“Kenapa Allah Zalim Terhadap Kita?” 50 Nota Jawapan Untuk Orang Patah Hati Dan Kecewa

mengapa Allah zalim terhadap hambanya?Kadangkala hati kita terdetik:

Kenapa Allah zalim dengan aku?”

Kenapa Allah tidak memberi aku kehidupan yang aman, seperti orang lain?

Mengapa ujian Allah berikan ini terlalu berat, sedangkan aku tidak pernah buat perkara jahat?

Jika perpisahan membuatkan kita hilang arah, jadi apa tandanya Allah sayangkan kita? Bukankah ini Allah zalim? Bukankah ini lebih melemahkan?

Ustaz selalu kata Allah janjikan kebahagiaan untuk hambanya yang berdoa. Selama ni aku tak pernah berhenti berdoa, tetapi mengapa Allah tetap menghukum aku dengan musibah yang benar-benar membuatkan aku terduduk?

Kehidupan kadangkala akan menolak kita jatuh ke bawah tanpa belas kasihan..

Tiada siapa yang mampu melindungi kita daripada realiti ini. Tiada siapa dapat mengelak.

Mengapa Allah zalim pada hambanya?

Namun percayalah, Allah tidak pernah zalim. Sedikit pun tidak pernah.

Setiap yang diuji itu adalah sesuai dengan tahap kemampuan hambaNya.

Kasih sayang Tuhan itu ditunjukkan dalam pelbagai cara. Antaranya adalah dengan ujian.

Ujian bertujuan mendidik. Bertujuan melatih jiwa supaya kuat.. tapi ramai yang tidak meyakini perkara ini.

Patah hati akan meninggalkan kesan luka yang sangat mendalam. Saya pernah merasakan apa yang anda rasa. I’ve been there.


Saya tahu memang sangat sukar menerima nasihat apabila anda sedang mengalami patah hati..


Tetapi saya tahu sesetengah nasihat boleh meredakan kesakitan. Ini adalah cubaan saya untuk memberi anda harapan bahawa ujian itu tanda Allah sayang.

Semoga nota dibawah membantu anda move on dan berdamai dengan takdir:

  1. Jangan takut dengan suasana yang berubah. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah. Roll with it. Betul, ia tidak akan mudah, tetapi ia sangat berbaloi untuk anda.
  2. Perkara yang paling sukar dalam proses kematangan adalah, melepaskan apa yang telah sebati dengan kita, dan memulakan hidup dengan apa yang kita tidak mahu.
  3. Move on kadangkala sangat menyakitkan, tetapi tiada yang lebih menyakitkan dalam kehidupan ini berbanding terperangkap dalam kehidupan yang bukan lagi milik kita.
  4. Mungkin Allah akan biarkan hati kita hancur berkali-kali sampai kita rasa tak ada lagi harapan di dunia ini. Dan itu akan membuat kita punya harapan hanya untuk Allah saja.
  5. Hakikatnya, setiap perkara melukakan kita pada hari ini hanya akan membuatkan kita lebih kuat pada akhirnya.
  6. Kadang, proses patah hati lah yang akan membuatkan kita sedar, dan membantu kita melihat bagaimana hubungan kita dengan Tuhan selama ini.
  7. Perasaan sayang yang selama ini mematahkan hati anda, selalunya perasaan itu jugalah yang akan menyembuhkan hati anda, perlahan-lahan dengan masa.
  8. Sesetengah bab dalam hidup kita harus ditamatkan tanpa penamat. There’s no point in losing yourself by trying to hold on to what’s not meant to stay.
  9. Bila kita kelihangan seseorang, jangan anggap ia sebagai satu kehilangan, tetapi sebagai satu anugerah yang meringankan beban kita dalam perjalanan.
  10. Kadangkala bila kita tak dapat apa yang kita mahu, kita harus akur bahawa Allah menetapkan bahawa perkara itu bukanlah yang terbaik buat kita.
  11. Anda bukan orang yang sama dengan minggu, bulan atau tahun yang lalu. You’re always growing.  Experiences don’t stop. Inilah tanda Allah sayang kita, Dia mahu kita lebih matang.
  12. One of the most rewarding moments in life is when you finally find the courage to let go of what you can’t change. Serius, hati tidak akan tenang bila selalu mengenang.
  13. Belajarlah untuk ketawa. Sekalipun kau rasa dunia tak lagi berikan sebab untuk kau bahagia. Buka hati untuk terima apa saja yang menduga dengan yakin pasti ada hikmah dihujungnya.
  14. Jangan pernah memaksa diri. Buat apa yang termampu dan biarkan ia. Jika ia sudah ditakdirkan milik kita, pasti ia tidak kemana-mana. Nothing Allah has written for you goes to someone else. So relax, take a deep breathe and be patient..
  15. Mungkin kita pernah rasa sesuatu perkara itu sudah berada dalam genggaman. Tetapi bila sampai masa, ternyata bukan milik kita. Namun, tetaplah bersyukur.
  16. Stand strong.  Sometimes you have to experience a low point in life to learn a good lesson you couldn’t have learned any other way.
  17. Jangan memikirkan sebeberapa malangnya nasib anda, tetapi fokuskan berapa nikmat yang telah anda kecapi.
  18. Ujian Allah adalah menguji tahap keimanan kita kepadaNya dan sebenarnya ujian Allah kepada kita tidaklah seberat zaman para Nabi dan Rasul.
  19. Menyerah dan move on adalah dua perkara berbeza.
  20. Anda harus faham, dalam kehidupan orang datang dan pergi. Lepaskan mereka yang telah lama melupakan anda. Kita tak boleh halang orang dari pergi. Yang kita boleh buat ialah sentiasa jadi baik, untuk diri sendiri.
  21. Mungkin ada masanya kita akan kecewa, sakit, dikhianati. tapi itulah yang nanti akan membuat kita lebih tabah di masa hadapan.
  22. Senyum, walaupun ada rasa semuanya sudah musnah. Senyum bukan untuk melambangkan anda sedang bahagia, tetapi ia menunjukkan dan melatih hati supaya kuat.
  23. Mereka yang berbahagia bukanlah dia yang hidup tanpa masalah tapi mereka yang mampu mengelola setiap masalah menjadi penuh hikmah. Dan masa merupakan penyembuh terbaik segala luka dihati.
  24. Kebanyakan orang yang menderita dan sukar untuk merasa bahagia kembali adalah mereka yang gagal menerima hakikatnya pada waktu sekarang. Allah understands your tears and pain. So, spend your time talking to Allah.
  25. Jika tidak mampu bersangka baik dengan takdir, cukup hanya hiasi bibir kita dengan istigfar. Moga-moga ia akan dapat menyejukkan hati kita kita.
  26. Tumpukan untuk membuat perubahan kecil. Jangan cuba berenang merentas lautan sekaligus. Jangan cuba meneroka seluruh dunia dengan sekali jalan. Bila kita terus mencari penyelesaian segera, secara tidak langsung kita membuatkan diri kita menderita dan semakin kecewa. Bersabar, ambil masa yang secukupnya.
  27. Lakukan perubahan kecil tetapi istiqamah setiap masa. Itu adalah lebih baik. Manusia adalah lemah, jadi jangan melampaui batas keupayaan kita.
  28. Semua perkara dalam kehidupan adalah sementara. Like a rainbow after the rain, there’s beauty in tough test, it’s all in how you see them.
  29. Parut adalah simbol kekuatan kita. Jangan pernah malu dengan luka kehidupan yang masih membekas. It means you conquered the pain, learned a lesson, grew stronger, and moved forward.
  30. Kadang kita perlu memaafkan orang lain bukan kerana mereka layak dimaafkan. Tetapi kita memaafkan kerana kita sendiri yang memerlukan ia. We cannot let go and move forward completely without it.
  31. Orang yang pertama memohon maaf adalah orang paling berani. Orang yang mampu memafkan adalah orang yang terkuat. Dan orang yang terdahulu untuk move on adalah orang yang paling bahagia.
  32. Sememangnya kemaafan tak dapat mengubah apa yang jadi, tapi sekurang-kurangnya ia membuka jalan kepada sesuatu yang baik untuk masa hadapan, membuka hati kita sekurang-kurangnya untuk melihat hikmah, untuk tidak bersangka buruk dan mengajar hati menjadi lembut dan baik.
  33. Hidup ini terlalu pendek untuk berperang dengan diri sendiri. Apa yang terbaik adalah mula untuk menerima dengan ikhlas setiap perkara dan memberi kemaafan kepada semua.  Letting go of yesterday’s troubles is your first step towards happiness today.
  34. Banyak memori di masa lalu yang kita harap dapat dihapuskan, tetapi ia mustahil. Let it be. Berdoalah kepada Allah agar dikurniakan masa depan yang lebih bermakna dan lebih baik.
  35. Selalunya, perkara yang yang paling kecil itulah yang mengambil ruang paling besar dalam hati kita.
  36. The day you “understood” everything, was the day you stopped trying to figure everything out. Allah tidak meminta kita memikirkan jalan keluar sehingga penat. Dia hanya mahu kita sabar dan solat (berdoa).
  37. Simpankan dalam hati bahawa tiada penyesalan dalam pilihan, walau pilihan itu nanti menyebabkan kita terluka. Yang ada cuma hikmah & pengajaran di atas pilihan yang telah dibuat, yang perlu kita cari apabila kecewa.
  38. Kadang-kadang Allah tahan permintaan kita kerana sewaktu kita meminta, kita dalam keadaan yang sangat jauh daripadaNya. Oleh itu, semakin kita berkehendak, semakin kita merapat pada Allah
  39. Ada banyak perkara dalam kehidupan yang diluar kawalan kita. Kita tak dapat mengawal semua perkara dalam kehidupan kita, tetapi kita boleh kawal bagaimana kita berhadapan dengannya. Dan melalui itu lah kita dapat melihat kekuatan sebenar diri kita.
  40. Melepaskan akan membuat kita berasa LEGA. Kerana kita akan sedar bahawa kita tidak pernah memiliki apa-apa pun di dunia ini. Semua bersebab & semua juga pinjaman, begitu juga perasaan :’)
  41. Belajarlah untuk lepaskan duka. Sekalipun kau rasa ia seringkali merabakkan di jiwa. Bila kita melepaskan, kita akan membuka ruang kepada perkara yang lebih baik untuk hadir dalam kehidupan kita.
  42. Keimanan dan ketakwaan selalu diuji dengan cinta. Kadangkala kita perlu memilih melepaskan kecintaan kerana ia melemahkan keimanan, dan itulah ujian paling berat bagi orang yang sedang jatuh cinta.
  43. Ketika diri dibenci dan dilukai, tanyalah kembali kepada diri; kepada apa kita bergantung harap? Kepada apa kita terikat? Jika jawapan kita adalah Allah, inshaAllah, kita akan tenang, dan menyerahkan kembali hal kelukaan hati kita kepada DIA.
  44. Kebahagiaan kita yang sebenar apabila Allah tidak hilang dari hati kita.
  45. Mendekatlah dan genggam dengan kemas – Allah tidak pernah melepaskan kita. Mana mungkin kita jatuh jauh ke lembah yang dalam jika yang menjadi pautan kita adalah penguasa kepada seluruh alam!
  46. Apabila kesedihan, kita selalu mencari bahu seseorang untuk kita bersandar dan melepaskan tangisan. Akan tetapi kita mungkin lupa, bahawa sejadah dan sujud itu lebih mujarab. Allah itu ada. Selalu.
  47. Bahagia atau duka– Kuncinya kita yang pegang. Jika kita benarkan kesedihan bersarang dalam jasad dan dada, maka dukalah yang kita bakal hadap. Tapi jika bahagia yang kita pilih, maka tenanglah yang kita akan rasa.
  48. Jangan sesekali membongkar parut-parut yang lama, biarkan ia. Tinggalkan kenangan itu disana. Berdamai dengan takdir Allah akan membawa ketenangan dalaman dan kebahagiaan hati yang tak pernah kita rasakan.
  49. Another chapter. Another people. Another view. Another eyes. Another world. Another way of life. Will lead you to another you. Allah has promised the believers all these things.
  50. Kunci ketenangan hati: Balik pada Tuhan. Solat lah sekhusyuknya. Berdoalah setulusnya. Memintalah sedalamnya. Kau akan rasa hati tak sama lagi. Tuhan akan turunkan ketenangan yang tak berbelah bahagi. Apa lagi yang kita inginkan selain ketenangan? :)
  51. Takdir Allah is something yang unexpected. Miracle things may come soon. Kita mungkin kehilangan sesuatu untuk memperoleh sesuatu yang lebih baik, dan kita mungkin belajar sesuatu perkara dengan cara yang keras dan sukar.

Allah turunkan ujian

 

Tidak pernah Allah Zalim. Kita Yang Gagal Melihat Kasih SayangNya

Jatuh itu perlu untuk sedarkan kita, yang selama ini terlalu selesa terbang tinggi.

…supaya kita tahu erti bersyukur.

Letakkan sepenuh kepercayaan kepadaNya dan bertenang.

Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah Mengetahui segala isi hati.”

— Al-Maidah:7

Seorang mukmin yang kuat tidak mudah dipatahkan dengan ujian serta dugaan permainan hati dan perasaan. Dia percaya semua yang berlaku ada pengajaran yang Allah ingin tunjukkan.

allah pisah seseorang bukan sebab Allah itu zalim

Walaupun hati kita tidak pulih sepenuhnya, hidup kita tetap akan terus bergerak.

Ia seperti kaki yang patah teruk akibat kemalangan, ia tidak akan kembali sembuh pulih seperti sediakala. Ia akan tetap terasa sakit semasa kita berlari, tetapi kita tetap terus berlari walaupun kita sedikit tempang.

Tidak mengapa, memang untuk  belajar menerima kehidupan baru itu kena banyak sabar. Let it flaw. Let it be.

Keep learning, adapting, and growing. Semoga hati kita semakin kuat. Semoga hikmah yang Allah tunjuk akan membuatkan kita tersenyum nanti.

Kami jelaskan yang demikian itu supaya kamu jangan berduka cita kepada apa yang telah hilang daripada kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira kepada apa yang diberikan kepada kamu. Allah tidak suka orang yang sombong dan membangga diri.”

— Surah Al-Hadid, ayat 23

Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu dan di atas ketaatan kepada-Mu.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

276 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
akmal hakim
akmal hakim
2 hari yang lalu

aku kena khianattt
…malang tanpa henti….sial pon non stop….ak dh sbar tapi rasa xmampu dh…aku dh jadi manusia yg suka makiii hamun benda yg aku xtahu sape ak hamun bile ade poblem sikit…dulu aku xmcm niii…ape sial dh jadi dlm hidup aku ni aku pon konfius

Duniabilakiamatcepatsikit
Duniabilakiamatcepatsikit
11 hari yang lalu

Benci tuhan. Nk buat ibadat pun malas.sakit hati jer miskin dari kecik. Nk buat ibadat kn iklas. Tapi meluat sbb xprnh kaya hdup ni. Tuhan uji setakat kemampuan tapi hati meluat rasa xadil tgk org lain kawan2 dekat yg hdup bhgia kluarga elok hdup lancar bkahwin ada anak hdup happy. Aku hdup mcm xnormal kluarga hancur hdup miskin sakit dan sbginya . Benci dunia ni. Dr awal xtgk dunia ni lg baik. Tuhan pun mainkan hidup ni. Dlm mimpi pegi tmpt best mimpi kawin dgn org yg taste kita. Indah hnya dlm mimpi..

Miskin
Miskin
1 bulan yang lalu

Ada orang tuhan beri benda yang baik dan indah sahaja dalam hidup.

raf
raf
3 bulan yang lalu

sejak akhir2 ni aku sering ditimpa malang…bermula dgn duit aku hilang disusuli dgn tayar pecah…mula2 mmng aku marah…tp aku redha…aku berfikir aku ni jarang sedekah..mgkin duit Dan segala rugi tu aku fikir mungkin itu adalah Hak orang lain..jd aku pasrah jela..tp Hari ni aku sngat2 x blh terima..ada sesuatu terjadi peristiwa malang yg membuatkan bapak aku kecewa dgn aku…bapa aku sampai bermasam muka dgn aku..aku Tak kisah aku x makan selama seminggu ..aku reda..tp aku sgt x blh terima bila malang tu sampai aku bermasam muka dgn bapa aku..aku terfikir adakah tuhan mau putuskan silaturrahim dgn bapa aku..aku Cuba minta bantuan dari kawan2 ku tp tuhan lgsung Tak menghadirkan bantuan kepadaku..aku x kisah jika ditimpa masalah tp sekurang kurangnya bglah jalan penyelesaian..bukannya biarkan aku terkontang kanting mcm ni..ini seolah olah tuhan sengaja biarkan aku keseorangan.. aku baru berniat nk tolong ringankan beban org tua aku..ni dahla aku x dpt nk tolong org tuaku..malah kau buat aku jd punca kesusahan kpd org tuaku…kawan2 ku pula langsung Tak dapat membantu aku..jujur Hari ni aku sangat kecewa dgn tuhan..aku rasa seolah olah Tak berguna utk aku menjadi baik..aku ditimpa malang berterusan tp malang pada Hari ni aku sangat2 x blh terima..mungkin bg kau tuhan kau suka tgk org dlm kesusahan tanpa ada jalan penyelesaian..Kau suka ketawa terbahak bahak..buat pertama kalinya tahap kecewa aku sampai aku menulis perenggan ini..jujur tuhan aku sangat2 kecewa dgn kau..kau bg kesusahan lpstu bila aku Cuba minta tolong kau malah biarkan aku terkontang kanting

Last edited 3 bulan yang lalu by raf
Duniabodoh
Duniabodoh
3 bulan yang lalu

Ada orang anak ramai lepas tu update status fb kata rezeki anak2 jangan takut anak ramai tuhan dah tentukan rezeki anak masing2 sambil tayang bawak anak ramai naik alpard pegi hatyai. Macam nak maki jer aku sebab anak dia semua sihat. Ada orang ada anak sorang dah la anak pun kena selalu bawak pegi hospital sebab sakit jantung berlubang penat asma nak kaya macamana asyik ke hospital kerja pun tak boleh asyik nk kn cuti anak tu tak sihat.macam bangang jer tengok status barua yang anak ramai sihat dan kaya tu. Syok cakap rezeki tuhan bg. Seronok hidup.macam tu jugak la ustaz2 yg pi bg ceramah ada duit banyak rumah besar kereta besar tu sembang boleh lah cakap orang lain jgn kejar dunia. Lawak betul.

Duniabodoh
Duniabodoh
5 bulan yang lalu

Punca segala masalah di dunia ni sebab tuhan tidak adil. Ada manusia di beri semua yang baik baik elok sahaja hidup dengan kelebihan yang diberi. Yang kaya pun sbb sihat boleh cari duit lepas tu kata orang lain miskin sbb malas. Manusia yg tak dapat apa ni hidup tertekan macam orang lapar tengok orang yang banyak makanan. Ada org dh kaya boleh dapatt lagi cabutan 1 juta bsn. Macam celaka dunia bodoh bangang ni. tuhan boleh cipta kuman dan segalanya tapi keadilan ni haram tak boleh buat pun sbb dia nak isi neraka dgn org miskin yg tak mau beriman.

Hamba Allah
Hamba Allah
7 bulan yang lalu

Saya terlalu tertekan,nama saya bermula Muhammad dan nama bapa bermula abdullah.makna nama saya pula adalah pedang tuhan.saya benci nama saya sendiri.berat untuk bawa.dugaan dtg bertimpa timpa seperti nabi,tetapi saya bukan nabi.ke syurga pon belom tentu lagi.kenapa begini ye,dugaan semuanya berat2 belaka.selagi saya sabar selagi itu dugaan makin berat datang.saya diam saya kena,saya melawan saya kena.tidur tidak boleh,kerja bermasalah.apa lagi Allah mahu dari saya.saya berikan semua pada Allah termasuk nyawa saya,saya tidak kuat.saya dari kecil bertimpa timpa dugaan.saya harap saya cepat besar ,tapi apabila hampir setengah abad langsung tiada perubahan.saya penat.kalau saya diberikan pilihan saya nak sangat Allah ambil nyawa saya dari dalam kandungan ibu saya.supaya saya tidak lalui kehidupan perit seperti ini,saya tidak suka membezakan nasib orang.namun Allah jentik hati saya untuk melihat.nasib mereka begitu baik sekali nak dibanding dengan saya.sampai bila ya Allah SWT nak bagi dugaan dan masalah ini pada saya.saya penat ya Allah.sampai bila saya harus bersabar ya Allah.

Hamba Allah
Hamba Allah
7 bulan yang lalu

Bagi saya dah sudah penat dengan nasib malang dan juga bermacam macam masalah Allah bagi terasa penat yang amat sangat,sy solat namun dugaan masih juga saya terima.sampaikan tidur pon tidak boleh,ya..nikmat tidur juga tiada.bermacam macam cara saya buat supaya tidur.namun Allah berkata tidak.penuh dugaan hidup dari kecil,penceraian ibu bapa saya menjadi mangsa.disumpah ibu.hidup tak selamat dan tak senang.Allah makbulkan walaupon sy tiada dosa semasa kecil dulu.bila berganjak dewasa saya cuba cari ketenangan,namun tiada juga.sekarang umur saya dekat 40an.masih juga banyak dugaan saya terima.kalau bunuh diri dosa lagi besar,dan neraka tempat nya.apa lagi Allah SWT nak dari saya?

SurayaSidek
SurayaSidek
9 bulan yang lalu

MasyaAllah Tabarakallah, nasihat yg sgt berkesan. Alhamdullilah semuanya dgn izin Allah juga saya dpt baca nasihat yg bermanfaat & terkesan pada diri.
Jazakumullahu Khairan

Dunia bodo
Dunia bodo
10 bulan yang lalu

Tuhan kejam aku x minta pun di lahirkan..knp tuhan cipta org kafir yahudi lepas tu suruh berperang dgn mereka padahal org kafir pun ciptaan tuhan.knp tuhan cipta dunia bodoh ni aku hrp mati nanti roh aku lesap sbb aku x hingin masuk syurga dan neraka.hidup aku terlalu seksa sbb kekejaman tuhan sudah lah cacat nak berak pun pakai Pampers kencing pakai kateter hari2 derita Allah kejam sgt2 kat aku.. knp tuhan cipta dunia bodo ni..

Last edited 10 bulan yang lalu by Dunia bodo