Benarkah Kasih Sayang Yang Kuat dan kukuh Mampu Membuat Seseorang Akan Berubah Selepas Berkahwin?

akan berubah kerana cinta
Sejauh manakah anda yajin dia akan berubah selepas berkahwin? Sila fikir sekali lagi..

Before you say yes, get him angry.

See him scared. See him wanting, see him sick. Stress change a person. Discover his addictions. See if he puts you in front of them.

You can’t change people, baby girl.

If the are made one way, it doesn’t just wear off. If you hate how he acts when he’s out of it now, you’re going to hate it much worse eight years down the road.

You might love him to bits but it doesn’t change that some people just don’t fit.”

 

Cinta, kasih sayang yang kuat dan kukuh mampu mengubah si dia untuk jadi seseorang yang lebih baik.

Sejauh mana kebenarannya?

Aku sayangkan dia. Aku cintakan dia. Dah lama kami bersama. Aku kena bersabar dengan semua sikap dia. Satu hari nanti mungkin dia akan berubah.

Mungkin?

Bermakna perkara itu belum pasti.

Belum pasti dia akan berubah menjadi lebih baik.

Mungkin  akan berubah dan mungkin juga tidak akan berubah langsung. Masih sama seperti sedia kala.

Kita Sering Kali Tersilap Perhitungan

Sejak dari dulu lagi kita terlalu percaya cinta dan kasih sayang pada si dia akan mampu merubah segalanya. Hebat sangatkah cinta dan kasih sayang kita itu?

Lupakah kita juga hanya seorang hamba?

Hati terlalu lembut terutamanya perempuan.

Dilukakan berkali-kali tapi masih bertahan. Setiap saat dan ketika setiasa ada pengharapan agar sikap dan perangai si dia akan berubah.

 

Duduk sebentar. Ambil masa

Tenangkan fikiran dan berfikir secara waras. Guna akal dan minda. Jangan libatkan hati dan perasaan.

Letak sebentar ke tepi semua perasaan sayang dan cinta buat si dia.

Pejamkan mata dan mula berfikir.

Fikirkan untuk diri sendiri buat kali ini sebab tanpa sedar kita dah lama abaikan perasaan diri sendiri.

Selama ini, saat dia bersama kita, dia hanya memandang remeh soal solat.

Ada yang solat sekali sehari, ada yang hanya solat di hari Jumaat dan ada juga yang langsung tidak menunaikan solat.

Kita tahu perkara itu. Bukannya satu rahsia.

Kita atas dasar perasaan sayang dan cinta, atas dasar inginkan dia menjadi imam kepada kita satu hari nanti tanpa henti memberikan nasihat agar dia berubah.

Namun segalanya masih kekal sama.

Terdetik di hati untuk terus bersabar. Terlalu yakin dia akan berubah satu masa nanti.

Ya, manusia boleh berubah. Tak dinafikan.

  • Tapi kebarangkaliannya hanya berapa?
  • Kamu yakin dia akan berubah selepas berkahwin dengan kamu?
  • Kamu yakin kasih sayang dan cinta kamu benar-benar mampu merubah dia?

Jika ibu bapanya sendiri tak mampu untuk mengubah dia, tinggi benarkah martabat dan kedudukan kita dalam hatinya hingga kita rasa dia akan berubah demi kita?

Andai benar dia sayangkan kita dengan ikhlas, sudah sekian lama dia akan cuba untuk mengubah diri dia sendiri untuk jadi lebih baik.

Bagaimana nak jadi pemimpin keluarga andai diri sendiri masih terkontang-kanting tiada pegangan hidup?

Bercinta cukup handal. Mulut manis berbicara. Ayat semanis gula.

Tapi bila diminta membaca kalam Allah, tergagap-gapap hilang bicara. Disuruh azan, berpeluh satu badan gementar kerana tidak mampu.

Untuk menjadi imam solat memang jauh sekali. Ilmu agama cetek. Kosong.

Tanya diri, benarkan  ini yang kita mahukan sebagai seorang suami, seorang ketua keluarga yang mengabaikan kewajipan dia pada Allah?

Bayangkah adakah kita mahu menaiki kapal yang mana pengemudinya langsung tidak tahu apa-apa?

Selamatkah kita di sepanjang perjalanan itu?

Nak bahagia, cari orang yang solat.

Kalau dia tak boleh jaga solat, jangan harap dia boleh jaga cinta awak.

Cari orang yang jaga solat. Kalau dia tak boleh jaga solat, jangan harap dia boleh jaga janji dan tanggungjawab dia.

Unknown

 

Duduk dan fikirkan lagi. Demi diri sendiri

Dia panas baran.

Bila dia marah, bila dia tercabar, seringkali dia menjerit. Meninggikan suara.

Tanpa segan silu menghamburkan kata-kata kesat. Tanpa sedikit pun rasa bersalah terdetik di hati.

Dan yang lebih teruk lagi apabila dia seorang yang jenis naik tangan.

