Bagaimana Untuk Belajar Percaya Kembali Setelah Dikhianati?

belajar percaya kembali
Mampukah kita meruntuhkan tembok keegoan dan harga diri untuk percaya kembali?

Apakah yang lebih menyakitkan selain daripada dikhianati?

Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu. It’s feel torn apart inside.

Kadang kala kita tidak tahu mengapa kita tiba-tiba dikhianati, tanpa sebarang ribut dan badai, sekelip mata sahaja hati kita bagai ditikam sedalam-dalamnya dengan kejam.

Setelah itu, dia datang meminta maaf dan ingin memulihkan keadaan seperti sediakala…

…namun adakah semudah itu?

Semudah dengan mengucap maaf?

 

Belajar Untuk Percaya Kembali Setelah Dikhianati

Saya tahu, memang sukar untuk kita percaya kembali.

  • Bolehkah percaya kembali kepada suami yang curang?
  • Bolehkah percaya kembali kepada isteri yang sanggup menduakan suami?
  • Dapatkah anda percaya kembali kepada sahabat yang memburuk-memburukkan kita dari belakang?
  • Mampukan kita memberi kembali hati kepada si dia yang menghancurkan harapan dan perasaan hati?

Ya, belajar untuk percaya kembali sekali lagi selepas dikhianati adalah salah satu aspek yang paling sukar untuk diterima oleh manusia biasa seperti kita.

Ia seolah-olah kita sedang berhadapan seorang tentera musuh yang telah menyerah kalah, tercedera, dan berjalan tempang kearah kita sambil mengangkat tangan, meminta tembakan dihentikan.

Bagaimana kita ketika itu?

Mampukah kita untuk memberinya peluang setelah dia membunuh saudara mara, keluarga dan rakan kita?

Sepertinya agak mustahil bukan?

Walaubagaimana pun, kepercayaan  adalah diperlukan untuk kemaafan dan proses penyembuhan.

Ia diperlukan untuk membolehkan kita move on.

Kadang-kadang kita perlu memberi peluang kedua kepada seseorang untuk kembali menyambung dan mengeratkan tali silaturrahim dengan kita, walaupun ianya tidak mudah untuk kita.

Sebabnya adalah untuk kita.

Supaya kita bebas dari bebanan.


1. Beri Diri Kita Masa Untuk Bertenang

Belajarlah untuk mencintai diri kita sendiri dahalu.

Berilah diri kita masa untuk bertenang dan meredakan perasaan setelah kita melalui fasa yang memeritkan hati.

Tidak semua orang mampu untuk kembali recover dengan cepat.

Ia proses yang mengambil masa dan memerlukan banyak usaha untuk melupakan kejadian lalu.

Kita akan banyak kali jatuh, sebak dan murung, sebelum betul-betul dapat melepaskan kesedihan yang bersarang dihati.

Kuat diri dengan zikir dan solat. Jadikan Al-Quran sebagai peneman.

Berikan diri kita ruang untuk menikmati suasana, merenung ciptaan dan keindahan tuhan, luangkan masa dengan rakan-rakan dan keluarga.

Jangan hanya habiskan masa bersendirian memikirkan kejadian lalu, yang kita harus lakukan adalah memikirkan kehidupan jauh ke hadapan.

InsyaaAllah, kita akan cepat recover dan dapat melepaskan rasa gundah &  kesedihan yang bersarang dihati.


2. Berhenti Mencari Jawapan

Kita mungkin tidak tahu mengapa seseorang itu mengkhianati kita tetapi untuk move on kita harus sedar yang semua terjadi itu tiada kaitan dengan diri kita, bukan atas sebab kekurangan kita.

Manusia membuat keputusan berdasarkan apa yang mereka fikir dan apa yang mereka rasa.

Ini adalah suatu perkara yang kita tidak boleh kawal atau jangka, dan tidak juga sesuatu benda yang anda boleh rancangkan.

Oleh itu cara terbaik untuk melupakan kesakitan dimasa yang lalu adalah membuka hati anda kepada masa hadapan yang sedang menunggu.


3. Masa Hadapan Adalah Berbeza Dengan Masa Lalu

Masa depan kita tidak akan sama dengan sejarah yang telah berlalu.

Walaupun kita pernah terluka dan dikhianati pada masa lalu, tidak semestinya kita akan dilukai kembali pada masa akan datang.

Walaubagaimana pun, jika orang yang cuba meraih kepercayaan kita itu memang jenis orang yang suka menipu dan berdalih berulang-ulang kali, lebih baik kita mulakan hidup dengan orang lain.

Kerana ia mungkin akan sentiasa membebankan hidup kita.

Ia ibarat membawa batu didalam beg kita disepanjang perjalanan kita.

Kita terus mengutip dan mengutip lagi lebih banyak batu. Pasti berat bukan?

Tetapi bagaimana jika ada seseorang yang datang, dan menolong kita mengosongkan batu-batu itu dari beg kita, pasti kita akan hilang beban dan dapat untuk meneruskan perjalanan bukan?

Begitu juga dengan hidup, kadang kala kita memerlukan bantuan orang lain untuk mencipta kehidupan yang baru.

Sebab separuh daripada masa hidup ini selalu dibazirkan oleh dua perkara, kalau tidak kerana silap memilih kerja, kita silap dalam memilih orang untuk dipercayai.


4. Pengalaman Hidup yang Mengajarkan Kita

Kita telah belajar banyak erti kehidupan disaat kita menghadapi suasana yang menyakitkan.

Kita sekarang telah menjadi orang yang lebih bijak dan jauh lebih kuat daripada kita yang sebelumnya.

Ini bermakna kita telah mempunyai banyak pengalaman dan ilmu untuk digunakan dalam membina perhubungan yang baru, dan insyaaAllah kita akan menjadi sahabat atau pasangan lebih baik.


5. Terbuka dan Berterus Terang

Setelah memberi peluang kepada orang yang pernah mengkhianati anda, jangan takut untuk bersikap terbuka dan berterus terang tentang apa yang anda rasa.

Beritahulah anda apa harapan anda terhadapnya.

Ia akan membuatkan orang itu memahami perasaan anda dan pada masa yang sama menjadi peringatan kepadanya supaya tidak akan lagi cuba mengkhianati atau melukakan hati anda.

Jika anda rasa dalam persahabatan semula itu menuju kearah yang betul, teruskan meluangkan masa dengan kawan itu senormal yang mungkin.

Cepat atau lambat, InsyaaAllah anda akan rapat semula dengannya seperti dulu-dulu.

Mungkin dengan sesetengah kawan yang lain, yang mana anda mungkin pernah sangat rapat dengannya, adakalanya anda merasakan anda tidak lagi mampu untuk mempercayai dia untuk sepenuhnya.

Tapi anda tiada masalah bila bersamanya, maka dia telah bertukar status dari kawan baik kepada kawan biasa.

Itu adalah tidak mengapa, ia perkara biasa.

Relationships do change sometimes.

 

Penutup:

Berilah Kemaafan Walaupun Sukar. Belajar Untuk Percaya Kembali

Sebenarnya ini adalah perkara yang pertama sakali yang harus kita buat, memberi kemaafan.

Walaupun sukar, walaupun seperti tidak rela.

Kerana dengan kemaafan sahaja dapat membuka hati kita untuk melihat ke hadapan, penting dalam proses penyembuhan.

Disinilah yang kita selalu silap kerana kita selalu menganggap kemaafan itu adalah sama dengan proses melupakan, walhal manusia tidak akan pernah melupakan.

Memaafkan bermakna kita telah melepaskan kesakitan yang telah kita tanggung. Memaafkan akan melapangkan jiwa kita.

Oleh itu susunlah langkah untuk melepaskan dendam dan menikmati hidup seadanya.

Belajar untuk percaya kembali sememangnya sukar, tapi tidak bermakna kita tidak boleh melakukannya.

Hanya orang yang punyai jiwa besar mampu memberi peluang kedua kepada orang lain.

InsyaaAllah, bila anda dapat melakukannya, anda akan merasakan satu ketenangan dan kebahagiaan yang belum pernah dirasakan.

Oleh itu apa yang terfikirkan oleh anda sekarang ini?

Cakap senang, tapi yang nak buat tu memang susah, kan?

Jadi bagaimana?

Kongsikan fikiran & isi hati anda diruangan komen dibawah.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

163 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Asman lumpoh
Asman lumpoh
1 tahun yang lalu

Saya sudah berkawen selama 10 tahun 9bulan.dan selama perkahwenan itu.sya tak sangka yg isteri saya sanggup curang dengan sya.gila laki kerja askar.KPTD sya tak tahu apa sebab.apa slh sya.dia snggup buat sya begini.tggl 8.9.2022 sampai 10.9.2022dia jumpa laki tu.dan tidor bsama dua malam di hotel.dia cakap nak jumpa mamy dia.tak tahu pula sya dia sanggup khianati sya.tanggal4.1.2023 baru saya tahu yg isteri saya curang.sya nak ceraikan.tp anak masih kecil.berkali kali dia minta maaf sama sya..

Sabar
Sabar
1 tahun yang lalu

Saya dah berkahwin setahun 4 bulan. Sya memang tahu suami sya kaki perempuan sejak sebelum kahwin. Saya sudah tak ada hati nak kawen dengan dia. Tapi mak ayah sya paksa atas alasan lelaki itu baik. Sya pun berkahwin atas sebab tak mahu derhaka pada mak ayah. Sya niat ikhlas berkahwin kerana Allah walaupun sya tahu dia bukan lelaki yg baik. X sampai setahun perkahwinan suami sya dh kantoi langgan pelacur. Sya maafkan sya beri peluang. Sekarang dia buat lagi. Kali ni sya beri peluang ke 4. Sya dah sampai tahap redha. Ikhlas. Bersabar. Saya yakin Allah ada sesuatu yg besar untuk sya.

nurdye
nurdye
2 tahun yang lalu

saya kahwin baru masuk 4 bulan . dalam bulan ke 2 parkahwinan saya dengan suami saya . suami saya kantoi cekin hotel dengan perempuan lain dibelakang saya . saya ada bukti semua bila saya bertanya dia ckp tidak dan sanggup bersumpah atas quran dan nama allah . dan skrg suami saya dan perempuan tuh masih contact dan berjumpa . depa berlakon seolah masing-2 dah tinggal satu sama lain tapi allah maha adil allah tahu umat sia dikhianati mcm mana . allah tunjuk lagi semuanya . skrg saya hilang kepercayaan 100% kepadan suami saya . saya rasa sakit saya rasa apa yg dia ckp dan keluar dari mulut dia semua tipu belaka . dia minta peluang tapi dia juga hancurkan peluang ruh . hmm terima kasih yang sudih membaca . semoga allah selalu dengan kita ❤️

Wife terluka
Wife terluka
2 tahun yang lalu

Saya sgt kecewa, suami kantoi ade prmpuan lain wktu sya cnfiment ank ke3, sy ingtkn smuanye berakhir di ctu.. Tp mereka msih cntct each other di blkg sy.. Sy dan suami pjj.. Xsgka suami sggup buat mcm ni kpd sy.. Sggup ade nset ke2 dan trus trusan mmprbodohkn sy.. Skrg suami dh dpt duduk skli ttpi rpenye msih lg cntct prmpuan tu.. Apa yg ptt sy lakukan.. Adakah ini pgakhiran utk prkhwinan yg nk masuk ke 10 thun… Wlupn suami ckp pilih sy, tp sy ttp rsekn hya bdnnye sje di dpn sy tp fikiran die ke lain… Pttkah sy undurkn diri… Trlmpau stress ble tringt smua prkra yg die buat di blkg sy… ? Wlupn mlt ckp dh maafkn tp hkikatnye msih tiada keredhaan dgn smua yg jd ni…

Hati yg teersakiti
Hati yg teersakiti
3 tahun yang lalu

saya kecewa… kawin pun tak sampai 2 tahun tapi suami saya kantoi makan luar.. Allahu tak tahu nak cakap macam mana hancurnya tawarnya hati saya. katanya kawan hasut, padahal saya tak pernah tolak dia.. dia sendiri cakap layanan saya takde yg kurang.. sedih sangat, sanggup dia buat isteri di yang terima dia seadanya, yang tolong dia cari rezeki, lahirkan anak, jaga anak.. tapi dia semudahnya buat benda haram tu.. Allahuakbar.. susah sangat nak percaya balik.. kuatkan hati saya maafkan suami dan beri peluang kedua.. semuanya kerana Allah, anak dan air muka keluarga dua2 belah pihak..

Last edited 3 tahun yang lalu by Hati yg teersakiti
Hamba Allah
Hamba Allah
Reply to  Hati yg teersakiti
2 tahun yang lalu

Kisah Pn sama mcm kisah saya. Tapi saya tahun yang ke 4 berkahwin. Hancur hati saya. Buntu dan sangat susah untuk hati memaafkan perbuatanya dengan ikhlas. Terlalu kecewa.

Hamba Allah
Hamba Allah
3 tahun yang lalu

Susah nak percaya semula bila suami yg berjanji utk Jaga sy,lindung sy sebnrnya ade perempuan lain dlm diam,hanya dengan alasan kasihan pd perempuan lain,sedngkn isterinya percayakn dia lebih Dr org lain,melahirkn ank utk nya,berusaha JD yg terbaik dimata suami tp Sia Sia dlm masa sehari Di ceraikan dia dengan gembira bawa perempuan Tu pergi mandi Manda Di tempt yg selalu dia bawa sy Dan ank berjalan jln….sakit Sgt rase nya dikhianati ditikam Dr belkng,rase percaya tak lg wujud antra sy dn dia,walaupon dah kembali rujuk dlm diam dia brmain cinta dgn perempuan Tu,hati sy dh hancur teruk sehingga hanya ingin melihat mereka mati shj…mcm mna Pon Allah maha besr,segala yg terjd Allah tahu,sekrg suami dah berubah sikap nmpk dia ambil Bert psl sy dn ank tp hati sy dh xpercaya dia lg…. Sy usaha utk kembali percaya tp susah Sgt utk sy ?

Iqaa
Iqaa
3 tahun yang lalu

susah nak maafkan lelaki yang curang dengan perempuan lain. Kata syg,tapi die tipu, tak jujur.

Angel
Angel
3 tahun yang lalu

Salam. dimana sebenarnya boleh sy rujuk isu rumahtangga mcm ni? dimana sy boleh bkongsi dan minta pendapat yg lebih arif? melalui panggilan telefon @email.

lavander
lavander
Reply to  Angel
3 tahun yang lalu

salam, mgkin kita boleh berkongsi cerita…

lavander
lavander
Reply to  lavander
3 tahun yang lalu

sy bukanlah pakar.. mgkin sekadar memberi pendapat..

Liesa
Liesa
3 tahun yang lalu

Assalammualaikum.. Sy mengalami situasi di atas.. Sblm ni sy tlh memberi peluang ke 2 kpd suami supaya die berubah.. Tp peluang yg sy bagi x di hargai suami.. Bkn sekali tapi berkali2.. Sy sgt kecewa dan sedih.. Mulut saja kata supaya die tingglkn sy.. Tp hakikatnya sy x mampu kehilangan die.. Skunk die kata die betul2 dah berubah.. Tp hati sy sush utk mempercayai nya kembali.. Sy sering curiga dgn perbuatannya.. Bagaimanakah utk sy kembalikan kepercayaan pd dirinya stlh berkali2 die mngkhianati peluang y sy beri..

Orked
Orked
Reply to  Liesa
3 tahun yang lalu

Kisah puan sama mcm kisah sy.. dh berkali2 bg peluang sbb terlalu sygkan dia.. tp dia xpernah berubah.. skrg sy dlm dilema sama ada nak bercerai ataupun tak sbb semalam baru dpt taw hubungannya dgn perempuan tu dh sampai ke tahap check in hotel.. sungguh sy xboleh terima tp masih berharap agar dia menyesali semua perbuatan terkutuk tu dan kembali ke jalan Allah.. namun sy taw susah utk dia ubah benda yang dah jadi sebati dalam diri melainkan dia betul2 menyesali perbuatannya tu..

ira
ira
Reply to  Liesa
3 tahun yang lalu

sama situasi.. tapi dah kantoi bayak kali dengan perempuan (janda kematian suami) yg sama. kalini sya nekad nk bercerai walaupun dia merayu2 mntk maaf dan janji utk berubah. saya mmg sayangkan dia sgt sbb tu masih bg peluang sebelum2 ni tp dia xserik.. sekarang mmg buntu sgt…

Alisha
Alisha
3 tahun yang lalu

Saya, dicurangi suami. Dengan alasan, saya tidak mampu memberi zuriat untuk suami. Tetapi, kenapa perlu dengan berzina? Terlanjur berzina dengan wanita janda, wanita itu menipu dgn mengatakan dirinya hamil. Maka suami menjandakan isterinya sendiri. Namun, itulah permainan syaitan yang gembira dengan runtuhnya rumahtangga kami. Segala²nya tidak kekal lama untuk ALLAH tunjukan kebenaran dan kekuasaanya. 18 hari, suami datang kembali memohon rujuk semula. Sungguh saya maafkan segala perbuatan suami saya. Namun, amatlah sakit bila pernah dikhianati. Membuatkan saya sentiasa meragui suami dan berniat membalas segala untuk harga diri, kesetian, kepedihan dan setiap titik air mata saya..

Angel
Angel
Reply to  Alisha
3 tahun yang lalu

.

Last edited 3 tahun yang lalu by Angel