Allah Janjikan Rahmat Dalam Ujian

Ujian
Ujian

Tidak ada keberanian yang sempurna tanpa kesabaran. Sebab kesabaran adalah nafas yang menentukan lama atau tidakan sesebuah keberanian bertahan dalam diri seseorang itu.

Jika ada di antara kamu dua puluh orang penyabar, nescaya mereka akan mengalahkan dua ratus orang. Dan jika ada di antara kamu seratus orang (penyabar), nescaya mereka akan mengalahkan seribu orang kafir.” (QS. 8: 65).

UJIAN

Ada banyak orang berani yang tidak mengakhiri hidup sebagai seorang yang pemberani. Kerana mereka gagal menahan beban yang mendatang.

Kesabaran adalah daya tahan psikologi yang menentukan sejauh apa kita mampu membawa beban, dan sekuat apa kita mampu survive dalam menghadapi tekanan hidup.

Mereka yang memiliki sifat ini pastilah berbakat menjadi pemimpin besar. “Dan Kami jadikan di antara mereka sebagai pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami ketika mereka bersabar dan mereka selalu yakin dengan ayat-ayat Kami.” (QS. 32 : 24).

Tetapi kesabaran itu pahit. Semua kita tahu begitulah rasanya kesabaran itu.

Dan begitulah suatu masa Rasulullah saw mengatakan kepada seorang wanita yang sedang menangisi kematian anaknya: “Sesungguhnya kesabaran itu hanya pada ujian pertama.” (Bukhari dan Muslim).

Jadi, yang pahit dari kesabaran itu hanya permulaannya. Kesabaran pada ujian pertama menciptakan kekebalan pada ujian selanjutnya.

“Mereka memanahku bertubi-tubi, sampai-sampai panah itu hanya menembus panah,” kata penyair Arab terhebat sepanjang sejarah, Al-Mutanabbi.

Mereka yang memiliki naluri keberanian, harus mengambil saham terbesar dari kesabaran. Mereka harus sabar dalam segala hal: dalam ketaatan, meninggalkan maksiat atau menghadapi cubaan.

Dan dengan kesabaran tertinggi, sehingga akhirnya kesabaran itu sendiri yang gagal mengejar kesabarannya,” kata Ibnul Qayyim.

 Allah tak pernah janjikan langit selalu biru, jalan hidup tanpa batu, matahari tanpa hujan, kebahagiaan tanpa kesedihan, sukses tanpa perjuangan.

Tapi Allah janjikan kemudahan bersama kesulitan, rahmat dalam ujian, ganjaran buat kesabaran, keteguhan dalam perjuangan.. Bukankah indahnya pelangi baru kita rasakan setelah turunnya hujan?

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

6 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
siti rubaya
siti rubaya
8 tahun yang lalu

Allah sedang mengjar saya tentang kasihNya. Lalu Dia beri ujian dengan mengambil suami saya buat selamanya. Baru 24 hari berlalu….Allah,berikanlah saya kekuatan itu… jenguklah saya di http://www.theispirerubaya.blogspot.my . Saya memerlukan semangat dan inspirasi dari kalian semua….

Muhamad Azlan
Muhamad Azlan
11 tahun yang lalu

ya Allah ya tuhanku berilah kami-kami ini kesabaran dan ketabahan hati, dalam mengahdapi segala ujian …sesungguhnya Kau lebih mengerti apa yg terjadi di dalam hati- hati kami ..

Nur Dhuha
Nur Dhuha
11 tahun yang lalu

ALLAH tidak pernah menjanjikan langit itu selalu biru, Bunga yang selalu mekar dan Mentari yang sentiasa bersinar TAPI ketahuilah bahawa ALLAH selalu memberi pelangi di setiap badai, Senyum dalam setiap airmata, Berkat di setiap cubaan dan Jawapan di setiap doa.. :)

nana
nana
12 tahun yang lalu

Ya Rabb tabahkan lah hatiku untuk menempuh semua dugaan darimu.Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.Amin

addin
addin
12 tahun yang lalu

smoga kita tabah dan sabar menghadapi ujian dariNya..