Mampukah Kamu Doakan Dia Bahagia Setelah Dia Menyakiti & Mengkhianati?

doakan dia bahagia setelah menyakiti kita
Ingin bahagia? Doakan dia bahagia, juga. Walaupun dia pernah menyakiti hati kita.. * happiness by jyoujo

Bagaimana bahagia itu?

Bahagia.  Ya semua orang nak bahagia, dan ingat semua orang ditakdirkan Allah dengan bahagia.

Ini bermakna, semua orang ada takdir kebahagiannya tersendiri.

Namun tak semua orang dapat merasai bahagia, apabila dirinya sendiri hanya memandang bahagia tu dari satu prespektif sahaja.

Kali ini saya mahu mengajak kalian bagaimana menilai bahagia dari prespektif berlainan.


Dari pembacaan saya, bahagia itu banyak cabaangnya jika dikira dari pemikiran manusia.

Bahagia bila ada harta berjuta, bahagia bila bersama kesayangan, bahagia bila punya teman..

..dan apabila semua itu lenyap, bagaimana jadinya?

Derita, bernasib malangkah ia dikira?

Saudara Hilal Asyraf dalam salah sebuah bukunya, berkata bahagia itu bila bersama penciptanya.

Ya, itu pasti buat kita.

Bagaimana bersama tuhan itu bahagia?

Begini, jika senang Dia kasih, jika susah Dia sayang.

Berbahagia pada yang percaya bahawa segala takdir tuhan itu terlalu indah walau apa pun jadi.

 

Salah Satu Jalan Untuk Kita Bahagia Adalah, Doakan Dia Bahagia Juga

Berbalik pada tajuk diatas, doakan dia bahagia.

Saya ini tidaklah pendai menilai, cuma berkongsi rasa yang pernah dirasa dan mungkin ada yang berperasaan macam saya.

Dimana kita perlu memilih untuk meneruskan hidup dengan lembaran baru setelah jatuh kerana soal perasaan.

Macam mana nak bahagia, sedangkan dia bahagia dengan yang lain.

– Jawapan saya, doakan dia bahagia. Senyum dan tarik nafas.

Bila kita menganggap takdir Allah itu indah-indah belaka, pastinya kita yakin Allah itu sangat kasih.

Saya ni manusia, saya menulis ini tentang jalan yang saya lalui.

Tidak semua cerita akan berakhir indah tapi akan ada salah satu dari jalan-jalan yang kita lalui itu berakhir dengan indah.

Sahabat saya pernah cakap, “saya nak kawin dulu sebelum dia”

Kak Naqibah “kamu belum benar-benar redha untuk lepaskan dia, itu ibarat dendam”   

 

Bagaimana Membina Bahagia Setelah Rebah?

Kalau ditanya bagaimana saya lalui, bagaimana saya kuat untuk mendoakan orang yang dikiranya menyakiti saya, jawabnya;

— dia berhak dimaafkan dan berhak punya kehidupan yang lebih baik setelah membuat kesalahan.

Dia cuma manusia yang sedang belajar seperti diri kita sendiri.

Percaya lah setiap yang hadir mengajar tentang sesuatu, jatuh bangun dan luka itu beri pengajaran, menjadi manusia yang berpengalaman, yang lebih matang tentang kehidupan.

Satu benda lagi, sebagai manusia yang serba lemah kita tak layak menghukum sesiapa, saya tak lepas dari buat salah, bila fikir balik, kalau aku duduk kat tempat dia macam?

Kalau tak mampu positif atau bersangka baik cukuplah hiasi bibir dengan istighfar.

Cuma kita kena ingat jangan melangkaui tuhan dalam buat keputusan.

Hukuman itu kerja Allah

Sekarang tanyalah pada diri, adakah kamu betul-betul ikhlas, atau benar-benar sudah move dari tempat jatuh tu.

Kalau jawapan nya ya, saya pasti saya yakin kamu mampu doakan dia bahagia.

 

Jangan Kata Tidak, Jika Kamu Belum Pernah Lakukan

Moga hati tenang selalu.

Percaya sayang bukan sekadar memiliki tapi sayang itu melebihi itu.

Bahagiakan untuk bahagia.

Doakan dia bahagia dan senyum.

Pada akhirnya semua akan bahagia.

Dan ia bergantung kepada bagaimana kamu memandang bahagia itu dan bagaimana kamu berusaha mencari bahagia itu.

Artikel ini perkongsian ke inbox emel kami daripada Norliyana ZulkifliSemoga memberi manfaat kepada semua. Jazakallah =)
Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

37 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
zawati
zawati
4 tahun yang lalu

Penulisan2 yg hebat.. dan mudah difahami. Tksh kerana sntiasa memotivasi.. teruskan perjuangan & insyaAllah semoga mdpt ganjaran Pahala disisiNya..aaminn

nurul
nurul
5 tahun yang lalu

masa smgu sy taw dia ada perempuan lain sy susah utk maafkan dia dan sy selalu doakn keburukan utk dia.. tp selepas 2 mgu kejadian sy sudah maafkan sume kesalahanny dan sy doakn kebahagiaan utk dia.. hari2 sy pujuk hati sy untuk lepaskn dia pergi dan redha.. ssghny Allah siapkn ssuatu yg baru utk sy lalui.. kita hny mmpu mrncg dan Allah sebaik2 prancang.. Allahu

Siti
Siti
5 tahun yang lalu

Mengalir air mata ini ketika membaca..

erni fardhiah gea
erni fardhiah gea
7 tahun yang lalu

Saya akan coba bahagia walau tanpa dia.
Nungkinkah dia akan jadi jodoh saya?

safiah
safiah
8 tahun yang lalu

bagaimana pula kalau kita dah pilih untuk move on..untuk mengalah setelah dekat setahun cuba bertahan dam bangkit, tapi kita tak dilepaskan oleh dia? kita nak bahagia dan bina semula hidup walaupun sendirian tapi si dia tak nak melepaskan kita supaya tidak menjadi bahan kejian sekeliling. dlm masa yg sm dia masih berkawan dgn org ketiga.

ssms225
ssms225
Reply to  safiah
7 tahun yang lalu

Berdoalah Allah permudahkn urusan.. doa itu kan senjata org mukmin. Sy dulu juga begitu. Akhirnya, suami lepaskn juga sy. Malahan, sblm tu ugut sy yg kena uruskn dgn mahkamah. Bila tiba masa, bekas suami yg uruskn smua smpi la sy dpt surat cerai! Allah sebaik2 penolong kan ^_^

rara
rara
8 tahun yang lalu

Apa yang harus kulakukan disaat tunanganku menghamili cewek lain yg tdk ddicintainya..tp cwek it mmg sengaja jebak tunanganku krn cewek it mencintainya padahal sdh tau kalau kami sudah tunanagan…mk dri it aku bellum bisa ikhlas kalau tunanaganku ini bahagia bersama cewek it…

Al-Fateh
Al-Fateh
Reply to  rara
8 tahun yang lalu

Assalamualaikum.. Untuk peringatan.. Zina tidak akan terjadi tanpa adnya 2org iaitu lelaki dan perempuan.. Dan tidak akan terjadi apabila dua2 merelakan.. baik lelaki mahupun wanita.. Melainkan lelaki itu dipaksa, diancam bunuh..

shaz
shaz
8 tahun yang lalu

Alhamdulillah…

Saya amalkan cara ini..dan sedikit demi sedikit rasa tenang itu datang dalam hati..walaupun ada ketika air mata jatuh saat doa dibacakan utk dia yg pernah hadir dlm hidup saya.

Allah lebih tahu apa yg terbaik utk hamba-Nya..

Lailatul Mufarrihah
Lailatul Mufarrihah
8 tahun yang lalu

Allah Swt maha adil dan tau mana yang terbaik bagi kita,,

syida
syida
8 tahun yang lalu

i told ALLAH a lot about you, then i cried…

saya sedang mengalaminya.. mmg sangat sukar. hampir 5 bulan sudah berlalu tapi kecewa tu masih berbisa. apa pun serahkan hati sungguh2 sepenuhnya pd allah. Lepaskan si dia. Usah genggam lg sebab nanti hati akn rasa sakit tapi genggamlah tali allah, maka kita akan tenang. Sbb kita tahu, apa yg terlepas dr kita skrg akan pasti ALLAH bg semula. jIKA benar jodoh ALLAH akan bagi atau pasti ALLAH bg yang lebih baik.

doa, doa, doa dan yakin seyakinnya. insyaALLAH redha itu akan hadir serta mampu mendoakan kebahagian utk si dia juga.

untuk yang sedang kecewa, sabarlah. sedikit aja lagi mahu bersabar kerana ALLAH sedang menyiapkan bahagia untuk mu.

mizzEna
mizzEna
Reply to  syida
8 tahun yang lalu

stay strong sis, ssungguhnya Allah s.w.t lebih mengetahui apa yg terbaik buat kamu…Inshaallah.

fatihah
fatihah
8 tahun yang lalu

Saya menjadi orang ketiga dalam perhubungan. Walaupun niat saya bukan begitu tetapi kerana jodoh dan takdir allah kami selamat berkahwin pada tahun lepas. Suami saya tekad untuk memilih saya dan bukan kekasih lamanya walaupun mereka telah 5 tahun bercinta. kini saya sering berharap supaya bekas teman wanitanya memaafkan kami.