Biarkan Kesedihan Berlalu Pergi, Serahkan Semuanya Pada Allah

kesedihan
kesedihan

Menghadapi Kesedihan

Tulisan asal: Dr. Aidh Al-Qarni

Masa lalu seperti kesedihan telah pergi dan selesai, ia tidak akan berulang kembali.

Masa depan masih ada dialam ghaib dan tidak boleh dihadirkan sekarang dan belum tentu akan datang. 

Oleh kerana itu, kita tidak perlulah mengharapkan kedatangannya.

Biarlah ia datang dengan sendirinya.

Berbuat baik sesama insan akan menimbulkan perasaan gembira dan dapat melegakan hati, membawa barakah dan menimbulkan ketenangan.

Ajal telah ditentukan oleh Allah SWT dan segala sesuatu yang terjadi adalah menurut qadha’ dan qadarNya.

Oleh kerana itu, seorang hamba tidak boleh menyesal dan bersedih dengan apa yang terjadi.

Rezeki semua makhluk telah dijamin oelh Allah SWT, tiada seorang pun yang mampu mengendalikan dan mengaturnya dan tidak seorang pun mampu menghambat datangnya rezeki.

Akhlak seorang mukmin adalah tidak mempedulikan kritikan dan cacian yang tidak berdasarkan kebenaran dan menyakitkan.

Kerana seorang mukmin memang tidak mungkin terlepas dari cacian dan makian.

Bahkan Allah Maha Mulia sekalipun mendapat cacian dan makian daripada orang fasiq dan kafir.

So, usah dipedulikan mereka yang selalu merendahkan diri kita.

Kita tahu siapa diri kita yang sebenarnya.

Jalanilah hidup ini apa seadanya

Keadaan didunia ini penh dengan kenikmatan, banyak pilihan, penuh rupa dan banyak warna.

Semua itu bercampur baur dengan kesusahan dan penderitaan hidup.

kita adalah sebahagian dari dunia, mahu tidak mahu, kita harus berada dalam keadaan ini.

Kita tidak akan pernah menjumpai seorang ayah, isteri, kawan, sahabat, tempat tinggal atau pekerjaan yang padanya tidak terdapat perkara yang menyukarkan.

Pada setiap perkara itu pasti terdapat sesuatu yang buruk dan kita tidak suka.

Oleh itu marilah kita memadamkan keburukan itu dengan kebaikan yang ada pada mereka.

 Insyaallah, kita akan selamat dan merasa adil 

Allah SWT menghendaki dunia ini sebagai tempat bertemunya dua perkara yang saling berlawanan, dua kubu yang saling berhadapan dan dua pandangan yang saling bertentangan, yang baik dengan yang buruk, kebaikan dengan kerosakan, kebahagian dengan kesedihan.

Jalanilah hidup ini dengan seadanya, jangan larut dalam khayalan dan jangan hanyut dalam imaginasi yang berlebihan.

Hadapi hidup ini, kawallah jiwa kita untuk dapat menerimanya serta menikmatinya!

Bagaimanapun kita, tidak mungkin semua sahabat kita itu ikhlas kepada kita dan semua perkara akan sempurna dimata kita.

Sebab keikhlasan dan kesempurnaan itu ciri dan sifat kehidupan dunia.

Bahkan, mungkin kita juga melihat isteri atau suami kita pun tidak akan pernah sempurna dimata kita.

Tapi janganlah kita membenci dia, kerana jika kita tidak menyukai salah satu perangainya, mungkin  kita akan menyukai perangai dia yang lain.

Marilah kita menyatukan langkah, saling memaafkan dan berdamai kembali, meninggalkan perkara-perkara yang menyusahkan, menutup mata dari beberapa perkara untuk saat tertentu dan melupakan perkara-perkara yang menggangu.

Buat apa kita menghabiskan air mata

dan membiarkan hati gelisah kerana bersedih?

Serahkan sahaja semua itu sepenuhnya

kepada tuhan yang maha Mulia

Kerana jika hati sudah menjadi tenang

maka jalan keluar pasti akan terbuka..

