Perkongsian Tentang ISLAM. Hidup dan Matiku hanyalah kerana Allah

Aku Masih Dara

Gadis A : “Aku masih ada dara, tak pernah bercium, pegangan tangan, bercumbuan, atau jalan-jalan berduaan dengan bukan muhrimku, dan dengan mana-mana lelaki…”

Gadis B : menjeling….. “Wei, aku percayalah…”

Gadis A : “Ya, AKU MASIH DARA!” Aku masih dara, suci 100 peratus, tidak kurang sedikit pun, aku tidak pernah “couple” seperti orang lain. Sebab aku melihat lelaki itu dari sudut bagaimana cara dia berpikir dikepalanya, bukan “cara tangan dan cara matanya” melihat aku..

Gadis B : “Bodoh la kau ni..”

Gadis A : Biar, aku lebih suka dipanggil “Bodoh” sebab bodoh itu melindungiku dari melakukan perkara-perkara “bijak” tapi sebenarnya aku sendiri TIDAK TAHU .

Gadis B : “Please lah, sekarang bukan zaman orang simpan dara lah….”

Gadis A : Ya, benar, sekarang memang bukan zamannya menyembunyikan perkara “tabu” kalau bercakap soal dara, zaman sekarang memang sudah terbuka, orang boleh bercakap dari sudut mana-mana pun, dengan pelbagai pandangan tentang “dara” ni. Silakan. Tapi sorry, tidak bagi aku ok..

Gadis B : “Oo patut la kau belum ade boyfriend…”

Gadis A : “Couple…? Aku hanya mencari suami yang boleh dijadikan kekasih, bukan kekasih yang belum tentu jadi suami

Gadis B : ” Ee.. Kau tak jeles ke tengok kami ada pasangan masing-masing? Rasa bahagia tau..”

Gadis A : “Aku lebih risaukan Allah cemburu terhadapku. Aku rasa lebih bahagia jika Allah mengasihi aku..”

Gadis B : “Kolot, Kuno, tak pandai  bergaul, Ketinggalan zaman zaman…”

Gadis A : “Takpe, aku tak kisah. Yang kata aku kolot, kuno, tak pandai  bergaul, ketinggalan zaman. Itu kan hanya dimata manusia. Dimata Allah, tidak…!”

Gadis B : “Tak payah jadi Hipokrit la..!!!”

Gadis A : “Hipokrit  itu adalah orang yang tak konsisten.. Cakap lain tapi belakang buat lain. Tapi bab menjaga keperawanan itu kewajipan!”

Gadis B : Pura-pura suci la kau nih !”

Gadis A : “Bukankah “Kesucian” seorang wanita memang harus dijaga?  Kamu perempuan adalah memang anak ayah dan ibumu, tetapi sebenarnya kamu itu juga adalah kiriman kepada suamimu daripada mereka. Jadi harus dijaga semuanya, jangan ada yang hilang. Dijaga elok – elok  sampai nanti suami mu membawamu pergi dari mereka dengan satu ikatan yang suci dan diredhai . Adakah kamu mahu nanti dituduh oleh  ayah dan ibumu tidak amanah menjaga kirimannya?”

Gadis B : grr… =.=”

 

Kesimpulan:
“Hidup ini pilihan dan setiap pilihan ada akibatnya, ada tanggung jawab baik dimata manusia mahupun dimata Tuhan. Kita boleh lakukan apa saja kerana itu fitrah kita sebagai manusia ingin bebas. Tetapi sebagai perempuan, alangkah indahnya kalau kita dapat menjaga KEPERAWANAN kita secara utuh, sehingga dipersatukan Allah dalam ikatan suci perkahwinan.  

Tunjang utama kebahagiaan kita bersama pasangan kita adalah kejujuran, bukan dengan “kebohongan”.

 

Enter Your Mail Address

16 Responses to “Aku Masih Dara”

  1. Hanna Lily January 13, 2012 at 10:23 PM #

    Jangan dipedulikan kata2 dan pandangan manusia. Apa yang penting pandangan Allah dan keredhaan Allah. xde faedah seronok didunia merana di akhirat :) )

       0 likes

  2. far December 25, 2011 at 7:05 PM #

    sy sgt suka entri ni :)
    dulu sy mmg xsuka couple semua ni. sbb sy rasa bazir masa, duit. dan sy agak pndg rendah pada mereka yg couple mcm dh suami isteri pdhl budak2 lagi pon. xleh bygkan klu diorang jd suami. bila sy tau couple tu haram, sy gembira sgt2. betapa Allah nk jaga diri sy, dy jauhkan sy dr perkara2 mcm couple ni. dy mmg jaga hati sy jauh dr cinta manusia. sy hanya ingin mencari cinta dr seorang lelaki yg halal. dan skrg sy sedar cinta Allah lebih agung dari cinta manusia :)

       0 likes

    • AkuIslam December 27, 2011 at 2:40 AM #

      :)

         0 likes

  3. Waheeda December 13, 2011 at 4:48 AM #

    Sudah kurang yg seperti si A.

       0 likes

  4. D'ya Marshmello December 6, 2011 at 7:06 PM #

    entri yang sgt bermanfaat.mohon share ye ;)

       0 likes

  5. shaz December 6, 2011 at 3:40 AM #

    suka dengan kata2 ni… :)
    Aku hanya mencari suami yang boleh dijadikan kekasih, bukan kekasih yang belum tentu jadi suami…

       0 likes

  6. shikin November 27, 2011 at 10:05 AM #

    semoga akan dapat berjumpa dengan orang yang Allah telah ciptakan untuk kita..supaya akan damailah hati-hati yang meronta ini..semoga dipermudahkan segalanya

       0 likes

    • AkuIslam November 28, 2011 at 2:42 AM #

      Insyaallah..

         0 likes

  7. abu basyer November 27, 2011 at 12:14 AM #

    Alhamdulillah.. tapi saya lelaki, xde dara…kih3

       0 likes

  8. Sya Fiqah November 26, 2011 at 5:16 PM #

    saya pon gadis A . Alhamdulillah <3 :*

       0 likes

  9. Raja Qamarina November 26, 2011 at 11:55 AM #

    Saya pun suka Gadis A. Alhamdulilah, saya tidak penah couple lagi :) )

       0 likes

  10. Nur November 26, 2011 at 11:18 AM #

    Saya suka Gadis A ! Saya suka! ;D

       0 likes

  11. ain iman November 26, 2011 at 8:28 AM #

    “Aku hanya mencari suami yang boleh dijadikan kekasih”
    like it!!..

       0 likes

  12. aisyah alya November 26, 2011 at 8:23 AM #

    mantaP!!
    two thumbs uP… :)
    keep it uP…

       0 likes

    • AkuIslam November 26, 2011 at 7:27 PM #

      jazakallah khair!

         0 likes

  13. ag hadi safwan bin ag abdullah November 26, 2011 at 7:14 AM #

    Alhamdulillah Allah swt Maha Menjaga.. syukur alhamdulillah. :)

       0 likes

Leave a Reply:

Gravatar Image

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline