Budak Agama, Geng Balai & Kaki Masjid

Senegal_Muslim_Praying_Mosque_by_ademmm (devianart)

1.       Fenomena Kehidupan

وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالإنْسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لا يَسْمَعُونَ بِهَا أُولَئِكَ كَالأنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُولَئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.”

(Surah Al-A’raf 7: 179)

 

Umum mengetahui bahawa 3 bentuk istilah yang dinyatakan pada tajuk artikel di atas tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat kita.  Nama-nama yang sinonim dengan insan-insan yang taat beribadah, aktif berdakwah dan mempunyai penampilan yang Islamik. 

Di sebelah pihak lagi, kita akan mendapati bahawa wujud satu kelompok ramai yang sering “huha-huha”, sentiasa update dengan trend-trend terkini malahan menjadi pakar mengenai isu-isu dunia hiburan serta sukan. Merangkumi semua peringkat sama ada antarabangsa mahupun di tanah air. Mereka juga pakar dalam permainan-permainan komputer terkini.

Maka muncul satu persoalan yang membingungkan benak kita ialah, mengapakan keadaan ini berlaku ? Dan salahkan perkara ini berlaku ?

Secara mudahnya kedua-dua persoalan itu boleh dijawab dngn satu jawapan.

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia itu kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga),”

(Surah Ali-Imran; Ayat 14)

>> Fitrah jasmani inginkan dunia, fitrah rohani dambakan akhirat. Dunia ini ialah ujian untuk akhirat <<

2.       Matlamat hidup

al_quran_al_karim_by_daliina-d34hk3m (devianart)

Ada satu surah di dalam Juz’ Amma yang sering kita ulang-ulang membacanya apabila selesainya sesebuah majlis yang dihadiri. Surah Al-Ashr namanya. Ramai yang petah membacanya, namun adakah bacaan lisan itu mirip falsafah seekor Nuri ???

“ Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati untuk kebenaran dan nasihat menasihati untuk kesabaran.”

(Surah Al-Ashr; Ayat 1-3)

Emmmm…..

Ayuh perhatikan berapa “dan” terdapat di dalam surah ni?                         

Ada empat semuanya.

Apakah fungsi perkataan “dan” ini ya ?

“ Dan ialah kata yang menghubungkan dua perkataan. Selanjutnya, seterusnya (sebagai meneruskan sesuatu yang telah diperkatakan terlebih dahulu) ”

(Kamus Dewan Edisi Ketiga)

Ini bermaksud bahawa setiap yang dihubungkan dengan perkataan “dan” itu mempunyai satu bentuk hubungan yang saling berkaitan antara satu sama lain. Satu bentuk himpunan dari satu kerangka yang lengkap.

Sahabat-sahabat sekalian, secara bersama apa sebenarnya yang disambung oleh perkataan “dan” itu ya?

Owh, itulah 4 perkara yang perlu dilakukan agar seseorang manusia itu tidak benar-benar di dalam kerugian. Perkara itu ialah;

         i.           1.  BERIMAN (AKIDAH)

       ii.           2. BERAMAL SOLEH (IBADAT)

      iii.          3. NASIHAT-MENASIHATI KE ARAH KEBENARAN (BERDAKWAH)

     iv.           4. NASIHAT-MENASIHATI KE ARAH KESABARAN (AKHLAK)

Daripada empat perkara ini, kita boleh pecahkan kepada dua bahagian. Dua perkara dilakukan secara untuk diri sendiri manakala dua perkara lagi dilakukan untuk orang lain.

Sendiri ? Ya… Beriman dan beramal soleh…

Orang lain ? Ya… Nasihat-menasihati ke arah kebenaran dan kesabaran…

Kenapa pula begitu ya ?

Cuba kita hayat ayat ini. Sering kali kita dengar hatta sejak dari kecil lagi.          

Sedia terpahat di dada-dada buku teks Pendidikan Islam, namun adakah juga telah terpahat di dalam dada-dada para penganut agama Islam ???

Learn_about_Al_Quran_by_fransiscaeve (devianart)

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإنْسَ إِلا لِيَعْبُدُونِ

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka memperhambakan diri kepadaKu.”

(Surah Az-Zariyat 51: 56)

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأرْضِ خَلِيفَةً…

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi“…”

(Surah Al-Baqarah 2: 30)

OWH, YA-YA…. BERIBADAT DAN MENJADI KHALIFAH…. BLA-BLA-BLA….

Eh, habis apa pula kaitannya dengan sendiri dan org lain ?

Cm ni. Untuk bersolat, apa yang diperlukan ?

Air dan tempat yang bersihlah.

Mendalam lagi ?

Emm, faham bacaan dan tahu tertibnya ?

Mendalam lagi ?