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

14 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
laila fitri alghozali
laila fitri alghozali
7 tahun yang lalu

i am very happy heard that

Eyra
Eyra
9 tahun yang lalu

Eratkan siratulrahim antara mahkluk-ii Allah . Senyuman satu sedekah . Sentiasa ingat Allah WALAU DIMANA JUA , kerana Ramai segelintir manusia lupa yang sesungguhnya Allah MAHA MELIHAT akan SEGALANYA . .

wawan
wawan
9 tahun yang lalu

Saya setuju sekali dengan uraian di posting ini. Kita wajib selalu qona’ah, tawakkal, ikhtiar & bersyukur kepada Allah SWT dalam menjalankan kehidupan di dunia ini. Semoga kita selalu di dalam lindungan Nya. Amien

miss_siputsedutpink
miss_siputsedutpink
10 tahun yang lalu

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..
Bermujahadah lah kita,. Betul, Mujahadah itu sangat pahit, kerana tiada siapa yang memahaminya kecuali diri kita, tapi insyaAllah Allah akan ganjarkan kemanisan di syurga nanti..

Cuba ikhlaskan diri kita untuk menerima setiap apa yang orang lakukan pada kita, walaupun ianya sangat menyakitkan.. Hanya Allah yang dapat menilai sejauhmana keikhlasan kita.. Ikhlas itu ibarat semut hitam yang berada di atas batu yang hitam pada malam yang gelap gelita. Orang lain tidak dapat melihat secara zahirnya, tetapi hanya Allah yang punyai kuasa melihat ke atas keihklasan kita..

Jadi cuba bermujadah dan ikhlaskan diri.. Kedua2nya sangat pahit untuk kita tempuhi tapi percayalah ajaibnya pahit itu, Allah tukarkan dengan kemanisan yang sangat lazat kelak..

Jadi menangislah, kerana menangis itu perlu yang melambangkan kesedihan kita, tapi cukup untuk sekadarnya. Jangan tangisi terlalu keterlaluan, kelak beri kemudharatan pada diri sendiri. InsyaAllah, mesti kena percaya setiap yang berlaku pasti hikmahnya.. Benar, kita tidak nampak sekarang, tapi dengan kesabaran kita, Allah akan berikan dengan manisnya keimanan kita.. InsyaAllah

p/s: saya dalam proses memujuk diri sendiri, semoga Allah berikan ketenangan pada saya atas apa yang berlaku.. Wahai diri, bermujahadah lah dengan tenang.. kpd MAMN – saya tidak menyalahkan jauh sekali untuk berdendam, tapi saya anggap ini ujian Allah untu saya.. Sama2 kita jaga silaturrahim ini, Uhkwah filah abadan abadaa –

ujhang syaputra-scorpio
ujhang syaputra-scorpio
11 tahun yang lalu

yaalah semoga kau lindung orang yang ku sayang

zahirah
zahirah
11 tahun yang lalu

Alhamdulillah..terima kasih atas perkongsia ini..sgt bermanfaat..mohon izin to sharing..

Norliah Ab. Rahman
Norliah Ab. Rahman
11 tahun yang lalu

Allah tidak pernah zalim pada hambanya, setiap ujian yang diberi ada hikmah disebaliknya.Kita perlu yakin 100% padaNya.Allah sayang hambanya yang sentiasa mendekatinya dan sentiasa memohon rahmatnya

hasnol hakim
hasnol hakim
11 tahun yang lalu

perkara yang paling susah dan sukar di dunia ini adalah berbuat baik dan bersabar..

Nurlaila bobihoe
Nurlaila bobihoe
11 tahun yang lalu

amiieeennn,,,,
y’allah….
Semoga smw akan Lebih baik yeach sobat’…

Nurlaila bobihoe
Nurlaila bobihoe
11 tahun yang lalu

as,,,
Menurut saya Kata-kata Diatas Membuat saya Sadar’ bahwa tiada Guna’ waktu Qt’ habiskan Hanya dg Menangis Hanya Karna Melihat Org yg Qt sayang bahagia Sama Org lain, dan Tak Perlu Melihat Masa Lalu’ karna Masih Depan yg akan Datang semoga tak seperti apa Yg Qt rasakan Ini,
Dan Semoga Dg kata-kata Ini Bisa Membuat Saya Bahagia dan Semangat Menjalani Hidup tanpa Dia yg Q’ sayangi, amiieeennn