Apa Je Yang Awak Buat Kat Rumah Hari Ini?!

suami

suami

Suatu hari seorang suami pulang kerja dan mendapati tiga orang anaknya sedang berada di depan rumah. Semuanya bermain lumpur, dan masih memakai pakaian tidur.

Bererti semenjak bangun tidur, mereka belum lagi mandi dan belum menukar pakaian

Si suami melangkah menuju ke dalam rumah . Dia mendapati kotak-kotak bekas bungkusan makanan bersepah di mana-mana. Pintu depan rumah dalam keadaan terbuka.

Setelah dia melewati pintu dan memasuki rumah, masyaAllah, rumah seperti tongkang pecah. Ada lampu yang pecah, ada sejadah yang tertempel dengan gula-gula getah di dinding.

Televisyen dalam keadaan terpasang dan dengan pembesar suara pada tahap maksimum. Mainan kanak-kanak bertebaran di mana-mana. Pakaian kotor bertaburan ke seluruh penjuru ruangan.

Dapur? Ooooh di dalam sink penuh dengan piring kotor. Sisa makanan pagi masih ada di atas meja makan. Pintu dapur terbuka lebar.

Si suami  naik ke tingkat atas.

Dia melangkah mainan kanak – kanak yang berserakan itu. Dia memijak pula pakaian yang berserakan tersebut. Si suami cuba mencari isterinya, siapa tahu ada masalah serius dengannya.

Pertama sekali dia dikejutkan oleh air yang melimpah dari bilik air, semua tuala berada di atas lantai dan basah kuyup. Sabun telah berubah menjadi buih.

Cermin penuh dengan contengan lipstik.

Si suami  bergegas ke bilik tidur, dia dapati isterinya sedang baring – baring sambil membaca komik!

Melihat aksi panik  si suami, si isteri memandang kepadanya dengan tersenyum. Dengan penuh kehairanan si suami bertanya, “Apa yang terjadi hari ini wahai sayangku?!”.

Sekali lagi si isteri tersenyum seraya berkata,“Bukankah setiap kali pulang kerja abang bertanya dengan penuh tidak puas hati, ‘Awak buat apa kat rumah hari ini wahai isteriku?’, bukankah begitu wahai suamiku tersayang?”

“Betul” jawab si suami.

“Baik” kata si isteri, “Hari ini, saya tidak melakukan apa yang biasanya saya lakukan, semoga dengan itu abang tahu apa yang selama ini saya buat di rumah”.

Mesej yang ingin disampaikan adalah:

 1. Penting sekali untuk semua orang memahami, bahawa orang lain bermati-matian dalam menyelesaikan tugasnya, dan betapa besar pengorbanan yang telah dilakukan oleh orang lain itu agar kehidupan ini tetap berjalan lancar.

 2. Dan agar kita tidak menganggap bahawa kitalah satu-satunya orang yang berkorban, menanggung derita, menghadapi kesulitan dan masalah serta menyelesaikannya.

 3. Dan jangan anggap bahawa orang-orang yang ada di sekelilingnya, yang nampak  santai, dan diam, jangan dikira bahawa mereka tidak mempunyai sumbangan apa-apa.

 4. Oleh kerana itu, hargailah jerih payah dan  sumbangan orang lain dan jangan melihat dari sudut pandang yang sempit.

.

Sumber:  Jangan Melihat dari Sudut Pandang Sempit (Ust. Musyaffa AR)

Masukkan alamat email anda untuk subscribe / melanggani blog ini dan menerima setiap artikel baru melalui e-mel.

Join 2,098 other subscribers

Comments

  1. says

    semoga sama2 pikir2kan..setiap org ada peranan n tggjawab masing2..mungkin sesetengah org xnampak peranan kita..

      • kyrel says

        korang nih tak paham ker apa article ni cuba nak smpikan?
        maknanya, si suami jgnlah asyek nak menuduh isteri yang dia duduk rumah seharian n tak buat kerja, si isteri dlm artcle ni nak bagitawu kat si suami, jgn fikir isteri yang jadi suri rumah ni duduk relaxx ja kat rumah goyang kaki. dalam article ni si isteri nak tunjuk kat si suami yang dia selama nih bertungkus lumus bersihkan rumah n jaga anak2. kalau si isteri tu tak buat kerjanya setiap hari kat rumah n goyang kaki, macamtu la jadinya rumah tu. so si suami kene lah appreciate si isteri kat rumah tu, coz eventho dorang tak pergi kerja, tapi dorang still kemas rumah n jaga anak2. :)

  2. As-Syakirin Ariffin says

    wah2… bagus2 article nie… tp kn.. suami tuh kn dh penat balik kerja… x kn laa si isteri x leh nk memahami..??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *