keinginan untuk membunuh diri itu boleh wujud. Tetapi wajah emak saya masih tetap melekat dalam hati saya.

Alhamdulillah, saya bukan macam remaja-remaja lain yang suka menoreh nadi sendiri apabila tertekan. Nerakalah jawabnya jika saya sampai melakukannya. Wal ‘iya zu billah.

Allah itu Maha Memberi Petunjuk. Lama-kelamaan saya jadi semakin tidak tenteram. Rupa-rupanya, baru saya sedar bahawa sudah lama saya jauh denganNya.

Saya kembali kepadaNya. Saya berhijrah dan terus bersabar. Dalam solat, doa dan pakaian menutup aurat, saya temui ketenteraman jiwa. Saya tetap bersabar walaupun masih dihina.

Suatu hari, Allah takdirkan saya berkawan rapat pula dengan salah seorang dari mereka yang mengejek saya. Mereka telahpun memohon maaf dari saya.

Ajaib! Sungguh saya tidak menyangka.

Namun, tidak semua dari mereka telah memohon maaf tapi saya sudah memaafkan mereka semua.

Ganjaran buat hambaNya yang mahu bersabar dengan ujian yang menimpa adalah berupa ganjaran yang tidak disangka-sangka! SubhanAllah.

Sekadar perkongsian pengalaman hidup saya. Namun, terpulang kepada pilihan masing-masing.

Akhlak Nabi itu tetap akan kekal sebagai contoh kepada umatnya sepanjang zaman.

Mengingati orang lain yang lebih berat ujian penghinaannya mungkin boleh dijadikan sebagai motivasi diri juga. Tetapi, mengingati Nabi s.a.w itu lebih baik, kerana pada diri baginda ada penawar.

Sunnahnya, dan selawat ke atasnya, di dalamnya mengandung pelbagai rahsia batin dan mukjizat baginda yang diberi oleh Allah s.w.t. untuk kita umatnya.

Selain itu, berzikir memuji Allah adalah yang terbaik sebagai penawar bagi hati dan segala jenis penyakit. Wallahua’lam.

Bersifat terbuka kepada perkara agama dan percanggahan pendapat itu dapat mengelakkan perbalahan dan perpecahan selain memberi ruang untuk memuhasabahkan diri. Wallahua’lam.

Keep calm, and stay positive.

*****
Artikel ini adalah dikongsikan oleh Fatin Farhanah Repini. Semoga perkongsian yang disampaikan memberi manfaat kepada kita semua :)
Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

17 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Hana Khalilah
Hana Khalilah
4 tahun yang lalu

Saya pun kadang ii terasa hati bila org lain panggil saya murah,saya terasa mcm diri saya amat hina,saya sekarang rase mcm nk bunuh diri jugak tp saya bersabar dan beristigfar

Kiomo
Kiomo
4 tahun yang lalu

Saya sedih sbb setiap hari kena hina pastu kena hina pulK depan depan org ramai.kadang kadang crush saya pun hina saya.saya x thu macam mana nk hadap semua tu

nfn
nfn
7 tahun yang lalu

try to be more mature and believe yourself.GOOD LEARNING.TQ

Nur Haliza Kamat
Nur Haliza Kamat
9 tahun yang lalu

Thanks 4 sharing..Help me a lot n_n

siti
siti
9 tahun yang lalu

terima kasih atas perkongsian.. sama juga dengan pengalaman diri sendiri :)
juga mahu bangkit perlahan2 seperti saudara/i :)
doakan ana :)

kak long
kak long
9 tahun yang lalu

Sy mohon copy artikel ni utk letak dlm archives sy, agar mudah utk saya membaca nya setiap kali sy hadapi situasi yg sama, sy amat terima kasih kepada penulis kerana menulis artikel ini membuatkan sy kembali bersemangat disamping terus cuba memperbaiki diri untuk dekat kepada Allah.
Jazakallahu khair

Nurhidayah Dzulkafli
Nurhidayah Dzulkafli
9 tahun yang lalu

subhanallah.. perkongsian yang sangat menarik.. terima kasih sudi kongsi artikel yang mampu meningkatkan motivasi saat ni.. bila kita perbaiki hubungan dengan Allah In shaa Allah, Allah akan perbaiki hubungan kita dengan manusia dan lain2.

farrai
farrai
9 tahun yang lalu

Alhamdulillah..Thanks for the tips
Betul dkat kan dri dgn Allah adlh jln terbail untuk semue mslh :))

mizz Nadia
mizz Nadia
9 tahun yang lalu

ya…saya pun pernah di perlakukan sama dgn penulis di
atas…memang sakit hati teramat…n hnya mmpu mnngis2…dan akhirnya sy tak tahan n berdoa kpd allah..supaya tenang jiwa ni…n mmg allah tu maha adil….

nida
nida
9 tahun yang lalu

Benar.. apabila bersikap matang kita dpt mnilai sesuatu perkara samada ia perlu atau tidak utk difikirkan secara serius.. take something too serius just make the thing to worse even the small thing, not denied to think seriously is needed for certain time :)