Bagaimana untuk Fokus dan Menumpukan Perhatian dengan Lebih Baik?

bagaimana untuk fokus dan memberi lebih tumpuan

Bagaimana untuk fokus dan memberi tumpuan kepada perkara penting dalam kehidupan kita?

Pada seabad yang lalu, seorang penjinak singa bernama Clyde Beatty menemui satu pelajaran yang sangat penting, dimana ia memberi kesan terhadap hampir kesemua aspek kehidupan kita.

Apakah pelajaran tersebut?

Teruskan membaca untuk mengetahui apa yang penjinak singa telah ajar anda tentang fokus dan perhatian dalam kehidupan.

 

Kisah Penjinak Singa Yang Berjaya Survived..

Clyde Beatty dilahirkan di Bainbridge, Ohio pada tahun 1903.

Apabila umurnya meningkat remaja, dia meninggalkan rumah untuk menyertai sarkas dan berjaya mendapatkan kerja sebagai pencuci sangkar.

Dalam masa setahun berikutnya, hidup Beatty bertambah baik.

Bermula dari budak pencuci sangkar, Beatty bertukar menjadi penghibur yang terkenal.

Beatty menjadi terkenal kerana aksi perlawanannya yang mampu menjinakkan haiwan yang buas.

Pada satu tahap, aksi Beatty melibatkan haiwan-haiwan buas berbeza, dimana singa, harimau, serigala dan dubuk dibawa masuk ke gelanggang pada sekali gus dan dia berjaya menjinak kesemua haiwan-haiwan itu.

Tetapi ini adalah perkara yang paling hebat daripada semua:

— Di era dimana kebanyakkan penjinak singa mati muda di dalam gelanggang, Beatty mampu hidup sehingga umurnya 60 tahun.

Pada akhir hayatnya, dia mati kerana kanser, bukan kerana singa.

— Bagaimana dia berjaya untuk survive?

Untuk pengentahuan anda, Clyde Beatty merupakan penjinak singa pertama yang membawa kerusi masuk ke dalam gelanggang.

Apa yang menarik tentang perkara ini?

Adakah singa takutkan kerusi?

Ini apa yang berlaku…

 

Kenapa Kerusi Membuatkan Singa Bingung & Keliru?

bagaimana untuk fokus dan memberi tumbuat lebih baik?

Gambar klasik diatas menunjukkan seorang penjinak singa sedang membuat persembahan sambil memegang cemeti dan kerusi.

Didalam persembahan, cemeti yang selalunya akan mendapat perhatian daripada semua penonton.

Tetapi dalam realiti, kerusi memainkan peranan penting sebenarnya.

Apabila penjinak singa memegang kerusi di depan muka singa, singa akan cuba untuk fokus kepada keempat-empat kaki kerusi tersebut pada masa yang sama.

Bila fokusnya telah terbahagi, singa akan keliru dan tidak pasti apa yang hendak dilakukan seterusnya.

Bila berhadapan dengan banyak pilihan, singa cenderung untuk diam dan menunggu, dan bukannya menyerang orang yang memegang kerusi tersebut.

 

Elakkan Nasib Kita Menjadi Seperti Singa Sarkas..

Berapa kali situasi anda sama seperti singa tersebut?

Berapa kerap anda ingin mencapai sesuatu (contohnya menulis buku, memulakan bisnes, turunkan berat badan.. etc..) tetapi hanya berakhir dengan menjadi keliru dengan pilihan-pilihan yang ada di depan anda?

Akhirnya anda diam dan tiada perkembangan.

Contoh paling mudah anda boleh lihat:

Anda ada kerja untuk dibuat secara atas talian (online).

Setelah anda membuka browser, dalam masa yang sama anda akan mendatang notification daripada emel, facebook dan lain-lain.

gangguan internet

Secara automatik anda membuka notification yang menarik satu persatu dalam new tab sehingga penuh browser anda.

Anda juga perlu membuat carian google mengenai kerja anda.

Pada masa yang sama juga, anda membuka online bank in untuk membayar sewa itu dan ini.

Tab pada browser ditambah lagi sehingga kemudian anda mula keliru.

Anda tidak tahu harus mula dari mana.

Contoh lain boleh dilihat bila kita ingin mengamalkan diet:

fokus diet

Apabila dibuat carian, terdapat lebih daripada 23 jenis pelan diet seperti Atkins, Caveman, Paleo dan sebagainya. Pakar masing-masing mendakwa bahawa diet mereka adalah paling terbaik dan paling berkesan.

Akhirnya orang yang memerlukan panduan mula keliru dengan percanggahan maklumat seperti ini.

— Kita rasa kita tidak dapat memberi tumpuan dan fokus kepada benda yang salah.

Kita akan ambil kurang tindakan, tiada perkembangan dan kekal sama walaupun kita boleh maju ke depan sebenarnya.

Saya rasa sudah tiba masanya untuk kita mengubah itu.

Berikut adalah caranya:

 

Bagaimana Untuk Fokus dan Menumpukan Perhatian Dengan Lebih Baik?

Bila dunia menghayunkan kerusi di depan muka anda, ingat perkara ini:

— Apa yang anda perlu lakukan hanyalah pilih satu benda.

focus

Pada permulaannya, anda tidak perlu untuk berjaya.

Anda hanya perlu untuk bermula.

Mula sebelum anda rasa bersedia adalah tabiat orang yang berjaya

Pada kebanyakkan masa, kebolehan untuk bermula dan melakukan tugas adalah satu-satunya benda yang anda perlukan untuk fokus dengan lebih baik.

Kebanyakkan orang tiada masalah untuk fokus.

Mereka hanya ada masalah untuk membuat keputusan.

Anda pernah menghadapi situasi dimana anda ada kerja yang perlu betul-betul disiapkan tanpa tangguh-tangguh lagi?

Apa yang jadi? Anda berjaya juga menyelesaikannya.

Anda mungkin malas pada mulanya, tapi bila anda sudah mula melakukannya, anda akan terus menyelesaikannya.

Dalam kata lain:

— membuat kemajuan dalam kehidupan kita bukanlah mengenai fokus dan tumpuan, tetapi ia mengenai belajar bagaimana untuk memilih dan menjalankan tugas tersebut.

Kita semua ada kelebihan untuk fokus, tetapi anda perlu pilih apa yang ingin dituju berbanding menjadi seperti singa – membahagikan perhatian kepada keempat-empat kaki kerusi.

Nak hilang 20kg? Bagus. Makan makanan yang sebenar dan perbanyakkan senaman. Anda tak perlukan banyak informasi. Anda tak perlu belajar untuk fokus benda yang betul. Anda hanya perlu lakukan perkara yang asas. Bina tabiat yang baik dahulu, kemudian pasti anda akan ada banyak masa untuk mencari detailnya
kemudian.

Nak menghafaz al-Quran? Hebat. Berhenti berangan dan hiduplah seperti itu. Aturkan masa untuk sesi menghafal. Tidur awal dan makan makanan yang menguatkan akal. Berhenti merenung gangguan-gangguan lain dan lakukan apa yang nak dicapai.

We all have the ability to focus and concentrate, but only if we decide what is important to us and what we want to commit to accomplishing.

The only wrong choice is no choice.

 

Langkah Praktikal untuk Meningkatkan Fokus Cara Islam

Solat adalah kaedah berkesan untuk membantu kita menentang gangguan dalam kehidupan seharian dan fokus kepada tugas terpenting pada hari tersebut.

Solat mampu memberi kesan yang sangat berkuasa apabila dilakukan dengan penuh khusyuk dan tawadduk.

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya”

— Surah Al-Mu’minun 23: 1–2

Mari kita berfikir secara praktikal bagaimana kita boleh memanfaatkan kuasa solat untuk membina tumpuan dalam kehidupan kita dan mengelakkan gangguan?

Berikut adalah langkah-langkah mudah:


1. Jangan terlepas solat subuh

Bangun di awal pagi untuk solat subuh adalah antara ibadah tercantik dan paling hebat dalam kehidupan seharian.

Bila anda memulakan hari anda dengan solat subuh, ia akan membenarkan minda berehat dan fokus kepada aspek paling penting dalam kehidupan: – iaitu menyembah Allah SWT

Jangan sesekali terlepas solat yang paling penting ini.

fokus solat subuh

Jika anda selalu terlepas waktu subuh tanpa sengaja, artikel ini menunjukkan tips bangun awal pagi ⇒ Tips Untuk Bangun Awal Pagi Setiap Hari


2. Fokus kembali dengan solat

Jika anda terasa sudah ditenggelami dengan pelbagai gangguan dan tak mampu lagi untuk untuk menjalankan tugasan anda, disini caranya untuk fokus kembali:

  1. Bangun
  2. Ambil wuduk
  3. Lakukan solat sunat 2 rakaat (anda boleh lakukan solat Dhuha jika sebelum tengah hari)

Solat dan berdoa dengan sepenuh perhatian meminta daripada pertolongan dan sokongan daripada Allah.

Kaedah ini bukan sahaja memberi pahala, tetapi juga sangat berkesan kepada kita untuk mengurangkan tekanan dan gangguan.

Ia ibarat butang RESET di dalam kepala kita apabila kita sedang berada dalam tekanan.


3. Solat Isyak dan Witir sebelum tidur

Kebiasaannya, sebelum tidur saya akan mengambil masa 30 minit untuk ‘disconnect’ dengan dunia.

Tiada cara yang lebih baik sebenarnya sebelum tidur selain daripada solat witir. Selepas solat Isyak atau witir, luangkan masa sebanyak 5-10 minit untuk memikirkan apa yang harus difokuskan pada esok hari.

Selain itu, anda boleh bangun ditengah malam untuk solat Tahajjud, dan boleh bangun extra lebih awal (lebih produktif) untuk memulakan hari anda.

Disini saya pernah menuliskan artikel mengenai rutin pagi yang produktif ⇒ Bagaimana Bahagia & Ceria Sepanjang Hari

Ingat, sebagai seorang muslim, kunci untuk kejayaan dunia akhirat adalah mampu untuk fokus dalam solat dan kehidupan seharian.

Oleh itu jagalah solat, kerana ia sangat melatih kita untuk fokus.


 

Berhentilah Merenung Pada Kerusi

Hidup bukanlah latihan raptai.

Sama ada anda sedar atau tidak, anda memang sedang berada di dalam gelanggang.

Selalunya kita hanya akan duduk diam, merenung kerusi di depan kita, dalam diam mempersoalkan mengenai kaki kerusi mana yang lebih penting.

Kita tidak ubah seperti singa diatas.

Kita tidak perlu menjadi seperti itu.

Jika anda tempat yang ingin dituju, sesuatu yang diingin dicapai, seseorang yang anda ingin jadi.. maka buatlah keputusan.

Bila anda sudah jelas ke mana yang anda hendak pergi, seluruh isi dunia akan membantu anda pergi ke sana dan akan memberikan laluan.

Anda tidak perlu lakukan kesemuanya sekali, tetapi lakukan perkara yang anda perlu lakukan sekarang.

Sesuatu yang memanggil-manggil anda, sesuatu yang telah ditakdirkan untuk anda buat.

Alihkan kerusi keluar dan pilih jalan anda.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

8 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Umi
Umi
3 tahun yang lalu

Tk…tulisan ni menjadikan saya faham..what is focus

Anggasi
Anggasi
4 tahun yang lalu

Akan selalu ada harapan bagi mereka yang memiliki harapan.

mohd malik deraman
mohd malik deraman
4 tahun yang lalu

bagus

mohd malik deraman
mohd malik deraman
4 tahun yang lalu

kali pertama artikal ini. bagus juga

Eddy L ya
Eddy L ya
7 tahun yang lalu

Ya! Fokus memang penting untuk melakukan sesuatu hingga selesai.Tapi, Adakah cara diatas juga boleh digunakan ketika sedang belajar dan dalam sukan?

McDew
McDew
7 tahun yang lalu

Nice…. Tapi Bahasa yang digunakan agak salah pengetikan atau mungkin itu logat biacara Anda ?