Belum ada apa-apa ikatan tapi sudah berani menyakitkan tubuh badan kita.

Ditampar, diterajang ibarat kita tiada perasaan. Ibarat objek untuk dia melepaskan amarah.

Memang benar, dia katakan kita adalah kesayangannya. Cinta hati.

Tapi setiap kali dia tidak mampu mengawal perasaannya, kita adalah tempat dia hamburkan dan lepaskan segala perasaan itu.

Kita menangis. Terluka. Sakit hati. Sedih.

Tapi sebaik sahaja dia memohon maaf, memujuk rayu dengan janji manis, tanpa berfikir panjang kita maafkan dia. Hanya atas dasar sayang dan cinta di hati.

Tapi segalanya terus berulang.

Tanya hati benarkah dia yang kita mahukan untuk menjadi pelindung kepada kita?

Jangan tertipu dengan permainan syaitan. Jangan terpedaya dengan cinta dan kasih sayang kita pada dia.

Jika masih belum ada apa-apa ikatan yang sah dia sudah begitu berani untuk menyakitkan kita, dapat bayangkan apa akan berlaku selepas kta sah menjadi isteri?

Sanggupkah kita berhadapan dengan amarah dan sumpah seranahnya setiap hari? Sanggupkah kita menjadi objek untuk disepak terajang sepanjang hayat?

Saat bercinta, segalanya sanggup. Semuanya diiyakan. Dipukul, dimarah, dimaki, dihina segalanya sanggup ditelan mentah-mentah hanya kerana cinta dan sayang.

Tapi sampai bila? Belum tentu dia akan berubah. Jadi, kenapa begitu berani pertaruhkan kebahagiaan diri sendiri?

 Jika ingin mencari teman, ujilah dia dengan membuatnya marah. Jika dia tidak sabar dengan sikapmu itu maka, jauhilah dia.

Kata luqman Al-Hakim kepada anaknya.

 

Buatlah Pilihan Yang Terbaik Sebelum Terlambat

Selagi masih ada masa yang tersisa.

Jangan pertaruhkan hidup dan kebahagiaan hanya kerana kasih sayang dan cinta pada seseorang yang belum pasti.

Jangan hambakan diri pada cinta.

Life go on.

Whether you choose to move on and take a chance in the unknown.

Or stay behind, locked in the past, thinking of what could’ve been.

 

Macam Mana Kita Nak Tahu Dia Jodoh Yang Baik?

“ Litaskunu ilaiha.“

Bila kita lihat dirinya, kita rasa tenang (:


Artikel ini adalah perkongsian yang dihantar ke Inbox kami oleh  penulis yang ingin dikenali sebagai CikDaa. Boleh lawati blognya disini. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Ya, membuat pertimbangan dalam memilih pasangan hidup sememangnya sukar. Tidak semua orang sempurna.

Namun kadang-kala ketidaksempurnaan itulah yang sentiasa membuatkan kita sengsara pada suatu hari nanti, jika kita tersalah pilih.

Adakah anda mempunyai pengalaman mengenai perkara ini?

Atau ingin memberi ulasan?

Catatkan apa yang bermain di fikiran anda pada ruangan komen dibawah..

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

13 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Manusia yg juga punya hati dan perasaan
Manusia yg juga punya hati dan perasaan
3 tahun yang lalu

Allah jadikan hamba-hambanya berbeza-beza. Jangan samakan semua orang.. Kenalkah kita dengan pasangan kita sepenuhnya? Kenalkah kita dugaan yang dilaluinya semasa membesar? Tahukah kita perkara yang dia trauma? Tahukah kita didasar hatinya ada apa? Tahukah kita kenapa dia begitu? Cukupkah kasih sayang yg diberi atau hany membebel itu dan ini, menegur secara kasar? Sempurnakah kita untuk menilai seseorang? Tepuk dada tanya selera. Jangan menyesal kemudian hari kerana terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata merana diri.

Semua mampu berubah jika kena caranya. Apakah erti sebuah hubungan jika tiada pahit dan manis. Semua orang diuji dengan ujian yang mampu ditangani. Jangan mudah ikutkan hati yg berbisik. Allah tak pernah menguji manusia dengan ujian yang tak mampu dia hadapi. Dia Maha Penyayang. Janganlah pula kita memutuskan hubungan sedangkan kita semua tau yang bercerai itu perkara yang tak disukai-Nya. Kerana itu talak diletakkan pada lelaki, kerana bila seseorang lelaki itu menjawab akad, dia telah berjanji sesuatu. Jika lelaki itu dengan senang melafazkan talak, tanpa mengelak berkali², tanpa menunggu ke saat terakhir semata² ingin mengekalkan majsid yg dibina, bukalah mata hati anda untuk melihatnya. Kerana walau berkali² terluka dengan kata² anda, perangai anda, dia tetap bertahan sehingga terpaksa melafazkan juga dimahkamah setelah diputuskan tiada apa² yg mampu diubah.. Kerana kedegilan dan ego manusia yg lalai dengan dunia. Fikirlah..

Miszlovely
Miszlovely
4 tahun yang lalu

kalo dia sudah menjadi pasangan kita, apa perlu atau tindakan yg perlu kita buat supaya pasangan kita benar2 ingin berubah?

Merahjambu
Merahjambu
7 tahun yang lalu

Saya menyukai seseorg yg bukan Islam. Saya ingin dia menjadi yg halal untuk saya tapi apakan daya. Semoga saya berjaya melupakan dia.

REBORN
REBORN
8 tahun yang lalu

hmmm hidup ni pelbagai dugaan kan

lily
lily
8 tahun yang lalu

saya tak tau , kadang2 boleh ubah die , kadang2 tak boleh , die nasihatkan saya jgn melawan mak saya , die pandai mengaji solat tapi kadang2 je amalkan , bila ditanya , die jawab , biar die sendiri yang nak solat bukan sebab disuruh , die tak pernah lawan mak die , bile saya nasihatkan ape yang die buat , mcm die minum arak dah hisap ganja , die cakap die akan berubah , saya tak tahu ,saya rasa kesunyian kalau die take , semuanya bercampur aduk…

wewe
wewe
Reply to  lily
8 tahun yang lalu

Situasi kita same :(

puteriyana
puteriyana
8 tahun yang lalu

Artikal ne mbuatkn aqu tkenang sseorang yg prnh btahtah d hati.brjnji setia tuk sehidup semati.xdinafikn pgorbanan slama 3thun tue 1 bukti cinta dn kasih sayang kmi sgt kuat.bsama2 mgharungi segala dugaan badai yg melanda jiwa dn perasaan.ingin hdup bahagia smpai ke jannah.Allah sebaik2 perancang.hubungan kmi brakhir dgn kta maaf n tagisannya.i2 lh panggiln trakhir qu trima mlm tue.meskipn hti sukr nk trima..dtambah dgn smua rase yg mguasai emosi n fikirn..brpisah jua akhirnya.aqu akur Ya Allah ats segala kehendak MU.sesungguhnya stp pe yg brlaku pasti de HIKMAHNYA…

miss D
miss D
8 tahun yang lalu

Perkongsian yang sgt baik..sgt sama dgn apa yg sy sdg lalui skrg..bks kekasih sy sorg yg sgt suka memaki dan mencarut..zahirnya sgt kasar..bkeje sbgai pegawai atasan mbuatkan dia lg susah utk mninggalkan tabiat buruk itu..dan juga sgt ego setiap kali bgaduh cuma sy sja yg mengalah walaupun sudah terang2an dia yg mulakan dlu..lepas baca artikel ni buat sy btul2 tfikir setiap yg ditulis..mmg sukar utk kita mngubah seseorg..terima kasih ats pkongsian ini..smoga sy kuat utk move on..

NadyaNur
NadyaNur
8 tahun yang lalu

Artikel yg baik.

Apa yg di tulis, semuanya ada pada lelaki yg ada dlm hidup sya. Baru menjadi suami sya. Betul, martabat kita tinggi mana nk buat orang berubah tapi alhamdulillah sya org yg berjaya membuat perubahan itu. Lbh syukur bila dia sendiri ada rasa nk berubah dan secara terang dia bgtau dia x di didik dgn agama secara mendalam sejak kecil. Sya mulakan dgn ajar dia hafal doa naik kenderaan. Mcm kelakar bunyinya tapi itu hakikatnya. Baru la disusuli dgn ayat2 lazim, 3 Qul semua tu. Yg penting, sabar, ikhlas dan dia sendiri ada rasa nk berubah.

NK
NK
8 tahun yang lalu

Perkenalan walaupun sebentar benar2 membuat hati sy berkata “he is the one”. Kata2nya, caranya, caringnya dia dan segalanya tentang dia.

Tetapi bila berlaku konflik atau issue antara kami, sy yg mengalah memujuk dan meminta maaf… mmg sy amat menyayangi dia.

Terakhir, hubungan kami putus hanya kerana konflik sy menegur dia tidak jatuh maruah dan ego seorang lelaki hanya dengan mengucapkan terima kasih atas sesuatu yg wanita kesayangannya lakukan utknya.. juga tidak hilang maruah seorang lelaki jika berkata sorry.. itu adalah cara kita menghargai juga menyayangi dan menghormati sesuatu hubungan..

Hubungan kami putus dengan nilai perkataan “terima kasih” dan “sorry”..

Sangat sedih, tetapi DIA MUNGKIN TIDAK AKAN BERUBAH, DAN SY BERHARAP SY DAPAT LEBIH MENYAYANGI DIRI SY SENDIRI..

Sorry seems to be the hardest word..

apapun, love not always mean to be together, sy harus redha.. i love u b, till now.

Human
Human
8 tahun yang lalu

Artikel yg baik, kipidap