Cinta Yang Halal

Cinta Yang Halal

Cinta Yang Halal

Dibalik episodnya, tentang keindahan, kebahagiaan dan kasih sayang
Tahukah kita, apa yang mendasari semuanya
Menjadi satu isyarat tentang sebuah makna
Dalam keutuhan cinta yang membentang

Cinta…
Bagai mutiara yang tersembunyi dibalik karang
Putih, bersih dan suci diatas mahligainya
Menjadi satu isyarat tentang sebuah makna
Dalam keutuhan azam yang membentang

Cinta….
Aku ingin cinta yang putih, bersih dan suci
Bahkan lebih dari itu tentang cinta
Cinta yang berharga dalam
Bilangan Asma-Nya
Cinta yang tak hanya sekadar duniawi
Aku ingin cinta yang halal bersama dalam setiap keberkahanNya
Pun engkau, akan menjadikannya semakin berwarna
Dalam putihnya hati nurani

Cinta…
Seperti mutiara yang semakin bercahaya
Bahkan lebih ketika mahar keimanan menjadi satu asas
Bukan lagi berkata, aku ingin dan aku mahu
Kerana cinta telah mengajarkan kita tentang keindahan
Hanya sejauh mana kita mahu
Belajar menjadi sang pecinta sejati

Cinta yang halal…
Berapa banyak dari kita yang mengharapkannya
Sehingga bukan untuk menghalalkan segala cara
Kerana cinta mengajarkan kita mengerti dan memahami
Tentang erti sebuah keikhlasan

Seberapapun engkau, aku dan kamu
Milikilah cinta diatas cinta yang sebenar
Berpijak pada satu kekuatan yang satu

Biarlah…
semua akan indah pada waktunya
Tentang cinta yang halal
Tentang kedewasaan cintaNya, cintaku dan cintamu
Diatas jalan yang halal dan berakhir dengan keberkatannya… 

Cinta Yang Halal

sumber: muslimah sholehah

Masukkan alamat email anda untuk subscribe / melanggani blog ini dan menerima setiap artikel baru melalui e-mel.

Join 1,825 other subscribers

EarthSecret

Comments

  1. trg kter says

    bro.. byak sgguh pasal cinta ni,
    cinta tu yg aku tau utk 3 perkara je..
    1> ALLAH Ta’ala
    2> Rasul S.A.W
    3> berjihad d jalanNYA
    ………selain drp 3 perkara ni hanya layak diKASIHI shj.
    sekiranya kter mencintai sesuatu lebih drp yg 3 ini, ALLAH bg tau “FATARABBASU” iaitu “tunggu”.
    tggu apa!! sesungguhnya azab ALLAH sgt pedih.
    ayat ni dlm suruh apa aku x ingat,, klo aku rajin aku bg tau smula. klo dah tau bgus la..
    USAHA TANGGA KEJAYAAN @ man jadda, wajada
    sekadar ingatkn dri aku sdri je bro..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *