Bertudung Tapi Seksi

CEO —  23/02/2012 — 15 Comments

Bertudung Tapi Seksi

First, Ustaz ni mmg awesome! mantap dan direct ayat dia.

Second, pengacara ni tak sentap ke? hehe..

Third, bertudung hanya untuk ikuti perkembangan fesyen/lambang kemodenan?

.

Rasulullah SAW bersabda:

“Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.” (Riwayat Muslim no. 3971)

Memang wanita memiliki kecenderungan gemar berhias dibandingkan dengan kaum lelaki. Berhias merupakan panggilan fitrah bagi seorang wanita, selagi masih bersesuaian dengan syariat Islam. Jadi, Islam tidak membebaskan wanita berhias sekendak hatinya tanpa aturan.

Dan pada masa yang sama, Islam juga tidak menghalang wanita untuk berhias dan berfesyen, tetapi ada garis panduan yang telah ditentukan.

Bertudung Tapi Seksi

Bertudung Tapi Seksi

Satu perkara yang mesti kita tahu, iaitu bahawa penampilan kita akan menimbulkan kesan bagi orang yang melihatnya. Ketika seseorang pertama sekali bertemu dengan kita, mereka akan menanggapi kita (first impression) dengan cara kita berpakaian. Jika kita berpakaian seksi, adakah anda fikir orang lain akan menganggap kita ni seorang perempuan yang baik?

Oleh itu, bagaimanakah kita ingin dikategorikan? Sebagai seorang muslimah yang sangat menjaga kehormatan, atau sebaliknya? :)

CEO

Posts Twitter Facebook Google+

Terima kasih kerana sudi bertandang di blog Aku Islam. Semoga artikel yang anda baca mampu memberi kebaikan. Semoga Allah Redha.. =) Jika anda berminat untuk menghantar artikel kepada kami, anda boleh merujuk caranya di sini: Hantar Artikel

Masukkan alamat email anda untuk melanggan ke blog ini dan menerima updates terbaru melalui e-mel....

Join 315 other subscribers

15 responses to Bertudung Tapi Seksi

  1. salam, nak tanye, mcm ner nk hantar artikel kat blog nih? mohon respond

  2. berubah tidak mudah,tapi in sya Allah dipermudahkan.. :)

  3. Salam. Sentap pengacara2 nok.. :)
    Semuanya bermula dari diri sendiri..
    Bagus bukak topik ni. Tegur secara terus.

  4. Assalamualaikum.

    sekarang, memang perkara ni sudah menjadi trend sekarang.
    Trend? huhu tapi ramai tak sedar yang trend tu tak mengikut apa yang telah digariskan. tak perlu kita melihat orang lain, lihat dan ubah diri sendiri dulu sebab segalanya bermula dengan diri kita sendiri. InsyaAllah~

    jzzk~

  5. Kena sebijik2 pengacara2 ni… hehe… semoga terbuka hati mereka dan juga muslimin & juga muslimat di luar sna untuk menutup aurat kerana ianya adalah tuntutan agama yg WAJIB dilaksanakan. Amin…

  6. dorang msti ad rase xselesa skit, xpe, tugas kita sbg khalifah Allah u sama2 tegur menegur smbil membaiki diri..insyaAllah :) sama2 kita berdoa kpd Nya

  7. admin…best sangat video dan entry ni…mohon share ya ..tq tq
    credit to u :)

  8. Assalamualaikum..

    Alhmdulillah..bgos entry nie..moga muslimah di luar sana tersentuh hati utk berubah..

    berubh ke arahNya..
    amin..

Leave a Reply