Lebih Baik Bersendirian Daripada Berkawan Dengan 7 Jenis Teman Sebegini

teman yang buruk

People will forget what you said.
People will forget what you did.

But people will never forget how you made them feel.

Adakah teman anda sekarang selalu menyakitkan hati?

Tidak kira teman sekerja atau sebagainya, pasti anda yang selalu bersifat negatif, dan sentiasa membuatkan hati kita sentiasa terhiris.

Saya tidak tahu situasi anda..

Sebahagian besar perkara yang mempengaruhi anda dalam kehidupan adalah berkaitan dengan siapa anda pilih untuk berada disekeliling.

Memang kadangkala nasib mengawal perjalanan hidup kita, tetapi kita boleh membuat keputusan siap yang patut tinggal, siapa yang harus kita kejar dan siapa yang harus kita tunjukkan jalan keluar.

Sesungguhnya, apa yang paling terbaik adalah anda harus berada disekeliling orang yang membuatkan anda menjadi insan yang lebih baik..

.. dan meninggalkan mereka yang menarik anda kearah sebaliknya.

Disini ada beberapa petanda anda berada dalam kehadiran golongan yang kedua:


1. Orang yang hanya berkawan dengan anda bila hanya mereka memerlukan

Jangan buang masa dengan orang yang hanya mendekati anda bila mereka memerlukan.

Mereka sebenarnya hanya mahu memudahkan apa yang mereka mahu, bukan persahabatan.

Anda tidak perlu terhegeh-hegeh memaksa orang lain menyediakan ruang dalam hidup mereka untuk anda, kerana jika mereka benar-benar ikhlas, mereka sendiri akan senang hati menyediakan ruang untuk anda.

Membina hubungan dengan seseorang yang hanya melihat kelebihan anda adalah bukan kesetiaan, tapi satu kebodohan.

Jangan pernah mencari perhatian daripada orang lain.

Maruah anda bukan benda yang murah. Kenali nilai diri anda sendiri, dan move on jika perlu.

Seorang sahabat yang baik, disebalik mata dan kebaikannya, kita nampak Tuhan. Indah bukan?


2. Orang masih membangkitkan masa silam anda

Sesetengah orang sukar menerima bahawa anda yang sekarang bukanlah lagi seperti suatu masa dahulu..

..walaupun anda sudah sedar pernah melakukan kesilapan di masa silam, belajar daripadanya, dan sudah berubah menjadi lebih baik.

Mungkin mereka tak mampu menerima hikikat bahawa anda telah semakin matang dan banyak belajar dari kehidupan.

Jadi mereka terus menerus membangkitkan, dan mengungkit-ungkit kisah lama agar anda lemah semangat, dengan harapan dapat ketawa atas aib anda.

teman yang tidak baik

Jangan terus sakitkan hati kita dengan orang sebegini.

Masih berpegang kepada masa silam yang tak dapat diubah hanya membuang masa dan tidak memberi sebarang faedah dalam membentuk masa depan yang lebih baik.

Jika masih seseorang yang terus menerus menilai anda dengan masa silam dan menggunakan ia sebagai senjata untuk menyerang anda..

.. anda mungkin dapat membina masa depan yang lebih baik dengan meninggalkan mereka.


3. Orang yang membuatkan anda rasa lemas dan terperangkap.

Hubungan yang baik adalah seperti bilik yang mempunyai tingkap yang sentiasa terbuka luas.

Ia membenarkan udara yang cukup mengalir masuk dan tidak menyebabkan sesiapa berasa lemas.

Sesuatu perhubungan akan mampu bertahan dalam situasi sihat seperti ini.

Anda boleh datang dan pergi tanpa halangan, tetapi anda memilih untuk tinggal kerana inilah yang anda mahukan.

Jangan terperangkap dengan mereka yang selalu berpura-pura sebagai mangsa keadaan.

Mereka selalunya memanipulasi keadaaan dengan membuatkan anda merasa bersalah, dan tidak sanggup menolak kehendak mereka.

Ini adalah buli secara emosi.

Stand up for yourself.

Sesetengah orang akan melakukan apa sahaja untuk kepentingan peribadi mereka sendiri walaupun perkara mengorbankan anda.

Mereka tahu mereka sedang buat perkara salah, dan selalunya akan menyimpan kembali ‘taring’ mereka bila nampak anda sudah bersedia berhadapan dengan mereka.

So speak up for yourself.


4. Orang yang menipu anda lebih daripada sekali

Kejujuran ditunjuk melalui perbuatan, bukan melalui perkataan.

Ini adalah asas utama dalam setiap perhubungan persahabatan.

Keikhlasan dan kejujuran bukanlah apa yang dirasakan bila bersama seseorang, tetapi bagaimana tingkahlaku kita bila bersama orang lain.

ditipu-berkali-kali

Jika anda seseorang menipu anda, jelas mereka tidak menghormati anda dan perhubungan yang telah dibina. Apatah lagi jika penipuan itu dilakukan berkali-kali.

Pasti ia sangat menyakitkan hati.

Perbandingan teman yang baik dan teman yang buruk ibarat seorang penjual minyak wangi dan seorang tukang besi.

“Penjual minyak wangi mungkin akan memberimu minyak wangi, atau engkau akan membeli minyak wangi darinya, dan kalaupun tidak, engkau tetap mendapatkan bau harum darinya.

Sedangkan tukang besi, mungkin (percikan apinya) mengenai pakaianmu, dan kalaupun tidak engkau tetap mendapatkan bau asapnya yang tak enak .”

— HR. Bukhari 5534 dan Muslim 2628


5. Orang yang membataskan impian dan kebolehan anda

Jika anda membenarkan orang lain untuk menentukan impian dan kebolehan anda, maka anda membenarkan mereka membataskan hidup anda.

Apa yang orang lain fikir mustahil untuk capai, bukanlah bermakna anda juga tidak mampu melakukannya.

Apa yang anda mampu capai adalah bergantung kepada apa yang anda pilih untuk dilakukan dengan masa dan tenaga anda.

Orang akan melemparkan segala macam andaian mengenai cara anda, mengenai apa yang boleh dilakukan dan apa yang mustahil.

Lihatlah jauh dihadapan, mengatasi anggapan dan had pemikiran orang lain.

Dan jadilah sebaik mungkin apa yang anda mahu jadi.

Hidup ini satu perjalanan yang terbuka, dan apa yang anda capai datang dari apa yang anda nak capai dan apa yang anda usahakan untuk dicapai.

So don’t worry about what everyone else thinks.  Keep living your truth.


6. Teman yang menggalakkan anda untuk membenci dan menilai orang lain.

Tiada manusia yang lebih daripada orang lain.

Kita semua sama. Semua penghakiman kolektif mengenai orang lain adalah salah.

Hanya orang-orang hipokrit yang berkelakuan sebegini.

Jika anda judge orang lain dengan warna kulit, saiz badan, dan kecantikan luaran mereka, maaf.. anda akan terlepas SEGALANYA mengenai siapa mereka yang sebenarnya.

Sebenarnya banyak perkara yang kita akan belajar daripada orang lain yang kita jumpa apabila kita dapat melepaskan mindset kita yang judgemental.

Orang yang menggalakkan anda untuk menilai atau membenci orang lain adalah seburuk-buruk peneman. Elakkan mereka dengan apa jua cara.

Seseorang itu tergantung agama temannya. Maka hendaknya salah seorang dari kalian melihat siapa temannya.”

— HR. Ahmad dan Tirmidzi


7. Teman yang bermulut ‘puaka’

Walaupun anda yakin anda adalah jenis yang ada kesabaran tinggi, namun percayalah.. lambat laun pasti anda hilang pertimbangan juga.

Apa yang mereka katakan dan lakukan ialah cerminan realiti mereka sendiri – isu-isu dalaman mereka sendiri.

Elakkan kata-kata jahat mereka masuk ke fikiran dan hati anda.

Jika anda merasa seperti orang-orang ini mengambil kesempatan atas kesabaran anda, berehat dan berikan diri anda sedikit ruang untuk bernafas.

Benda yang positif akan berlaku apabila kita menjarakkan diri dengan orang negatif.

Ia bukan bermakna kita sombong, tetapi kita hanya menghormati diri kita sendiri.

 

Hati-hati dengan duri di dalam kasut..

Hidup ini ibarat pengembaraan sebenarnya.

Dengan teman yang baik, ia akan memudahkan perjalanan kita.

Membuatkan setiap kesusahan yang datang tidak terasa. Menaikkan semangat kita bila kita terasa lemah.

Sebaliknya teman yang buruk, hanyalah beban semata-mata.

Bukan sahaja melambatkan perjalanan dengan masalah mereka, malah mereka menyimpan duri di dalam kasut kita.

Mungkin bersendirian lebih baik daripada terus terluka.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

14 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
tersisih
tersisih
1 tahun yang lalu

saya mempunyai kawan di opis yang dahulunya rapat .. namun sejak kebelakangan ini.. cara balasan sapaan, nada acuh tak acuh untuk menegur… saya dapat rasa semua tu beza sangat,,, ada satu tahap saya terasa dan nangis… sebak di dada… Allah maha mengetahui apa yang saya rasa… :”(

Dirahsiakan
Dirahsiakan
2 tahun yang lalu

Tapi kan saya nak tau kenapa kawan sebelum SPM lain dan lepas SPM lain ? Mohon penjelasan

Runsing
Runsing
4 tahun yang lalu

Dr awal kawan sampai la menyakitkan hati. Bila kite ckp ape yg die salah, die ckp kite carik salah die plak. Die cakap seolah sume benda yg die buat n pk tu betol. Bila kite tegur ape yg salah, die xboleh terima. Cakap kite plak yg xleh terima teguran org. Ape2 yg kite tegur die, sume berbalik pd kite. Atas persahabatan ni, aku bertahan sampai skg sbb nakkan kau tu bersifat lebih positif dlm diri bukannye negetif. Tp smpi skg aku gagal jadikan kau positif. Dah mcm2 usaha aku buat, tp last aku jugak yg mendapat. Kdg2 aku rasa mcm dah gila dek kau. Aku stress. Tp cket pon kau xsedar.

Jaja
Jaja
4 tahun yang lalu

Saya ada kawan kite dah kawan sejak sekolah menengah lagi..saya terasa hati dengan dia ..dia lebih amik berat kawan baru and tinggalkn saya begitu saja..makin lama makin nampak peragai dia..and bila saya dengan dia kerja tempat sama ..saya selalu jer amik hantar dia balik kerja padahal rumah saya jauh dengan rumah dia..bila dia dah ada kawan baru dekat kerja ..rehat tak tunggu saya..tak tegur saya..buat saya macam tak wujud depan dia..so saya rasa saya terasa hati sangat dengan dia dari dulu lagi sampai sekarang saya pendam …jadi saya amik keputusan jauh kan diri saya dari dia.bukan putuskan hubungan apa..tapi saya terpaksa untuk kebaikan diri saya..alhamdulillah sekarang saya rasa lebih matang memilih kawan..

Al Chandra
Al Chandra
4 tahun yang lalu

Saye dah anggp die mcm saudra sy sndr.dlm diam die burukkan sy kat bf sy.bahkan die suruh tingglkn sy kat bf sy .dan die nak jodohkn adek die yg nk bercerai gn husband die.sy liciklh.ape lh semua…tp bf sy tak prnh termakan Gan kata2 manis die.nama jer suci.tapi orang tak mcm nama nyer.lembut.padahal dalam lembut die tu penuh kepalsuan..

FNazreen
FNazreen
4 tahun yang lalu

Yes,saya setuju dgn penulisan penulis ini,mmg inilah realiti kehidupan skrg,saya sendiri pernah laluinya,kdg2 menguji kesabaran tp hanya pada Tuhan sy mengadu..kdg2 sy rs bersendiri lbh baik dr bersama teman yg slh,byk teman xbermaksud kita bahagia dan disygi,apa guna klw dpt yg berpura2 dlm diam dia cemburu dgn kita..dewasa ini byk sgt teman2 sebegini

Atie
Atie
4 tahun yang lalu

Sebiji ciri2 kawan “baik” aku tu…mula2 kawan tu ok lama2 nampak dah ciri2 tu…sejak kerja tempat baru yang sama dia makin pelik kira perangainya terserlah…kawan2 kat tempat kerja baru nasihat juga…tapi aku abaikan sebab still sayang persahabatan tu tapi dia makin melampau so aku buat keputusan menjauhkan dari dia tau tak bermakna aku putuskan persahabatan tu…dia sendiri piliih…

yoshi
yoshi
5 tahun yang lalu

Assalamualaikum Penulis. saya ucapkan terima kasih sebab tulis artikel ni. Benar Kata penulis apa yg disampaikan di atas 95% saya telah mengalaminya. Alhamdullillah, setelah saya “berhijrah” dari kawan tu hidup saya jadi aman tenteram. Sikap saya pun dari -ve sikit-sikit perubah menjadi +ve. Memang betul kita kena berjauhan dengan orang macam ni kalau tidak mereka akan gunakan kita untuk kepentingan diri mereka sahaja

tm
tm
6 tahun yang lalu

blah jer dr manusia mcm ni,lg untung diri sendiri.time glk kahkahkah,time uwaaa sorg je hadap.susah nk cri SAHABAT tp ak maafkan kmu????

wan
wan
7 tahun yang lalu

salam..kalau dengan saudara mara sendiri pun saya
memilih untuk melakukan seperti cara di atas..
kadangkala menjarakkan diri bukan bererti hendak putuskan hubungan silaturrahim tetapi hati selalu terluka dengan kata kata mereka..