Kenal Allahlah. Klu tk kita solat tu untuk siapa.

Ha, itulah beriman dan beribadah. Kita secara dalamannya faham apa itu aqidah Islam lantas melaksanakan ibadah-ibadah wajib dan sunat yang digariskan oleh agama. 2 perkara awal yang perlu dilakukan oleh seseorang muslim. Kita beriman dengan hati dan lisan kemudian laksanakan dengan perbuatan barulah dipanggil orang mukmin. Kita buat perkara ini pun untuk diri kita sendiri jugakan. Pahala yang terkumpul sebagai bekalan akhiran nanti.

 

Ok, so? Cukuplah kn ?

Relek dulu. Meh kaji 2 situasi ini. Ada 2 orang pelajar yang ingin masuk ke dalam sebuah kolej. Kolej ni cukup best dan menjadi matlamat semua pelajar-pelajar untuk melanjutkan pengajian mereka.

Exam Fever by ~kael360 (deviant art)

Syarat untuk masuk ke kolej ini ialah kredit  4 subjek. Kredit yang ditetapkan oleh kolej itu ialah gred C dan ke atas.

Pelajar pertama dapat gred A bagi 2 subjek manakala 2 subjek lagi dapat gred D dan F. 2 subjek yang dapat A tu sebab dia fokus betul2 manakala yang dapat D dan F tu sebab dia rasa tidak cukup penting. Padahal keempat-empat tu sama-sama penting je.

Pelajar kedua dapat 1 Gred A, 1 Gred B, dan 2 Gred C. Ditanya orang kenapa dia tidak dapat sekurang-kurangnya 2 A, dia menjawab “Saya terpaksa korbankan lebih masa untuk tumpukan kepada 2 subjek lain yang lemah. Alhamdulillah, 2 subjek itu saya dapat C. Jadi ke empat-empat paper saya dapat di atas kredit.

JADI KALAU KAMU MENJADI PENGETUA KOLEJ ITU, KAMU PILIH PELAJAR PERTAMA YANG CEMERLANG 2A TU ATAU PELAJAR KEDUA YANG DAPAT 1A TU ?

Ish, tentulah saya pilih yang pelajar kedua tu. Walaupun “A” dia tidak banyak cm pelajar pertama namun keputusan dia masih lagi di atas kredit yang ditetapkan. Pelajar pertama tu hebat sebahagian, tapi gagal sebahagian lagi. Pelajar kedua tu secara keseluruhannya cemerlang walaupun tidak sempurna.

Begitulah dengan kehidupan kita. Ada yang cukup beriman dan beramal soleh. Ilmu di dada juga tip-top. Namun bakhil untuk berkongsi dengan orang lain. Jika tidak mahu berkongsi yang tinggi-tinggi, cukuplah sekadar menegur kesilapan dan mengajar orang lain melakukan kebaikan.

Inilah 2 perkara yang perlu dilakukan oleh seseorang mukmin untuk orang lain. Menasihati ke arah kebenaran dan kesabaran.  Keengganan melakukan kerja dakwah ini menyebabkan “mereka” terus berada ini di dalam dunia mereka yang penuh “maksum” itu…. Hanyut hinggalah ke saat pertemuan dan pengadilan di hadapan Allah kelak.   

3.       Islam ni untuk diperjuangkan oleh budak agama, geng balai (Balai Islam a.k.a. surau) atau kaki masjid je ke ???

prayer_muslim_at_mosque_by_sarpmurat (devianart)

Ada sebuah keluarga yang mempunyai ramai anak. Biasalah, ramai anak banyaklah ragamnya. Ada yang jenis ikut perintah, ada yang jenis degil suka melawan, dan ada yang jenis ibarat pahat dan tukul. Sekali jalan selepas dipukul.

Pada suatu hari, si bapa ingin menguji sejauh manakah ketaatan anak-anak ini terhadap segala perintah si bapa. Lalu disediakan hadiah yang lumayan namun dirahsiakan terlebih dahulu. Lantas si bapa mengumpulkan semua anak-anaknya di halaman rumah.

“ Bapa minta kamu semua bersihkan seluruh kawasan kediaman kita ini. Lihatlah di sana, sini. Semua sampah sarap berlonggokkan. Rumah inilah yang menjadi tempat kita bertumpang teduh selama ini. Banyak jasanya terhadap kita. Jika tiada rumah ini, berhujan panaslah kita semua. Baiklah, mulakan kerja-kerja ini sekarang.”

Maka pelbagai reaksilah yang diterima si bapa daripada anak-anaknya itu.

“Baiklah bapa,” kata anak yang baik.

