Perkongsian Tentang ISLAM. Hidup dan Matiku hanyalah kerana Allah

Dalam Diam

dalam diam

ada..sesungguhnya ada….

ada rasa cinta kepada dia..
ada rasa rindu pada dia…
namun sahabat..aku tidak tahu siapa..
selalu ku doa untuknya….
agar dia baik2 saja…
dipelihara iman..terhindar dari kemaksiatan
dipermudahkan segala urusan…
walau di mana berada..
pinta ku pada Tuhan yg Maha Kuasa…
agar Dia melindungi dia..
kerna Dia maha tahu segala…
sedang aku tiada daya…tiada kuasa…

sering juga ku pinta…
dalam istikharah cinta..
agar dijelmakan dia…
dalam lena atau jaga…
namun ku redha..ku mengerti..
Dia lebih mengerti perihal diri ini…
belum masanya kami mengenali..
cukuplah doa ku sering mengiringi…

aku menanti untuk yg halal hadir 
menjemput diri seperti yang ditakdir
kerna namanya telah tertulis sejak azali
dalam kitab suci perjalanan insani..

dlm doa kudusku setiap mlm..
aku memang mencintai dia dalam diam…



Artikel ini adalah yang dikongsi ke inbox kami oleh,

~nurul azni md yusof~

*”Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri..” (Surah Al-Hadid: 22-23)*

Enter Your Mail Address

6 Responses to “Dalam Diam”

  1. shaz March 27, 2012 at 1:22 AM #

    semoga dia jodoh ku seperti yg telah Allah takdirkan…

       0 likes

  2. miss erin February 5, 2012 at 4:44 AM #

    LIke :D

       0 likes

  3. siti abby February 4, 2012 at 10:29 PM #

    aku berdoa agar dia jodohku dunia akhirat…amin…

       1 likes

  4. az91 February 4, 2012 at 4:08 AM #

    aku menanti untuk yg halal hadir
    menjemput diri seperti yang ditakdir
    kerana namanya telah tertulis sejak azali
    dalam kitab suci perjalanan insani..

    nice~

       0 likes

  5. lia February 4, 2012 at 3:50 AM #

    mohon share..:)

       0 likes

  6. rahadatul aisy February 4, 2012 at 3:48 AM #

    aku berharap dia la jodohku.. amin…

       0 likes

Leave a Reply:

Gravatar Image

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline