Bagaimana Untuk ‘Tetap Tenang’ Dalam Masa Diuji dengan Kesakitan & Kesedihan?

Tiada manusia diuji oleh Allah melebihi kemampuan dirinya. * Be happy by PuiColorat
Tiada manusia diuji oleh Allah melebihi kemampuan dirinya. * Be happy by PuiColorat

Persepsi yang buruk membunuh.

Persepsi yang baik membantu kita berdamai dengan takdir Allah..


Pernah atau tidak kita berusaha  sedaya mungkin hanya untuk membuat insan yang kita sayangi tersenyum?

Malah disaat mereka memberikan senyuman, kita yang merasa gembira lebih daripada mereka walaupun pada hakikatnya usaha yang kita lakukan sangat menyakitkan.

Saya ingin membawa anda duduk sebentar merenung dan mengingat kembali saat-saat yang anda rasa membahagiakan.

Cuba imbas kenangan-kenangan bahagia anda.

Pasti anda akan tersenyum sendirian.

Melihat foto-foto yang merakam detik-detik bahagia anda, terdetik di hati alangkah gembiranya saat itu.

Tersenyum ketika gembira dan bahagia cukup mudah namun, mampukah kita tersenyum di saat diri dihimpit kekesalan, kegusaran, kegagalan dan kesempitan?

Satu persoalan yang tiba-tiba melupakan sebentar kenangan yang anda imbas sebentar tadi.

Membawa anda jauh menyelusuri detik-detik yang memilukan, menyedihkan dan menyesakkan.

 

Semua manusia di bumi ini pasti akan diuji

Ujian ini tidak semestinya pahit malah kesenangan dan kegembiraan juga merupakan satu ujian buat diri kita yang bergelar hamba Allah.

Hidup ini pasti ada pasang surutnya. Kadang kala kita di atas dan kadang kala kita di bawah. Langit tidak selalunya cerah.

Setiap daripada kita ditimpakan dengan berbagai ujian yang berbeza tanda kasih sayang daripada yang Maha Penyayang.

Allah berfirman dalam surah Al Ankabut ayat 2-3, yang bermaksud:

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan (saja) mengatakan kami telah beriman sedang mereka tidak diuji lagi. Dan sungguh kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”

Menerusi ayat cintaNya dapat kita simpulkan bahawa ujian ini merupakan salah satu kekuasaan Yang Maha Esa untuk menilai hambaNya yang ikhlas mencintaiNya.

Hanya yang benar-benar yakin dengan kekuasaan dan janji Maha Esa mampu mengatur langkah mencari setiap hikmah ujian sambil hatinya berkata “Ujian ini milik Allah. Dia Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Hanya pada Allah kami memohon harap dan pertolongan”.

 

Bangunlah.. walaupun sukar

Tidak dinafikan tidak mudah bagi jiwa seorang hamba untuk tidak berasa sedih jika dihadapkan dengan ujian yang bertimpa sementalah ujian-ujian itu amat memeritkan seperti kehilangan orang tersayang, dikhianati atau disisihkan oleh keluarga.

Namun, itu bukan alasan untuk kita terus bangkit.

Yakin dengan kekuasaan Allah, pasti Allah sedang menyiapkan sesuatu untuk hambaNya. Teruskan melangkah, ambil hikmahnya.

Lain orang, lain caranya.

Walaupun ujiannya sama, tetapi cara mengatasinya berbeza.

Saya berikan contoh untuk kita melihat lebih jelas. Sekumpulan pelajar ingin melancong ke Pulau Langkawi.

Ada yang menaiki bas, ada yang menaiki kapal terbang dan ada yang menaiki kereta. Di sepanjang perjalanan, yang menaiki bas diuji dengan kesesakan jalan raya.

Yang menaiki kereta diuji dengan tayar pancit. Yang menaiki kapal terbang pula diuji dengan jadual penerbangan yang ditangguhkan.

Namun, akhirnya mereka sampai ke destinasi yang dituju. Begitu juga dalam kehidupan, dunia ibarat persinggahan dan akhirat merupakan matlamat atau destinasi akhir yang ingin dituju.

Pelbagai ujian akan kita lalui dan setiap laluan yang kita pilih juga berbeza, namun, jika kita berusaha dan bertawakal kepadaNya tidak mustahil kita dapat sampai ke destinasi akhir tersebut.

Ada yang kandas di perjalanan hanya kerana sikap meratapi setiap ujian, menyalahkan takdir, enggan berusaha, menyepi diri dan bodoh sombong.

Kikislah sifat-sifat ini.

Mana mungkin kita akan berjaya jika kita masih di takuk lama. Manusia adalah sebaik-baik ciptaan Allah. Yang diciptakan akal untuk berfikir.

 

Bagaimana mencari nikmat dalam setiap ujian?

Di sini suka saya kongsikan beberapa tips bagaimana menukar persepsi bahawa ujian itu nikmat

  1. Yakin dengan ketentuan Allah (pasti Allah menggantikan yang lebih baik dan yakinlah Allah sedang mengabulkan doa kita bahawa Allah sedang memberikan petunjuk dan yang terbaik untuk kita)
  2. Berfikiran positif (sentiasa mengucapkan kata-kata positif dan memberi semangat pada diri untuk berubah ke arah kebaikan)
  3. Muhasabah diri (lihat kekurangan diri dan perbaiki)
  4. Bergaul dengan orang sekeliling (jangan sesekali menyendiri kerana waktu ini syaitan akan mula menghasut atau minta pertolongan insan yang dipercayai jika perlu)
  5. Alihkan perhatian (lakukan sesuatu yang dirasakan mampu mengubat diri)

 

Kesimpulan: Diuji tandanya Allah kasih dan sedang memerhatikan kita

Sedarlah bahawa:

Allah tidak akan memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.”

— Surah Al-Baqarah ayat 286

Allah menurunkan ujian kepada hamba-hambaNya adalah sebagai bukti cintanya agar hambaNya sentiasa berasa bersyukur.

Berbahagialah hamba-hambaNya yang sentiasa merasa bahagia dalam limpah kasih sayangNya.

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu agar mereka memperoleh kebenaran.”

— Surah Al-Baqarah ayat 186

Jelaslah di sini bahawa pertolongan Allah itu sangat dekat.

Sebagai hamba, puji serta syukur kepada Allah atas ujian dan rahmat yang diberikan. Patuhilah segala perintahNya dan tinggalkanlah laranganNya.

Janji Allah itu pasti.

Dan ingatlah bahawa:

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.”

— Surah Al Ra’d ayat 11

Untuk melepasi ujian-ujian hidup ini, usaha itu perlu.

Setelah berusaha, letakkan sepenuh pengharapan hanya padaNya kerana sesungguhnya hanya Dia yang berhak dalam mengizinkan sesuatu.

Wallahu’alam.

Artikel ini dikongsikan ke inbox kami oleh Nor Umira binti Shahar. Semoga memberi manfaat yang baik kepada semua. Syukran.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

21 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Lia
Lia
1 tahun yang lalu

Kalaulah masa ni kita dapat undurkan kan bagus. Banyak yg ingin aku ubah. Sekarang hidup tak tenang. Macam2 masalah.

Bella
Bella
4 tahun yang lalu

Saya punya sahabat laki laki dia bersama saya selama 8 bulan dia sekolahnya sama saya sejak dia bertemu dengan murid baru dia sangat berubah dan tidak sama seperti dulu yang perhatian, sayang, baik sama saya tapi sekarang dia berubah cuek dgn saya.

Erin
Erin
5 tahun yang lalu

Saya ada sahabat,dan ia nya ada 6 org termasuk saya..tetapi saya tlah digugurkan dalam group tu jadi saya jadi sunyi kerana mereka sahaja yg boleh membuat saya bahagia seperti dahulu..tapi skarang mereka macam nk tak nak je layan saya..bila kat sekolah jalan berselisih mereka tidak menegur saya..seakan saya tak ada kt situ…setiap hari saya menanggis kerana sedih dibiarkan macam tu,saya solat mintak tolong kat Allah supaya kuatkan saya,tabah kan lah saya,ya dh di makbulkan tetapi..saya akan cemburu bila mereka bersama-sama rehat di kantin bergelak ketawa tapi saya cuma hanya melihat mereka bahagia..dari situ lah kelemahan saya tidak kuat untuk menempuh ujian yg Allah beri,tapi macam mana pon saya perlu berusaha dan tetap bersabar dan betawakal kepada Allah

Jannatul Syuhada
Jannatul Syuhada
Reply to  Erin
4 tahun yang lalu

Percayalah dengan perancangan Allah.Walaupun Erin diuji begitu,namun saya pasti ada hikmah disebaliknya.Pasti ada lebih baik yang menanti Erin.Erin tidak perlu cemburu dengan mereka,sebaliknya doakanlah yang baik2 utk mereka.Insya-Allah hati Erin akan makin tenang selepas itu.Semoga Allah memberikan kesabaran berlipat ganda kepada Erin aminnn..

Hamba Allah
Hamba Allah
5 tahun yang lalu

Bagaimana saya hendak terime ujian Allah ye saye da puas da solat ,solat taubat tapi sukar untuk saye terime nye ianya sangat Besar.sekarang nie saye x pergi berubat pon saye hanye tggu Allah ambit Nyawa saye je.dan sekarang ni saye dekat kn diri dengan allah dan saye doa supaye dosa saye diampun kn dan taubat saye diterime olehnye.

AZI
AZI
Reply to  Hamba Allah
5 tahun yang lalu

Saya juga mengalami keadaan yang sama. Kita sama-sama jangan putus asa berubat, dan zikir doa Nabi Yunus sentiasa. InshaAllah kita sama-sama yakin dan positif ya. Setiap kali saya sedih, saya selalu igtkan diri dengan kisah Nabi Allah Ayub. Cuba google…semoga membantu dan Allah permudahkan urusan saudara/saudari.

Halim Hajid
Halim Hajid
6 tahun yang lalu

Alhamdulillah. Allah amat mengasihi hamba2Nya..sabar dan tabahlah menghadapi ujian Allah. Semuga kita diredhai dan ditempatkan bersama2 orang yang beriman dan beramal soleh.

Siti Azmira
Siti Azmira
7 tahun yang lalu

Syukur Alhamdulilah . Sebenarnya kasih sayang allah amat luas untuk hambanya. Sabar dan tabah bila diuji. In shaa allah pasti satu hari kita akan nampak hikmahnya..
Tq admin atas perkongsian.

Sanjual kolagit
Sanjual kolagit
7 tahun yang lalu

Allahuakbar!
benar sekali, jika kita lulus dalam ujian kita pasti akan naik level, benar begitu admin?

Intan
Intan
7 tahun yang lalu

Adakala terasa mengalah atas setiap ujian ini.. namun aku cepat sedar bahawa Allah itu sentiasa bersama kita memberi rahmat, pertolongan, perlindungannya… sabar , sabar dan terus sabar… insafi diri, zikrullah… pasti ada kebahagiaan dan hikmah dibalik semua ini… memang terbukti.. musibah dan ujian ini membawa diri lebih dekat dan lebih mengenali zat Allah swt… Alhamdulillah

Zu
Zu
7 tahun yang lalu

Trm ksh banyak2.sangat memberi inspirasi.

geraihambra
geraihambra
8 tahun yang lalu

bagus banget brow