Pada entry terdahulu, saya telah postkan artikel yang berkisar tentang isu “Perigi Mencari Timba” atau perempuan yang approach lelaki. Kepada sesiapa yang masih belum membaca artikel itu, boleh la membaca artikel tersebut disini
.
“Saudari, maafkan saya. Saya tidak dapat menerima cinta saudari. Cukuplah sampai disini. Semoga Allah mengampuni saya jika saya bersalah. Saya tahu niat saudari baik, tetapi saya bukanlah orang yang tepat.”
Tulisan ini mungkin pernah kita terima melalui SMS yang masuk ke inbox telefon kita. Tentu remuk rendam hati dan perasaan kita. Cinta kita ditolak! Malu..! Dunia seolah-olah berakhir. Suasana hati berubah mendadak dan menjadi binggung tidak tahu harus berbuat apa.
Sesiapapun mungkin akan kecewa apabila keinginan dan cita-citanya tidak tercapai. Perasaan kecewa adalah sebahagian dari gharizatul baqa‘ (naluri mempertahankan diri) yang Allah ciptakan pada manusia. Dengannya, manusia adalah bukan robot, mereka mempunyai pelbagai emosi. Dapat gembira tetapi boleh juga untuk merasa kecewa.
Manusia memang tidak suka dengan penolakan. Mereka ingin semua keinginannya selalu dipenuhi. Padahal ditolak adalah salah satu daripada kehidupan kita. Hidup ini adakalanya tidak boleh memilih. Benar, cuba kita perhatikan, kita lahir ke dunia ini tanpa ada pilihan: sebagai lelaki atau perempuan, berkulit gelap atau cerah, berbeza suku bangsa. Rezeki dan jodoh juga adalah sesuatu yang diluar pilihan kita
Man propose, God dispose - Kita hanya mampu berusaha dan berikhtiar, tetapi Allah jua yang menentukan segalanya. Ya, yang penting kita sudah IKHTIAR!
.
Ini Bukan Suatu Aib
Ditolak?
Pastinya perasaan Malu, kesal dan kecewa menjadi satu. Tetapi itulah bentuk perjuangan menuju pernikahan. Kita sememangnya tidak tahu apakah sang pujaan menerima atau menolak kita, kecuali setelah kita memberi tahu hasrat hati kita kepadanya.
Apabila ditolak tidak usah malu. Bukan cuma kita sahaja yang pernah ditolak. Ramai lagi orang lain yang senasib dengan kita. Jika seorang wanita melamar lelaki, dia tidak seharusnya rasa ‘terhegeh-hegeh’ atau tidak laku. Wanita yang dikatakan tidak laku dan terhegeh-hegeh sebenarnya adalah mereka yang mendedahkan aurat, berkelakuan tidak senonoh dan bergaul bebas
Jika diterima, alhamdulillah dan jika ditolak sekalipun tidak mengapa. Allah tetap menilai percubaan itu sebagai amal soleh kerana mereka sudah melakukan sesuatu yang halal dan harus di sisi Islam.
Bukankah apa yang kita lakukan itu adalah sesuatu yang benar dan baik menurut agama? Jadi mengapa mesti malu?
Berjaya atau tidak, bukan soalnya kerana Allah menilai usaha berkenaan. Jangan sesekali berasa diri direndahkan
![]()
.
Positiflah!
Marah-marah kerana ditolak? Mendoakan keburukan kepada lelaki/wanita yang menolak kita? Itu bukanlah sikap seorang muslim yang baik.
Tidak ada yang dapat melarang seseorang untuk jatuh cinta mahupun menolak cinta. Sebagaimana kita mempunyai hak untuk mencintai dan melamar orang, maka ada juga hak yang diberikan agama pada orang lain untuk menolak pinangan kita.
Bahkan dalam kehidupan rumah tangga pun seorang suami dan isteri diberikan hak oleh Allah (SWT) untuk membatalkan sebuah ikatan perkahwinan. Mengapa Allah SWT memberikan hak menolak cinta kepada kita? Dan dalam perkahwinan ada “penceraian”?
Jawapannya adalah mungkin manusia yang pernah jatuh cinta atau setelah membina rumah tangga, ternyata tidak memperoleh kebahagiaan (al-hanaah) dari pasangannya, maka tiada gunanya untuk kita mempertahankan sebuah hubungan apabila kebahagiaan dan ketenteraman tak dapat diraih. Wallahuaklam bi ash sawab
Berfikir positiflah apabila cinta atau hasrat hati kita itu tidak berbalas. Belum tentu kita memperoleh kebahagiaan apabila hidup bersamanya. Apa yang kita pandang baik pada mata kasar, belum tentu akan memberikan kebaikan pada kemudian hari.
Allah maha pengatur, pasti akan mempertemukan kita dengan orang yang memberikan kebahagiaan seperti yang kita angankan. Bahkan mungkin lebih dari yang kita harapkan. Be positive thinking. Tiada sebab untuk bersedih.
”…dan jangan kamu berputus asa dari dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.” [Yusuf :87]



Selama ini saya tipu dia..saya cakap saya suka n syg dia mcm seorang abang..tapi dalam hati yg sebenarnya hanya Allah yg tau..nak berterus terang takut nanti akan kehilangan abang yg sangat baik hati.. dan ketakutan tu jadi kenyataan bila dia mula menyepi setelah dia tahu perasaan ni..tapi x mngapa..saya sdg mencuba mengikis segala perasaan itu..tidak mahu berangan2 n berharap lagi..pasti ada sesuatu yg lain yang sedang Allah rencanakan buat saya..dan dia.. Semoga dia selalu bahagia di mana saja berada..
nak wat camana kalau org da tak suka.. carik yg lain je la jwbnye..
Salam.itulah,segannye saya jika seperti perigi mencari timba,kemudian ditolak..tapi sy cube berfikir positif,andai itu bukan rezeki kita,maknanya Allah nak beri yang lebih baik untuk kita..dan Allah tahu apa yang terbaik untuk diri kita..-)
xpela kalo cinta ditolak..bole jadi ada yang lebeh baik menanti kita selain si dia..setiap ayng terjadi ketentuan dari Nya..yakinlah dan tabahkan hati bila cinta ditolak..insyaALLAH..hikmah tersembunyi dibalik peristiwa itu.
kita hanya usahakan sesuatu bila mana kita rasakan dia yang terbaik..tapi sekuat mana pon usaha kita andai xberkenan dgn ALLAH maka xkan jadi…~ada pepatah pernah mengatakan wanita yang merisik seorang lelaki yang baik itu lebeh baik daripada wanita yang menunggu dirisik putera kayangan..mf..hanya bagi pandangan..~)
anggotanya siapa saja ya…???