“Ok, tapi sekejap je taw… Sy nk pergi bermain pula,” kata anak yang ibarat “pahat dan tukul”

“Malaslah saya, kan bapa ada anak-anak yang lain. Mereka boleh lakukan semua kerja-kerja itu !” jawab anak yang degil itu

Perasaan si bapa kemudiaannya berkecamuk, ad rasa gembira, ada rasa sedih… Rasa geram pun ad juga.

Begitulah perbandingan secara mudah yang dapat kita buat berhubung situasi para penganut Islam kini. Ada yang menjaga “rumah” mereka yakni agama Islam dengan penuh bersungguh-sungguh kerana begitu rasa terhutang budi terhadap jasa-jasa “rumah” ini terhadap mereka.

Ada pula satu kelompok pula yang sekejap bersungguh, sekejap lalai di dalam kerja-kerja agama ini. Ibarat pahat dengan tukul, sekali nk bergerak sekali kena “pukul”….

Golongan ketiga yang “degil” ini pula bolehlah dikatakan tidak begitu menyedari jasa2 “rumah” mereka terhadap kelangsungan kehidupan mereka. Yelah kn, lahir-lahir dh ad “rumah”. Sebab itu kita lihat saudara baru kita lebih bersungguh-sungguh menjaga “rumah” mereka kerana mereka sedar betapa nikmatnya berada di dalam “rumah” baru ini. “Rumah” lama mereka penuh dengan kekotoran dan pelbagai “perabot-perabot” yang mengancam diri.

Dakwah-dakwah ni apa sebenarnya ?

Entah2 ko tu taw suruh org buat je…

Definasi pun sndiri tk faham. Entah2 cuba2 nk tunjuk alim !

Isghtifar banyak2… Mengapa berat sangat tuduhan itu.

Ok, ni definasi Dakwah yang cukup mudah utk difahami ; 

 

“Dakwah itu satu rasa keseronokan di dalam beribadah yang mana diterjemahkan ke dalam usaha mengajak orang lain melakukan kebaikan yang sama”

Nampak disini ada dua prinsip penting di dalam dakwah.

1. Seronok di dalam beribadah

2. Usaha mengajak orang lain melakukan kebaikan

Oooooooo…… Habis tu, sy perlu buat apa ?

Berdakwahlah ! Mulakan dengan memperbaik diri sendiri. Bersama-samalah dengan orang-orang yang turut berusaha memperbaik diri. Ajaklah org lain melakukan kebaikan, tegahlah sebarang perbuatan mungkar. Pelbagai medium yang boleh digunakan. Kita ad FB, ad blog, ad sms, dan pelbagai lagi. Guna mulut dan jari pun boleh.

Saya ni jahat, nakal… Bukan baik mcm “org2 tu”

Siapa cakap “org2 tu” baik ? Nabi je yg maksum (sentiasa baik). Org2 tu tk baik, tapi mereka berusaha memperbaik diri mnjadi baik. Kadang-kadang mereka baik, kadang2 mereka nakal juga. Ini bukanlah alasan untuk meletakkan bebanan dakwah itu hanya pada bahu2 mereka. Hanya kerana mereka dari jurusan agama !

Saya malulah…

Malu ? Kenapa, tak pakai baju ? atau malu menjadi seorang muslim ???

Eh, tidak2… jangan lah cakap cm tu.

Habis, mengapa ? Tidak biasa ? Biasa-biasakanlah diri tu. Bukannya susah, semudah share perkara2 baik. Multi Level Muslim (MLM) yg cukup menguntungkan.

Janganlah sampai di akhirat nanti kita ditarik oleh mereka-mereka yang berada berhampiran kita sewaktu hidup namun dibiar terus di dalam kejahilan.

Tapi hati mereka keras !

Ya, lakukan lah apa yang termampu. Yang penting ialah berhemah. Rasulullah pun tidak dapat mengislamkan bapa saudara baginda, Abu Talib. Ini bukti bahawa hidayah itu milik Allah.

Namun jangan jadikan ini alasan untuk terus berdiam diri. Jangan jadi macam puak2 Jabariyyah (iktikad perbuatan manusia dibawah paksaan Allah – manusia jadi lh cm robot).

Jangan pula ikut puak2 Qadariyyah (manusia yg buat semua, kemudian Allah baru tahu).

Kita kan Ahli Sunnah Wal Jamaah, iktikad kita – manusia memilih berdasarkan pilihan2 yang Allah tetapkan.  

JADI…. 

TUNGGU APA LAGI ???
MULAKAN DAKWAH ANDA SEKARANG !!!

Wallahu’alam…  (^_^)

Muslim__I__m_Different_by_Haizeel (devianart)
output_8vyUki

Masukkan alamat email anda untuk subscribe / melanggani blog ini dan menerima setiap artikel baru melalui e-mel.

Join 2,375 other subscribers

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *