Bagaimana Menjadi Suami Yang Mempersona Isteri?

mempersona

Bagaimana menjadi isteri yang mempersona suami?

Itu perkara biasa yang telah banyak dibincangkan dalam diskusi dan kesempatan.

Tetapi tahukah anda wahai para suami, para isteri juga menginginkan lelaki yang mempersona sebagai suaminya.

Meski gambaran suami yang dikatakan mempersona itu boleh dikatakan subjektif, berbeza antara setiap perempuan dengan perempuan lain, tetapi dapat dikatakan secara umum kaum perempuan memerlukan pesona yang dapat lebih membuat mereka setiasa mencintai suaminya.

Boleh jadi selama ini si suami menyangkakan bahawa isteri kita mencintai kita kerana dia telah mendampingi, melayani, melahirkan dan mengasuh anak-anak kita.

Mungkin hal itu benar, tetapi untuk membuat perasaan isteri tidak berubah, tetap selalu mencintai kita dari waktu ke waktu memerlukan lebih banyak proses, perbuatan, tingkah laku yang semuanya bermula pada satu titik iaitu kita terus mempersona, sehingga dia menganggap kita layak untuk mendapat cintanya untuk selamanya.

Dibawah ini terdapat beberapa saranan yang dapat membantu kita untuk mempersona diri dimata isteri:

 

Adakah Penampilan Luaran Mampu Mempersona Isteri?

Tidak disangsikan lagi bahawa penampilan luar dapat membangkitkan pesona pada jiwa perempuan.

Suami yang dapat menjaga kebersihan dirinya, rapi dan wangi umumnya lebih mempersona berbanding suami yang comot, selekeh dan tidak menjaga kebersihan.

Bukankah Rasulullah SAW bersabda bahawa kebersihan itu cabang iman?

Umar bin Khattab ra pun pernah berkata, β€œPerempuan menyukai kalau suaminya berhias untuk dirinya, sebagaimana lelaki suka isterinya berhias untuk dirinya.”

 

Satu Persamaan Ini Sangat Disukai oleh Semua Para Isteri

Tidak kaku dan Romantis

Suami seperti ini selalu mahu belajar memahami perasaan isterinya, mempunyai banyak cara dan gaya dalam mengungkapkan perasaan cinta dan kasih sayang kepada isterinya.

Juga tidak segan untuk menyatakan cintanya dengan kata-kata.

 

Sifat ini Paling Berkuasa Untuk Menambat Hati Isteri

Berfikiran Terbuka

Suami seperti ini tidak segan mengungkapkan harapan, keinginan dan perasaannya agar isteri mengerti dan dapat melakukan hal yang sesuai dengan yang dikehendakinya.

Dia bukan suami yang diam dan membiarkan isterinya dalam kesulitan memendam apa yang diinginkannya.

 

Sifat Matang Adalah Segalanya

Kebanyakan perempuan menginginkan suaminya adalah orang yang siap melindungi, membimbing dan dapat menjadi tempat bersandar.

Lelaki yang matang seperti ini lebih mempersona perempuan berbanding yang masih kekanak-kanakan dan emosional.

 

Mengambil Berat Dengan Keluarga

Adalah benar suami memiliki tanggungjawab dalam masalah nafkah, tetapi kesibukannya dalam pekerjaan atau hal lain tidak membuatkannya menjadi orang yang tidak acuh terhadap isteri dan anak-anaknya.

Dia mahu menemani anaknya belajar dan tidak keberatan mengantar isterinya pergi ke mana – mana.

 

Dapat Berkongsi Rasa

Suami yang mempersona mahu belajar bagaimana dapat merasakan apa yang sedang dirasakan isterinya.

Dia mahu mendengar dengan penuh perhatian ketika isteri sedang menceritakan permasalahannya, bersama merasakan kegelisahannya dan dapat membantu menenteramkannya atau mengatasi masalahannya.

Dia adalah tempat mengadu isterinya yang setia dan dapat dipercaya.

 

Mencintai Ibu bapa, Saudara dan Keluarga Isteri

Suami akan semakin mempesona isteri bila mencintai orang tuanya, menyayangi saudara-saudaranya dan bersikap baik kepada keluarganya.

Dan jika sentiasa bersikap demikian maka percayalah isteri juga pun akan berusaha keras untuk mencintai orang tua kita dan bersikap baik pada saudara dan keluarga kita.


Jangan ragu dan gusar untuk melakukan tips-tips diatas.

Mulakan sekarang juga maka anda akan takjub mendapati limpahan cinta isteri yang seolah-olah tanpa batasan.

Kerana begitulah sifat dan karakter perempuan, dia akan memberi lebih dari apa yang anda berikan kepadanya!

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

3 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
trackback
Bagaimana Menjadi Suami Yang Menjadi Dambaan Isteri
5 tahun yang lalu

[…] Sumber […]

Aa
Aa
7 tahun yang lalu

Tambah satu lagi…
Isteri suka suami yg berdikari dn yg suka membantu kerja2 di rumah seperti memask mengemas dn lain2…seperti yg telh dilakukan oleh nabi s.a.w….nabi adlh contoh terbaik utk para suami ikuti….xdelh…pinggn sebijik pon xleh nk bwk ke dapur n basuh….yg tu bukan romantik namanya…tu pemls…lagi pon kemas rumh n memask tu tggungjawb suami….isteri membantu saja…..klu lh suami tu buat seprti mana nabi buat…..i.allah isteri akan layan lagi baik n ikhlas

Oleh: Ustaz Zahazan Mohamed

Adakah isteri wajib melayan suami seperti memasak, menyediakan makanan, mengemas rumah dan sebagainya sedangkan saya juga bekerja. Baru-baru ini, kawan-kawan suami saya datang ke rumah, tetapi saya tidak dapat menyediakan jamuan untuk tetamu yang datang disebabkan saya demam. Terpaksalah suami saya menyediakan semuanya dan ini membuatkan saya rasa bersalah. Adakah saya dikira derhaka kepada suami.

Menurut pendapat masyhur kalangan empat mazhab, seorang isteri tidak diwajibkan melayani suaminya iaitu menyediakan makan, mencuci pakaian dan seumpamanya. Sean-dainya isteri melakukannya, ia hanyalah sebagai kesopanan atau akhlak mulia terhadap suami. Bukan kerana kewajipannya. Namun, dalam menentukan -batasnya, be-berapa mazhab berselisih pendapat.

Bahagi tugas rumah tangga

Antaranya, Mazhab Hanafi mengatakan layanan wajib dilakukan isteri adalah dalam bentuk galakan agama bukan ketentuan hukum kerana Nabi SAW pernah membahagi tugas rumah tangga antara Ali dan Fatimah. Fatimah dianjurkan mengerjakan pekerjaan dalam rumah dan Ali melaksanakan pekerjaan di luar rumah.

Ada juga yang berpandangan seperti Mazhab Maliki bahawa tidak ada kewajipan melayan suami bagi seorang isteri yang memiliki kemampuan (pandai) dan kemuliaan (terpandang). Tetapi dibolehkan bagi selainnya seperti yang tidak memiliki kemampuan dan kemuliaan. Namun yang jelas, empat mazhab tetap sepakat isteri tidak diwajibkan melayani tetamu suaminya. Oleh itu, jika suami menuntut isterinya atas masalah ini ke pengadilan syariah, maka tetap isteri tidak boleh dipaksa (tidak diwajibkan) melayani suaminya. Dengan demikian jika melayani suami saja tidak diwajibkan, begitu pula dengan memberi jamuan kepada tetamu suaminya. Apalagi ketika ia sedang sakit tentu tidak diwajibkan juga.

Namun, mazhab atau pendapat yang kita anggap lebih sesuai adalah pendapat menyatakan isteri diwajibkan melaksanakan pekerjaan di rumah hanyalah sebagai wujud kesopanan atau akhlak dan untuk menjalin hubungan baik dengan suami seperti diperintahkan oleh Allah. Juga sebagai wujud keadilan dengan adanya pembahagian tugas antara suami dan isteri. Allah SWT berfirman: β€œDan wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang makruf. Akan tetapi suami mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isteri-isteri.” (Surah al-Baqarah, ayat 228)

Maka, sangatlah adil kalau suami bekerja, memeras keringat untuk menanggung kehidupan keluarganya. Sedangkan isteri bekerja di rumah melayani kepentingan keluarga. Hal ini boleh dilihat pada diri Fatimah az-Zahra Puteri Rasulullah SAW yang tetap bekerja di rumahnya dengan membersihkan rumah, memasak serta membuat roti.

Ringankan beban

Jika isteri bekerja di luar rumah (mencari nafkah), maka sudah seharusnya suaminya turut membantu menyelesaikan pekerjaan di rumah. Apalagi jika mereka mempunyai anak yang masih kecil. Oleh itu, sebaiknya suami tidak memberatkan isterinya dengan kedatangan tetamunya terutama ketika isteri sedang sakit. Ajaran Islam pun meringankan beban setiap orang yang dilanda sakit daripada pelbagai kewajipan. Orang yang sakit dibolehkan meninggalkan jihad. Allah SWT berfirman: β€œTidak ada dosa atas orang yang buta, atas orang yang tempang dan atas orang yang sakit (apabila tidak ikut berjihad (berperang).” (Surah al-Fath, ayat 17)

husaini nshya haris
husaini nshya haris
10 tahun yang lalu

awesome