Bagaimana Cara Belajar Mengawal Otak?

otak

Adakah kita menguasai otak fikiran kita atau sebaliknya?

Belajar lah mengawal otak kita.

Jika kita membiarkan otak kita merayau, fikiran kita akan menjadi liar dan menguasai kita. 

Ia akan membuka kembali benda-benda silam bagaikan satu katalog.

Ia akan mengingatkan kita tentang kesedihan, ketidakpuasan hati kita bermula daripada hari kita dilahirkan.

Jika kita membiarkan fikiran kita melayang, ia akan memberikan kembali imej-imej masa silam yang susah, imej-imej masa depan yang menakutkan.

Dan fikiran ini akan mengacau dan menggoncang kita menyebabkan emosi kita tidak terkawal.

Maka, kawallah fikiran, hadkan fikiran ke benda penting yang  membuahkan kerja berfaedah.

Bilamana anda mengingat maksiat, jangan dibiar syaitan membisik keseronokan, sebaliknya ikutilah ingatan itu dengan istigfar dan memohon keampunan kerana syaitan sedang menggodam untuk berbuat semula kejahatan itu.

Awasi perangkap syaitan. Istigfar, taubat dan dekatkan diri dengan Allah.

Dan berserahlah engkau kepada Allah Tuhan Yang Hidup, yang tidak mati; serta bertasbihlah dengan ‘memujiNya; dan cukuplah Ia mengetahui secara mendalam akan dosa-dosa hambaNya”

Quran 25:58

Mesej ini khusus untuk membantu sesiapa yang sedang mengalami konflik minda sehingga mewujudkan perbalahan dan ribut di dalam cawan rumahtangga, pejabat mahupun jamaah.

Berkongsilah kepada sesiapa yang memerlukannya.

Jazakallah.

— Dato’ Haji Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

3 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
azida
azida
11 tahun yang lalu

brsyukur dgn nikmat akal nie..trima ksih utk prkongsian..

fatin nabila
fatin nabila
11 tahun yang lalu

touched my heart, Jazakallah :)

yat
yat
11 tahun yang lalu

betul la.. syaitan suka orang yang berfikiran melayang.. apalagi kalau mengelamun sendirian. jangan berfikiran negatif.. terima kasih ye teks ini