Bukan Jaminan Walaupun Sudah Bertunang

bertunang
Bertunang belum tentu jodoh | Soulmate by C4M30

Jangan membatasi diri hanya pada satu nama, iaitu hanya pada orang yang kita cintai.

Sedangkan orang yang sudah meminang ataupun dipinang (bertunang) pun tidak dijamin menjadi jodoh terbaik.

Inikan pula orang yang hanya muncul dalam istikharah.

 

Bukan Jaminan Walaupun Sudah Bertunang!

Seorang sahabat pernah menceritakan satu kejadian.

Kakaknya dipinang oleh lelaki yang baik dan soleh.

Tarikh perkahwinan telah ditetapkan.

Malah semua persiapan perkahwinan sudah selesai disediakan.

Namun takdir beberapa hari sebelum hari pernikahan, bakal suaminya dijemput oleh Allah dalam satu kemalangan. Innalillah wainna ilahi rajiun.

Jadi, apa yang silap dalam ketetapan-Nya?

Bukankah lelaki itu seorang yang soleh?

Mengapa Allah mengambil dia?

Mengapa Allah tidak memberikan kesempatan kepada dia bagi menikmati kehidupan dunia dengan lebih lama, sekurang-kurangnya sempat untuk mengecap manisnya madu pernikahan?

Kita tidak akan tahu sebab-musabab Allah menetapkan begitu.

Namun pengajaran berharga yang dapat diambil adalah, orang yang sudah bertunang pun belum tentu menjadi jodoh kita.

Walaupun semua persiapan telah dibuat, kad jemputan sudah dihantar dan tarikh telah ditetapkan.

Sekiranya Allah berkehendakkan lain, pertunangan yang telah diikat pun boleh terlerai dengan pelbagai cara.

Bukanlah bermaksud untuk menakut-nakutkan ataupun mengajak untuk berfikir sejauh itu.

Cuma kita perlu sentiasa bersedia dalam menghadapi semua kemungkinan — orang yang sudah bertunang dengan kita belum tentu itu adalah jodoh.

Jika yang sudah bertunang pun belum tentu menjadi jodoh, inikah pula sekadar menjadi idaman kita, ataupun orang yang kita curi-curi pandang.

Semuanya pelu dipersiapkan termasuk persiapan mental.

Kita juga perlu bersedia menghadapi perkara yang sesuai dengan kemahuan, dan bersedia juga menghadapi perkara yang bercanggah dengan harapan.

Luqman Al-Hakim berpesan kepada anaknya,

“Wahai anakku, sekiranya ada sesuatu perkara menimpamu, sama ada kamu suka ataupun benci, katakan dalam hatimu, itu adalah yang terbaik untukmu.”

Ibnu Athaillah berkata,

“Jangan berputus asa walaupun selepas kamu berdoa dengan banyak. Ada penundaan dalam menerima kurnia yang diharapkan.”


Allah SWT menjamin akan memenuhi apa yang dipilih untuk kita, bukan apa yang kita pilih untuk diri kita sendiri.

Dan pada waktu yang Dia tentukan, bukan pada waktu yang kita mahukan

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

2 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Amyyy
Amyyy
2 tahun yang lalu

assalamualaikum saya ingin bertanya jikalau seseorang itu telah pun bertunang dengan pasangannya . adakah kita boleh berdoa dan meminta kepada Allah untuk dia adalah jodoh kita ? maaf jikalau soalan ini ada kesalahan…..

KehalusanKelembutan
KehalusanKelembutan
10 tahun yang lalu

betul , kita tak tahu perancangan Allah.
macam macam boleh jadi.
tapi bila kita positive dgn apa yang Allah tentukan untuk kita . InsyaAllah segalanya akan indah .