Cita-cita Saya, KAHWIN

kahwin

kahwin

Teringat semasa di alam persekolahan. Terasa seperti kenangan semalam ingin dikembalikan semula. Walhal, sudah bertahun-tahun saya meninggalkannya. Akan tetapi, kenangan yang begitu beku di benak fikiran, tidak membekukan. Malah, ia senantiasa menjernihkan.

‘Kenapa bila sudah tamat alam persekolahan, perasaan rindu datang tanpa diundang?’ saya bermonolong sendirian.

“Hello Nasir.. kenapa ‘uncle’ ternampak ada kambing senyum-senyum?” saya di sapa oleh rakan sekerja yang datang tiba-tiba. Hanya senyuman sahaja yang mampu saya berikan.

Untuk pengetahuan umum, ‘uncle’ adalah rakan sekerja saya. Dia seorang yang baik, tua, dan tidak seagama. Tetapi ia tidak menjadi masalah buat diri ini untuk mengadakan ikatan kemanusiaan walaupun terdapat perbezaan. Hakikatnya manusia itu sama dan kita satu Malaysia!

“Mane ada kambing dekat sini ‘uncle’. Ni mesti kes perli saya kan?” mulut saya tangkas berbicara.

“Eh! Mana ada Nasir. ‘Uncle’ ini baik punya orang. Perli tiada, tapi gurau itu banyak juga ada.” Jawapan ‘uncle’ sudah melucukan saya. Manakan tidak bahasa melayunya sungguh menarik dan secara tidak langsung kami kongsi gelak tawa bersama.

“Nasir… ini ‘uncle’ mahu sedikit tanya sama kamu. Itu kamu ada cita-cita bukan?” soalan bonus yang diberikan pada saya.

“Mestilah ada. Saya kan belum TUA lagi macam orang tu.” Saya cuba mengusik ‘Uncle’ sambil tersenyum.

“Aiyoo! Itu ada sikit balas dendam kah? Ok sekarang ni Nasir, kamu kasi tau sama ‘uncle’ apa cita-cita kamu?” soalan ‘uncle’ berbunyi agak serius. Saya pula cuba menggerakan enjin di dalam kepala secara tidak langsung. Ternyata bahawa soalan itu sungguh berat. Tersangat berat!

Dahulu kala, saya pernah terfikir untuk menjadi seorang Polis, Guru, dan seorang Jutawan. Tapi, itu dahulu. Dan saya akui bahawa ketika itu saya agak kurang matang dalam berfikir. Bak kata orang, DARAH MUDA. Kini saya punya cita-cita, tapi ia berbeza. Cita-cita saya adalah kahwin.

Kenapa kahwin?

Sebab, saya boleh menjadi seorang pendidik, seorang ‘hero’, dan seorang jutawan yang sentiasa kaya. Malah, ia lebih hebat daripada itu.

Bukan kerana tamak, tetapi dengan cita-cita inilah yang saya peroleh dalam tempoh masa sama yang mampu membuatkan saya berasa lebih bertanggungjawab. Persoalan kahwin juga bukannya perkara yang mudah dan remeh. Ia perkara yang besar dan mencabar yang memerlukan persediaan daripada segi fizikal dan mental, baik kaum Adam dan Hawa.

Jadi, terima kasih untuk ‘uncle’ kerana sudi memberikan soalan yang cukup berharga buat saya. Malah, ia menyedarkan saya bahawa setiap manusia perlu mempunyai cita-cita.

Akhir kata daripada saya, apakah CITA-CITA anda?

.

Artikel ini dikongsikan oleh saudara MNBA ke inbox kami. Lawati juga blog beliau di http://mnasiruddinbamir.blogspot.com/   . Terima kasih atas perkongsian ini.. :)

EarthSecret

Masukkan alamat email anda untuk subscribe / melanggani blog ini dan menerima setiap artikel baru melalui e-mel.

Join 1,558 other subscribers

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *