Walaupun Hati Ini Masih Lagi Sakit, Masih Lagi Dalam Kesedihan

hati remuk

Seorang insan yang bergelar gadis, yang dulu dikenali dengan gadis yang lincah, periang, lasak, manja, yang suka bersosial bersama rakannya, mula berubah menjadi gadis yang impikan gelaran wanita solehah selepas mengenali seorang insan yang bergelar jejaka.

Kini tutur bicaranya di susun lembut, semakin pemalu dan amalannya juga dijaga. Yang wajib didahulukan, yang sunat diperbanyakkan, yang haram dijauhkan, yang mudarat dielakkan.

Dia juga sanggup meninggalkan kekasih yang dahulunya pernah menjadi insan yang terpenting dalam hidupnya. Yang sering menemaninya ke tempat-tempat yg mungkar.

Dan mendekatkan dirinya dengan yang Maha Pencipta. Tangan yang penuh dosa itu, dihulur olehnya, diterima seadanya. Akhirnya rebah juga dia dengan cinta. Ternyata dialah insan yg dicari selama ini.

Insan yang menjadi impian setiap wanita solehah untuk mendapatkan lelaki yang soleh. Tiada siapa yang mampu menolaknya.

Bahagia itu semakin dicipta. Hari demi hari aku semakin mengenali agamaku yang dulu seperti samar – samar dan kabur. Hati yang dulu sering gundah kini semakin tenang bersamaNya.

Dia juga banyak mengajar aku untuk mendahulukan perkara yang wajib, memberi ku semangat baru agar aku tidak lagi seperti dulu. Memberi aku harapan bahawa setiap insan juga punya kisah silam.

Itulah yang dinamakan pengalaman dalam mengajar erti kehidupan. Terukir senyuman disetiap hariku. Terasa rindu bila tidak berhubung. Biar kami jauh, biar laut memisahkan kami, namun kami cuba untuk selalu terasa dekat.

Dia juga sering menasihatkan aku supaya sentiasa sabar dengan setiap dugaan dan ujian dari Allah. Sesungguhnya Allah bukan saja – saja menguji hambaNya.

Namun, setiap permulaan itu diiringi dengan pengakhiran. Dia yang disayangi telah dijodohkan dengan wanita pilihan keluarganya sendiri. Aku tidak mampu untuk menghalang kebahagian itu.

Allah benar – benar menguji aku, sungguh kadang diri terasa tidak terdaya, terasa seperti hendak mati. Air mata itu mengalir juga. Membasahi pipi hari demi hari. Mencari dimana silap diri.

Apakah ini yang dinamakan ujian Allah, aku tidak layak untuk mempersoalkan, inilah yang harus aku tempuhi. Demi membuktikan yang aku tidak lagi seperti yang dulu.

Bangun wahai diri. Bangun lah, Allah Maha Mengetahui, Allah tidak akan menguji hambanya melebihi dari kemampuan hambaNya. Allah sayang pada hambaNya yang sabar, banyakkan berselawat.

Ingatlah bahawa dengan Dia kita datang, dengan Dia juga kita pergi. Astagfirullahhalazim..

Alhamdulillah, walaupun hati ini masih lagi sakit, masih lagi dalam kesedihan. Tapi dugaan itu diharungi dengan tenang. Walaupun tidak setenang air dialutan.

Air mata itu mampu juga dihalang. Semoga apa yg telah aku pelajari dapat diperaktikkan. Dapat mengukuhkan lagi iman dan akidah aku. Biarlah apa yang berlaku, ku serahkan pada yang Maha Pencipta untuk menuntukkan.

Aku akan kuat, aku akan tabah. Dan inilah dinamakan cintaku tidak akan melebihi dari cinta ku kepada Sang Pencipta. Kenangan tetap kenangan, dan akan ku ukir dengan senyuman dan diiringi doa kebahagian buat mereka.

“Sesungguhnya apa yang sering kita impikan tidak mustahil untuk kita dapatkan, tapi janganlah berbangga apabila yang kita impikan itu menjadi kenyataan, malah bersyukurlah.

Namun jika ianya datang sekadar sementara, ingatlah bahawa kita hanya peminjam dariNya. Jangan sesekali mengeluh dan menyesal”

kecewa

*Artikel ini adalah perkongsian ke inbox kami oleh Syarifah Mukhtar Al Alawi. Semoga memberi manfaat bersama =)

output_8vyUki

Masukkan alamat email anda untuk subscribe / melanggani blog ini dan menerima setiap artikel baru melalui e-mel.

Join 2,422 other subscribers

Comments

  1. cahaybulan says

    sy sedang melalui saat sukar dalam khdupan d’mana insan yg sy syg,seolah menjauhkan diri.tiada kata lagi nk sy luah pd die spy die kmbali pd sy,respon stiap mcj2 sy…….hnya Allah yg tau bertapa rindu hati ni pd nya…slme bersama,die la yg sy nmpk .xprnh skli sy mmbahagikan kasih yg ada ni untuk lelaki lain slain diri dia…tp xpe..sy cube brtahan.Allah x kn ambil ape yg kite syg tanpa menggantikn dgn yg lebih baik……untuk menenangkn hati sy,sy baca doa ni..mungkin,kwn2 smua boleh juga menggunakan doa ni.
    Bismillahirohmanirohim
    Ya Allah andai dia adalah jodohku maka Kau permudahkan lah jodoh kami..namun andai sebaliknya maka KAU permudahkan lah perpisahan kami..Janganlah Engkau memberikan ak cinta selain dariMU..Aamiin

  2. fitri says says

    assalamu’alaikum…
    itulah yang saya rasakan sekarang. sakit, kecewa yang tak terhingga. tapi percaya, Allah selalu ada, DIA sediakan yang terbaik di luar sana. amin…… perbanyak berdoa :)

  3. says

    Assalamualaikum..
    begitu jugalah saya yang mempunyai masa silam dan hampir2 rebah dan berputus asa :(
    kemudian dipertemukan dengan si dia yang banyak memberi nasihat dan sokongan serta yang telah banyak mengubah diri ini kearah yang lebih baik.. namun si dia adalah milik orang lain.. skrg tgh berusaha untuk menerima ketetapan ini dengan redha dan berusaha menjadi kuat.. smoga ALLAH berikan kekuatan untuk saya tempuh semua ini, insyaAllah…

  4. asiah says

    sye sedang melaluinya saat ini, jadi sye memahami betapa sakit hati melaluinya. namun sye yakin dengan takdir Allah, PASTI dan yakinlah saat bahagia akan tiba..

  5. gadis_ says

    ujian Allah itu pelbagai. saya sedang mengalaminya. Allah beri pertunjuk seperti yg saya mahukan. Alhamdulillah. syukur. hati tenang menerima kenyataan itu. :)

  6. runia says

    salam..saya juga pernah melalui perasaan ini.sungguh pedih,kecewa hanya Tuhan saja yang tahu.sedih sehingga tidak mampu fokus bila solat,baca quran bila teringat.

  7. shaz says

    assalamualaikum…sy pn merasa perkara yg sama jugak skrg ni…dan tengah berusaha utk menjadi kuat dengan semua ini..
    semoga Allah berikan kekuatan utk saya…

  8. kenanga says

    salam..begitula yg sy rasa sekarang ni..dan bila sy makin tenang utk melupakan dia,tiba2 dia muncul kembali.hati sy yg tenang sebelum ini kembali sedih mengenangkan dia yg muncul kembali sesuka hati…

    • NaNa says

      I’ve been there before.i know how hurts it is.hang in there.be strong.Allah is always with us :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *