Perkongsian Tentang ISLAM. Hidup dan Matiku hanyalah kerana Allah

Apa Khabar Jodohku..

Apa khabar jodohku? Sihatkah? Berat rasanya kelopak mataku tertutup. Bagaimana dengan kamu? Apa kamu selalu terbangun disepertiga malam terakhir? Dan apakah mulutmu terasa menerus -menerus berzikir dimalam hari?


Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..

Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang. Dan masih banyak kewajipan yg harus kita penuhi sayang. Kadang – kadang aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?


Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu. Apa kau selalu hiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan? Dan apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, untuk menghadapNya?


Jodohku, sihatkah kamu?

Kalau aku berada disamping mu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.


Jodohku sabar dan tenanglah..

Aku disini masih bersabar menanti mu, Hatimu tidak terluka kan? senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita, Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan mendekatlah diri kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap kamu baik-baik saja..


Jodohku, aku rindu..

Bilakah kita akan bertemu? Begitu banyak hal yg ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat – nasihat mu. Hati ini kosong.. dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.


Jodohku…

Adakah kau juga rindu padaku? Bagaimana dengan Quran mu? Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak? Apa yang kau fahami dari surah itu? Ceritakanlah kepadaku.. Aku sedia mendengar, dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..

Apa perubahan  yang kau lakukan dari hari ke hari sayang? semakin baikkah?

Aku berharap seperti itu, Jodohku..

disetiap langkahku dan seusai solatku..

ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya..

Sabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama..

Jangan sampai kau tersalah jalan sayang..


Jodohku..

nantilah aku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa Rahmat untuk kita, Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama. Kerana aku mencintaimu secara tulus & ikhlas


Jodohku..

Bersiaplah kau untuk mencintaiku scara tulus dan mahu menerima segala kekuranganku. Dan membenarkanku dikala aku salah. Sayang… berusahalah membahagiakan orang tuamu… dengan menjaga sikapmu dan tuturkata mu.. Aku yakin kau adalah orang yang sabar, orang yang cekal membesarkan anak – anak kelak Jangan pernah merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu..


Jodohku..

kalau siang sudah berlalu.. pejamkan matamu dengan buaian doa, begitu juga ucapan doa dariku yang selalu menyertaimu…

Semoga ALLAH selalu menjadikan kita dijalan yang benar. Amin…


Jodohku..

Tak terasa penatku menaip pada keyboard ini, memang benar ini adalah tanda kerinduanku kepadamu,

Ingatlah sayang..

aku selalu ada untukmu..

Untuk itu jangan pernah kau merasa sendiri atau sepi..


Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu.

Salam hormatku dan sayangku untukmu…. :)

 

Sumber asal : Muslimah Sholehah

Enter Your Mail Address

33 Responses to “Apa Khabar Jodohku..”

  1. cikputri December 24, 2011 at 7:21 PM #

    semoga saya juga sabar menanti jodohku . :)

       0 likes

  2. putrialeya November 26, 2011 at 1:39 PM #

    wahai jodohku!!aku sabar menanti kehadiranmu
    suatu masa pasti kita akan ketemu insha Allah:))

       0 likes

  3. ag hadi safwan bin ag abdullah November 26, 2011 at 6:51 AM #

    alhamdulillah :) aku juga menunggu saat itu. semoga kita sabar.. amiinn

       0 likes

    • AkuIslam November 26, 2011 at 7:26 PM #

      :)

         0 likes

  4. ismi rusila August 17, 2011 at 2:58 PM #

    mohon edit sedikit, sebelum ana share..pd pendapat ana, tidak sesuai utk memanggil seseorang yg belum menjadi suami/isteri kita, dengan panggilan @ perkataan seumpama “sayang”.. (hanya pd pendapat ana.) maaf, atas sgl khilaf. salamun alaik. ukhwah fillah, insyaAllah..

    btw, isinya menarik.. ;)

       0 likes

  5. Suhaili Sarif August 17, 2011 at 4:09 AM #

    salam and hi to all
    alhamdulillah..satu pengharapan yg masih tidak lalai dan masih berpaksikan Allah sebagai cinta utama :)

    p/s:Jodohku, aku berharap kau membaca artikel ini :)

       0 likes

  6. aisyah August 17, 2011 at 3:27 AM #

    artikel yg sgt menarik! inilah cinta yg ku cari :)

       0 likes

  7. nur August 16, 2011 at 2:02 PM #

    masyaallah..inilah cinta yg d cari,berlandaskan agama di sisi TUHAN ku

       0 likes

  8. kamn July 20, 2011 at 5:20 AM #

    T_T

       0 likes

  9. Anamuslim_akma90 July 5, 2011 at 3:30 PM #

    mdah2an aq dpt jdoh mcm ni amin….ya rab

       0 likes

  10. Mil June 22, 2011 at 9:08 AM #

    inilah cinta kerana Allah…

       0 likes

  11. Nordiyana Ramli June 7, 2011 at 7:49 AM #

    subhanallah.. kagumnya dgn tuan bloq ni.. smpai xtau nk cakap apa.. artikel yg sgt berinspirasi.. :)
    slamat maju jaya.. sm0ga Allah mmberikan (tuan pnya bloq ni) lbih bnyak idea dan ilmu supaya dpt dikongsikan bersama semua.. amin.. barakallahufiik..

       0 likes

  12. Ejay1602 May 13, 2011 at 12:29 AM #

    hebat…hebat…artikel yg menarik^_^

       0 likes

    • Anonymous May 18, 2011 at 3:53 AM #

      terima kasih..
       

         0 likes

  13. Nurul Syazana April 13, 2011 at 7:11 AM #

    sedihnye entry ni . zana suke . mekaseh . :(

       0 likes

  14. Matadore Terhebat April 7, 2011 at 3:26 PM #

    kool gila beb.

       0 likes

  15. hanis April 2, 2011 at 4:11 AM #

    nak share yew..tersentuh sgt ble bce

       0 likes

    • Anonymous April 2, 2011 at 4:27 AM #

      silakan… :)

         0 likes

  16. RL March 31, 2011 at 11:01 AM #

    Masha-Allah. Indah. Barakallah. ^.^

       0 likes

  17. Liezzas90 March 30, 2011 at 4:09 PM #

    sangat tersentuh membaca artikel ini…mengubat perasaan kesunyian T_T….teringin benar mahu berkenalan dgn tuan blog ini….sangat menyentuh perasaan ….terbaik paradigmamukmin!! sgt gembira dpt bertemu blog anda..^_^

       0 likes

    • Anonymous March 30, 2011 at 5:35 PM #

      semoga artikel disini memberi manfaat kepada anda.. :)

         0 likes

      • Liezzas90 March 31, 2011 at 4:45 PM #

        sangat3 bermanfaat….

           0 likes

  18. Sara March 30, 2011 at 8:55 AM #

    subhanaAllah…bertuahnya insan yang memiliki ‘cinta’ sebegini….

       0 likes

  19. Lohiera90 March 30, 2011 at 4:03 AM #

    Artikel yg menyentuh perasaan. Terbaik admin!

       0 likes

    • Anonymous March 30, 2011 at 4:11 AM #

      terima kasih lohiera.. blog anda juga sangat bermanfaat..

         0 likes

  20. Ibu_kula March 30, 2011 at 2:03 AM #

    Amboiii, orang-orang muda! Terbaik aje komennya kalau pasal rindu-rindu nih..!

       0 likes

    • Naim March 30, 2011 at 2:54 AM #

      biasa le ibu…hi3

         0 likes

    • Anonymous March 30, 2011 at 3:23 AM #

      ehem2.. orang muda katakan.. hi3

         0 likes

  21. Cikguloh90 March 29, 2011 at 4:25 PM #

    terbaik..

       0 likes

  22. Tengku Faris March 29, 2011 at 3:26 PM #

    Terbaekk artikel kali ini! LIKE.. :)

       0 likes

    • Naimsebarau March 29, 2011 at 3:32 PM #

      Yelah, good! :)

         0 likes

Trackbacks/Pingbacks:

  1. Ya Rabb, Izinkan Aku Jatuh Cinta | Paradigma MUKMIN - May 18, 2011

    [...] mitsaqan ghaliza telah mematri [...]

       0 likes

  2. Surat Terbuka untuk…… « for everything that happen - April 2, 2011

    [...] Salam hormatku dan sayangku untukmu….  credit to : http://akuislam.com/blog/renungan/apa-khabar-jodohku/ [...]

       0 likes

Leave a Reply:

Gravatar Image

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline