Cinta Yang Tidak Mengecewakan

cinta islam

Bait demi bait ayat dalam naskhah ‘Pemilik Cintaku Setelah Allah Dan Rasul’ karya Ustazah Fatimah Syarha saya hadam. Minggu ini saja, sudah 5 kali saya membacanya. Rasa tidak puas baca sekali. Kadang kurang faham, saya ulang dari mula walau sudah sampai di pertengahan. Nyata, setiap jalan ceritanya, menusuk ke lubuk hati yang paling dalam. Terasa betapa banyak masa yang telah saya bazirkan selama ini.

Continue Reading…

Pandanglah Padang

THE EARTHQUAKE by ~kulibico - deviantart

Gempa bumi berukuran 7.9 skala Ritcher yang menggegarkan Sumatera Barat khususnya di kawasan Padang Pariaman telah mengorbankan hampir 1200 jiwa rakyat Indonesia dan 3000 mangsa masih gagal dijumpai. Dikala negara yang mempunyai majoriti umat Islam paling ramai di dunia masih lagi dalam suasana  meraikan kemeriahan sambutan Aidilfitri, kegembiraan sambutan lebaran tersebut bagaikan disentap secara tiba-tiba. Kejadian gempa yang berlaku pada 10 syawal iaitu pada 30 September telah meranapkan rumah kediaman, hospital, pejabat kerajaan dan kedai-kedai.  Malah anak-anak  menjadi yatim piatu, saudara mara kehilangan keluarga tercinta serta  kemusnahan harta benda.

Continue Reading…

Awak, peritnya menahan sebuah rasa ini..

Ya
Rabb..,
di
kejauhan ini aku berada kini,
di
hati terdetik rindu tiada terperi,
ingin
kuhindari namun ia makin menghampiri..,

Continue Reading…

Kenapa Harus Terburu – Buru?

“Sudah ade kekasih ke belum?”

“Kenapa masih takde pakwe/makwe?”

“Masih takde yang berkenan ke?”

“Memang jenis suka bersendirian ae?”

Kita diserang bertubi-tubi dengan pelbagai aneka soalan yang mencengkam jiwa. Tidak boleh berhelah, tidak boleh mencari alasan. Tengok kiri dan tengok kanan, semuanya sama sahaja. Banyak sudah teman-teman bergandingan, berjalan seiringan, makan sekali, study sama-sama, keluar bersama dan berbual mesra.

Continue Reading…

Disaat Usia Bertambah..

cinta

Pada usia kamu yang bertambah,
Disaat sahabat lain diraikan oleh seorang lelaki ajnabi,
Kamu masih bersendiri meraikan hari jadi…

Disaat sahabat lain ditemani kekasih hati,
Kamu hanya ditemani rakan rakan..

Continue Reading…

Bertandang Ke Stadium: Perkara Yang Harus Dijaga

Harimau Malaya by ~HoneyHana (deviant art)

Liga Bola Sepak Malaysia (Liga Super Dan lain-lain) bakal bermula tidak lama lagi. Melihatkan perkembangan bola sepak negara kita, saya merasakan ada peningkatan dari segi kehadiran penyokong ke stadium melibatkan semua pasukan. Ok, itu suatu perkembangan yang baik untuk  bola sepak dinegara kita.

Namun, dalam keghairahan kita memberi sokongan kepada pasukan kesayangan kita, apakah kita masih menjaga adab-adab kita sebagai seorang muslim?

Continue Reading…

Wuduk: Berwuduk Cara Rasulullah

air sembahyang

Cara Rasulullah saw Berwuduk

Hadis Abdullah bin Zaid bin Aasim Al-Ansariy r.a:

Beliau telah ditanya: Tunjukkan kepada kami cara Rasulullah s.a.w berwuduk.

Maka beliau pun meminta sebekas air, lalu menuang sedikit air ke atas tapak tangan dan membasuhnya sebanyak tiga kali. Kemudian beliau memasukkan tangan ke dalam bekas untuk mencedok air dengan tangannya dan berkumur-kumur serta memasukkan air ke dalam hidung dengan air yang sama sebanyak tiga kali.

Continue Reading…

Aurat: Menjawab Alasan Mereka Yang Tak Nak Menutup Aurat

 

Sejak akhir-akhir ini, saya seringkali mendapat pertanyaan yang sama mengenai isu-isu aurat. Bagaimana hendak menjawab alasan mereka yang tak nak menutup aurat? Bagaimana hendak menarik mereka memakai tudung? Bagaimana nak memberi kefahaman kepada mereka tentang aurat? Dan lain-lain lagi.

Di sini saya berusaha mengumpul alasan-alasan dan hujah-hujah balas buat si pelaku dedah aurat. Terima kasih kepada sumber berkenaan, boleh rujuk untuk jawapan penuh. Dan artikel ini bukan sahaja tertumpu pada isu bertudung, malah juga buat muslimah yang bertudung pendek, memakai sendat serta kaum muslimin sendiri yang mendedah aurat. Insyaallah semoga bermanfaat buat mereka yang tercari-cari jawapan mengenai isu ini.

Continue Reading…

Nak Jadi Solehah Pun Kena Jaga Kecantikan Juga

Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.

kita sering melihat ramai akhwat ( akhwat = merujuk kepada wanita muslimah yang mungkin secara penampilannya lebih jelas mengikuti aturan syariat. Contohnya betudung labuh), kurang memberikan perhatian dan mengambil berat tentang penampilan diri. Tampil cantik dan rapi dianggap sebagai sesuatu perkara yang dianggap terlarang. Lantaran kekeliruan yang dialami, mereka tampil dengan tidak sewajarnya  dan menyebabkan orang sekeliling memandang sinis kepada mereka. 

Continue Reading…

Wajah Tampan Yang Sia-Sia Tanpa Keimanan

Wajah Tampan? Sia-sia!!  Jika kelak dilaknat Tuhan

Wajah Tampan? Sia-sia!! Jika hari-harinya tanpa amalan

Wajah Tampan? Sia-sia!! Jika tak ada Al Qur’an yang lekat dalam ingatan

Wajah Tampan? Sia-sia!! Jika tidak memburu keredhaan

Wajah Tampan? Sia-sia!! Jika hanya melakukan kesia-siaan

Wajah Tampan?Sia-sia!! Jika hatinya dikotori kebanggaan

Wajah Tampan? Sia-sia!! Jika tiada kehormatan

Wajah Tampan? Sia-sia!! Jika matanya masih liar tak juga mampu tundukkan pandangan

Wajah Tampan? Sia-sia!! Jika tak dapat  mengendalikan hawa nafsunya

Wajah Tampan? Sia-sia!! Jika hanya untuk menebar pesona dan memikat wanita

Wajah Tampan?Sia-sia!! Jika enggan mematuhi yang Kuasa dan malah bangga dengan dosa-dosa

Wajah Tampan? Sia-sia!! Jika akhirnya nanti mendapat siksa di neraka

Continue Reading…

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline