Bila Allah Uji Kita dengan Ujian, Allah ingin mendidik Hati kita

allah uji
Bila Allah uji kita

Hati ini mudah rapuh

Iman ini tidak kukuh

Sebab tu kena selalu istiqamah

Kenapa istiqamah?

Sebab iman mudah rapuh.

Kenapa Ujian Dan Bukan Nikmat?

Begini, kadang-kadang Allah datangkan nikmat,

Tapi, manusia mudah lupa yang nikmat itu juga satu bentuk ujian,

Bukan kata manusia lain, malah diri ini jugak.

 

Dan bila mana Allah bagi ujian,

Mulalah diri ini, hati ini, mula meletakkan pelbagai persoalan yang berbunyi:

  • “Kenapa Allah pilih diri ini?”
  • “Hati ini tidak kuat.”
  • “Diri ini mudah berputus asa dengan ujian sebegini.”

Kenapa persoalan ini yang akan dikeluarkan?

 

Sebab…..

Kita tak pernah bersyukur dengan apa yang terjadi

Dan kita tak pernah ajar hati untuk beristiqamah dalam bersyukur dengan apa yang Allah bagi.

 

Seorang tok guru pernah berkata:

“Kalau nak belajar bersyukur, jangan tengok apa yang orang lain ada yang lebih dari kita. Tengok apa yang orang lain tak ada tapi kita ada. Sebab manusia tak pernah rasa puas.”

And yes, only then kita belajar bersyukur.

 

Bila Allah Uji Kita..

As a muslim, kita kena sentiasa ingat yang setiap nikmat itu sebenarnya ujian.

Allah uji sama ada kita masih bersyukur atau tidak.

Dan kita makin jauh atau makin dekat dengan Allah.

Dan bila mana Allah uji kita dengan ujian, kita kena ingat bahawa ujian itu tanda Allah sayang.

Hati ini terlalu lemah, rapuh dan mudah putus asa bila Allah uji.

Dan diri ini jugak mula berkata yang Allah tidak sayang. Allahu. Jangan pernah rasa sebegini.

Didik hati untuk sentiasa tabah dan cekal dengan segala nikmat dan ujian yang terjadi.

Ingat,

Apa jua musibah menimpa anda

Baik sakit, sedih, kesusahan

Bahkan tersusuk duri pun akan jadi penebus dosa anda.

La Tahzan, Allah itu ada.

 

Allah said in Surah Al Baqarah:45

“And seek help in patience and prayer.”

 

Artikel ini adalah perkongsian ke Inbox kami  daripada Nor Hanani Binti Mohammad Fauzi, [ Blog / twitter ]. Semoga perkongsian yang dikongsikan oleh beliau memberi makna dan manfaat kepada kita semua =)

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

23 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Hamba Allah
Hamba Allah
4 bulan yang lalu

Bagi saya dugaan saya hampir paling hebat,tidak larat untuk redha.saya diuji dari zaman ibu mengandung.ibu sy kata,dan ibu sy selalu mendoakan yang buruk(nyata).tidak menyukai saya,selalu memukul mendera emosi.sekarang umur saya hampir 40an.setiap hari ada saja dugaan hidup saya perlu terima.dari ibu sendiri ibu mentua adik beradik adik beradik ipar.rumah pula,setiap rumah pasti ada masalah yang saya hadapi dan lari.penat pindah.ditempat kerja juga ada yang tidak menyukai saya.saya selalu membandingkan kehidupan baik orang lain.saya selalu diam,diam tu yang buat saya lari sebab saya tau jika saya melawan lagi teruk saya akan kena.Keadilan di dunia tiada bagi saya,ada orang hidupnya senang dan masuk syurga.tapi saya?mengapa Allah suka saya menderita,adakah kerana saya hidup.Ambil la nyawa saya kalau itu yang Allah mahukan.saya penat, sifat saya orang baik2.tapi Allah menjadikan saya jahat.Jika saya tidak solat,cash saya dapat balasan.tapi orang lain?tiada siapa boleh menjawap soalan saya ini.sebab tidak tahu kenapa saya diuji begitu berat.saya cuba untuk menjadi lebih baik,redha.tapi sekejap kerana dugaan datang bertimpa timpa.Saya percaya Allah yang satu.nabi Muhammad s.a.w dan semua nabi pesuruh Allah.Tapi kenapa dugaan saya amat berat,saya baca kisah nabi.dihina diejek,saya dapat rasakan apa nabi rasa.tapi saya cuma manusia biasa.tiada yang istimewa.saya harap sangat hilangkan la dugaan2 berat ini.kerana saya sudah penat sangat.hampir bunuh diri.penat.

Emyelda
Emyelda
5 tahun yang lalu

Terima kasih

salleh
salleh
5 tahun yang lalu

Artikel yg sangat baik untuk di kongsikan….

Wawa
Wawa
6 tahun yang lalu

Mohon copy dan share ya. Sangat membantu.

Del
Del
7 tahun yang lalu

SALAM. saya minta izin copy ya. nak tweet kongsi dgn kawan kawan. terima kasih.

Uke Kyo
Uke Kyo
7 tahun yang lalu

terima kasih postingan nya sangat membantu ..

DJ E
DJ E
7 tahun yang lalu

alhamdulillah… terima kasih hanya dia yang mampu balas jasa tuan

wanrahijah bt ahmad
wanrahijah bt ahmad
8 tahun yang lalu

Assalamualaikum..saya mohon share dan berkongsi artikal ini.Tksh.(satu pencerahan utk diri dan hati lebih dkt kpd Sang Pencipta yakni Allah SWT.Aminn.)

cik nisa
cik nisa
9 tahun yang lalu

copy ok…trimas

rahmat
rahmat
9 tahun yang lalu

Thanks pencerahannya…