6 Cara Membantu Melegakan Seseorang Yang Menghadapi Masalah

masalah
Menghadapi masalah kehidupan

Masalah memang boleh menyebabkan kita semua berubah.

Daripada berubah riak muka, berubah mood sehinggalah menyebabkan kita boleh berubah karekter.

Lebih teruk lagi jika menyebabkan kita terus murung, diam membisu tanpa ingin berhubung dengan mana – mana orang.

Hanya memendam masalah seorang diri.

Setiap orang pernah berasa sedih, tertekan atau gelisah.

Oleh hal itu, seseorang itu akan berasa lega jika terdapat orang yang sudi mendengar masalahnya.

Memang sesetengah orang dapat menghadapi & menyelesaikan masalah mereka dengan sendiri, namun tidak semua orang dapat berbuat begitu.

Sesetengah orang kurang berkemampuan untuk menguruskan emosi dan perasaan mereka sendiri.

Ini adalah normal kerana manusia diciptakan bukanlah sebagai makhluk Allah yang kuat.

Adakalanya kita akan merasa “Down”

Mungkin kita ni beri kelebihan oleh Allah untuk lebih kuat daripada orang lain.

Mungkin dengan ini, kita pula boleh membantu orang lain untuk menyelesaikan masalah.

Jika kita sedang menghadapi seseorang / teman atau ahli keluarga yang mempunyai masalah dan berniat ingin membantu melegakan beliau, tetapi tidak tahu apa yang harus dilakukan, disini Blog Aku Islam ingin berkongsi serba – sedikit langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk melegakan seseorang yang sedang stress dengan masalah.

1. Memberi Perhatian

Jika kita dapat memberikan perhatian yang baik, orang atau sahabat yang sedang mempunyai masalah itu akan berasa selamat.

Condongkan tubuh kita ke depan supaya kita kelihatan berminat untuk mendengar apa jua yang diperkatakan.

Dari semasa kita boleh mengubah kedudukan tubuh kita untuk mendapatkan keadaan yang tenang.


2. Tunjukkan expressi muka yang berseri, menunjukkan kita sedia menerima dia

Lakukan tentangan mata kerana ia akan menunjukkan kita berminat dengan apa yang diperkatakan olehnya.

Tetapi if kita dapati dia tidak selesa atau malu, segera alihkan pandangan mata kita. Jangan menyebabkan dia tidak selesa ya!


3. Soalan terbuka

Untuk menggalakkan dia bercakap dengan panjang lebar, gunakan soalan yang terbuka.

Cara ini membantu memberikan peluang kepada dia untuk bercakap dengan lebih banyak lagi. Contohnya, “Awak, cerita la apa yang jadi kat awak ni?”.

Rendahkan suara dan bercakaplah secara tenang.


4. Lakukan dorongan minimum untuk bercakap.

Contohnya gerak isyarat, anggukan kepala, perkataan tunggal atau ulangan perkataan.

Ia penting untuk menunjukkan kita berminat dan menggalakkan dia untuk terus bercakap. Contohnya: “Mmm’, “A-ha”,  “Ya’, “Jadi?”


5. Sentuhan fizikal seperti menggosok belakang atau mengurut bahu.

Kita juga boleh menggenggam tangan dia supaya berasa lebih tenang untuk meluahkan masalah yang dihadapi.

Sentuhan secara lembut mampu membuatkan seseorang berasa tenteram dan selamat.

Namun, harus diingat, sentuhan fizikal hanya boleh dilakukan oleh SESAMA JANTINA.

Juga elakkan menyentuh dibahagian-bahagian yang sensitif.

Point disini adalah kita ingin membuatkan dia berasa tenang.


6. Ajarkan doa ini:

الْلَّهُمَ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَ الْحَزَنِ , وَ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَ الْكَسَلِ , وَ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَ الْبُخْلِ , وَ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَ قَهْرِ الْرِّجَالِ

(Ya Allah! Aku berlindung dengan-Mu daripada perasaan keluh kesah dan berdukacita, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sikap lemah dan malas, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sifat takut dan bakhil, dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan kekerasan lelaki (penindasan orang)).

# Seperti biasa, mulakan doa dengan istighfar, fatihah, dan selawat terlebih dahulu

.

– Ini serba sedikit yang dapat saya kongsikan.

Mungkin anda ada penambahbaikan dan cara yang lebih baik untuk kita kongsikan bersama.

Mohon untuk meninggalkan pandangan / perkongsian anda dibahagian komen.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

32 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Syakillah
Syakillah
2 tahun yang lalu

Saya punya kwn skrng dia dh down sngt2 sbp keluarga dia sndri, sye dh kta sye nak dngr smua yang dia nak luah kn tpi tu lah kdng2 dia hilanh kwn sngt2 dn skrng nie pun mama dia sndri dh tk fhm ngan dia, sye kesian dkt dia sbp tu sye dtg cri solusi kat sni alhamdulillah sye dh jmpe dn sye try lagi, sye tk smpai hti nk biar shbt sye tnggung bebanan tu sndri sye tk nk dia fkir klau sye cuma ada di waktu dia senang je, tpi tulah smlm sye trlps ckp dkt dia sye trtenking dia tnpa sengaja, tpi itu bkn niat sye, sye sndri hilang kwalan tpi sye tkkn putus asa sye ttp brusaha untuk bantu cri solusi dlm mslh dia, sye jga smpt brfikir klau sye snggp tukar posisi ngan dia tpi sye thu itu tk mngkn trjdi, sye slalu brdoa pda allah agar sring brikan dia ketenangan, tiap malam sye doa tiap sujud sye sye slalu doakan semua demi kebaikan, sye tk ksah ape pun riskonye asalkan sye syg dkt dia, sbp cuma dia sye ada, 

Pendosa Yang Ingin Berubah
Pendosa Yang Ingin Berubah
2 tahun yang lalu

Assalammualaikum .. saya pernah rasa dalam tahun ni jugak .. saya down sampai tak makan . badan saya susut sangat . bnda ni effect tempat kerja saya .. satu kerja saya tk buat . saya rasa nak berhenti kerja . saya nak jual kereta saya disebabkan tekanan ni .. alhamdulillah berkat doa family dan orang sekeliling saya makin okay .. saya doakan sapa2 yang tengah hadapi tekanan , moga cepat2 beransur pulih dan bahagia seperti sediakala .. jangan pernah lupa ALLAH .. Dari dia kita mintak pertolongan . kita diuji sebab ALLAH SAYANG .. <3 

....
....
2 tahun yang lalu

assalamualaikum sy nk tanye sy punye rakan ini ada masaalah antara mulut dngan mulut sy ini mmg tidak pandai memujuk sahabat ..Jadi sy sudah puas pujuk dia tetapi dia langsung tidak memberi peluang untuk memujuk dia

anynomous
anynomous
3 tahun yang lalu

saya ada kawan yg dalam masalah. dia suka pendam sampai effect kerja n diri dia. saya selalu cakap dekat dia kalau ada masalah saya ada dengar masalah dia. tapi semenjak ni macam makin teruk. saya ada tanya kawan2 lain, tapi pendapat orang lain2. saya tau dia cuba nak ubah hidup dia tapi dia takde support dari segi moral. Mak dia terlalu mengongkong n mementingkn diri sampai dia terpaksa tanggung semua. saya rasa mmg tak patut saya tinggalkan dia even saya baru lagi kenal dia setahun. tapi sebelum ni dia banyak share dgn saya. Saya tak tau cara nak bagi semangat dia kembali. sampai dia cakap kekadang dia rasa tu bukan diri dia. dia tak boleh nak control diri dia mcam ada org lain yang control?

Naser
Naser
3 tahun yang lalu

Salam.saya nak bunuh diri.saya dah tak tahan hidup dalam keadaan tuhan tak pernah nak dengar doa saya.

Naser
Naser
Reply to  Muhamad Naim
3 tahun yang lalu

Sebab selama ini saya tidak pernah tinggalkan solat.memohon doa,tetapi satu pun doa saya tidak pernah didengari.hidup saya sempit.penuh dengan masaalah.macam2 yang jadi.saya tidak pernah mengharapkan sesiapa pun selain allah.apapun allah lah yg saya harapkan.tapi bila hanya tinggal harapan bila saya dalam kesusahan saya jadi begitu kesal.memang saya tidak akan kotorkan dahi saya lagi.saya dalam kesusahan.tp tak ada pun bantuan dari tuhan untuk saya.sehinggakan saya di hina di maki dicerca oleh keluarga saya.saya tidak pernah minta yg buruk2 u tuk kehidupan saya tapi itulah yg saya dapat.itulah yg selalu saya hadapi.saya hanya minta kepada tuhan kerana dialah tuhan saya tp bila macamni jadi kepada saya ,saya rasa tidak ada lagi harapan untuk saya .

Hamba allah
Hamba allah
Reply to  Naser
3 tahun yang lalu

Allah sabar cik. Boleh isgtifar ngucap bnyk2.. ingt allah ada . Dia menguji kita sampai tahap kita jem cri lah kawan2 yg boleh dgr perasaan kita

niey
niey
4 tahun yang lalu

orang depress ada byk tanda tanya dlm fikiran dia, so jgn push tp kita kene sabar ada dgn dia and jgn biarkan dia byk melalut bebukan (mean bukan nk perhatikan 24 jam, just tgk dia tgh lain tu try tegur or ajak jalan ke makan ke paling tak pon teman dia borak2 biasa pon takpe)…ckp dgn dia simple tp tak menusuk …i am still new berhadapan dgn best friend saya yg sedg depress..and kita sendiri kene support and bantu dia..and baru dia sikit2 bantu diri dia

Arep
Arep
4 tahun yang lalu

Mcm mane kalaw melalui media social… Sebagai contoh wasap….mungkin artikal ni more to face to face conversation… Kalaw pakai wasap mcm mane ye?… Saya selalu rasa saya fail dlm mendengar luahan hati tunang saya… Pls somebody teach me about this… Badly need this kind of skill….

hamba doif
hamba doif
4 tahun yang lalu

Sbesar mna skalipn dosa besar lgpn pngampunan…toleransi demi kbahagian prlu sbb islam itu mudah… Cri prsamaan bkan prbezaan…muhasabah diri lalu bertaubat…wallahualam

Erin
Erin
5 tahun yang lalu

Perlukan seseorang untuk berbual dan mendapatkan nasihat.mengalami sedikit depresi.

Afirah Jahya
Afirah Jahya
Reply to  Erin
4 tahun yang lalu

Assalamualaikum…..semoga Allah lindungi dan rahmati adik. Moga2 Allah mudahkan segala urusan. Amin.

umminajwabtmohadrahim
umminajwabtmohadrahim
5 tahun yang lalu

abg 1 buat masalah abg 2 buat masalah abg 3 lagi banyak masalah kakak 4 buat masalah mak ayah pun buat masalah jadi saya yg kene tanggung