Rasulullah s.a.w dan Kucingnya

 Rasulullah

Kisah Rasulullah dan Kucingnya, Mueeza

Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza.

Suatu ketika, dikala Rasulullah hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya.

Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.

Ketika Rasulullahi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan tunduk sujud kepada tuannya.

Sebagai balasan, Rasulullah menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing baginda itu sebanyak 3 kali.

Dalam peristiwa lain, setiap kali Rasulullah menerima tetamu di rumahnya, Rasulullah selalu menggendong mueeza dan diriba diatas pahanya.

Salah satu sifat Mueeza yang Rasulullah sukai ialah dia selalu mengeong ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.

Kepada para sahabat, Rasulullah selalu berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, seperti menyayangi keluarga sendiri.

Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis sahih Al Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepaskan kucingnya untuk mencari makan sendiri.

Rasulullah SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksaan neraka.

Tidak hanya Rasulullah, isteri nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar Ash Siddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala kucingnya mati

Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi jolokan Abu Hurairah (bapa kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara banyak kucing jantan dirumahnya.


*Ada sesetengah dari kita sanggup membiarkan kucing kelaparan. Mungkin ramai yang tidak mengetahui balasannya.  

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

61 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Abu Aniq
Abu Aniq
3 tahun yang lalu

Boleh saya tahu hadis ni diambil dari siapa periwayatnya? Dan matannya bahawa Rasulullah membela kucing kesayangan. Benarkah ketila shbt berkunjung Rasulullah SAW meriba kucingnya? Siapa periwayatnya? Terima kasih

Pejuangjalanlurus
Pejuangjalanlurus
3 tahun yang lalu

Tolong hentikan sebar cerita palsu ni. Damn owner blog.

nizam
nizam
7 tahun yang lalu

Betulkah Kucing boleh merawat sakit dengan dengkurannya ketika tidur bersama

izzatul aiesya
izzatul aiesya
8 tahun yang lalu

saya juga mempunyai seekor kucing yang amt pintar..namanya blackie..pada suatu malam…saya menemani ibu saya mengambil kakak saya dari sekolah kerana die ada kls malam..sekolah itu tidak laa begitu jauh dari rumh..kami pergi dngn berjalan kaki.apabila kami sedng berjalan,tanpa diduga blackie mengikuti kami dari belakang..saya membiarkan blackie berjalan bersama saya dan ibu..apabila saya dan ibu sampai ke sekolah..utk mengambil kakak saya mndpt tahu yg blackie xde…saya begitu resah..rupa rupanya..die menunggu kami di sebuah kedai yg kami lalui utk ke sekolah tadi..saya berasa lega…apabila saya lalu di situ..die pon mengikuti saya semula hingga ke rmh… apabila beberapa hari..die bergaduh dngn kucing jantan mnybkn die sakit dan tdk bermaya..saya memberinya mkn tetepi die xmkn..beberapa hari berlalu die sudh tiada lagi…dielaa kucing yg amt saya sayangi drp diri saya sendiri…… :-(:-(:-(

nizam
nizam
Reply to  izzatul aiesya
7 tahun yang lalu

INI kisah benar 11 tahun lalu yg x dapat sy Dan keluarga lupakan di mana sy ada bela kucing namanya puteh sy selalu tidur dgn puteh .kisahnya bergini puteh telah beranak dgn 5 ekor anak lalu aruah nenek mencadang untuk buang puteh dgn anak2nya jauh2 supaya x kembali semula kata takut nanti anaknya berak merata waktu nak buang 2 sy bantah juga.tp sy akur sj nk lwn ckp t berdosa pulak.waktu di buang malam jam 10.aruah nenek sy di temani dgn pak cik sy naik kereta di mana lokasinya amat jauh skali sy bg klu dari agsana jb smpai larkin lebih kurang mcm 2 lah kilometernya.sy tidur dgn hati yg sedih sgt…..dan bila nak tidur sy berdoa kepada Allah s.w.t agar puteh selamat lama juga sy x boleh lelap asyik fikirkan puteh smbil menangis dlm diam…dan lama2 sy pun terlelap jugak……Dan waktu subuh lebih kurang jam 530 sy terjagaSBB sy dgr suara kucing mengiau2 sy ckp DLM hati kucing mana pulak la pagi2 mengiau.Dan sy pun jenguk kat tingkap bilik sy..sy menyuluh guns lampu picit Subhanallah mimpi ke aku ni alangkah terkejutnya sy dapati puteh yg sy amat syg yg di buang jauh yg x masuk akal mustahil balik semula ada bersama 5 anaknya DLM keadaan comot.dgn anaknya yg basah ada DPN tingkap bilik sy……lalu sy teriak panggil semua keluarga tengok puteh balik semula…dan sy lapkan bdn puteh di bantu sedara sy dan nenek membersihkan anaknya. yg paling terkejut aruah nenek dgn pakcik sy laa.. SBB diorang yg buang smbil gerok kepala hairan bin ajaib .dia org ckp mcm MNA boleh dtg balik.sdgkan jauh buang lain la klau buang warung ujung sana klw balik x lah heran sgt .ini kan dgn nak mengunggung 1 persatu anaknya mustahil lalu sy berkata ITU lah kehebatan yg maha esa Dan mugkin malaikat yg bawanya pulang..sjak peristiwa ITU aruah nenek sy yg dulu x suka kucing SBB najisnya sj telah berubah sikap kepada pencinta kucing.kadang2 meriba puteh usap2 bdn he he. Dan selang 2 bulan lebih nenek sy menyahut seruan illahi SBB sakit tua..dan sy tengok puteh pun ikut sedih kalau makan fiskis selalu licin tp sjk kematian nenek..x abis mkn pun sikit je makan dia kemudian masuk dlm kotak utuk bg anaknya menyusu .mungkin sedih ikut perangai tuan2nya skali hee he mcm org pulak puteh ni ada perasaan tp selang lima hari baru puteh ok sikit mkn licin anaknya si puteh sy bg nama goku gohan transk goten dan silimon.4 jantan 1 betina he he. Tetapi tulah peristiwa yg sy Sgt x boleh lupa.subhanallah….skrg puteh sudah 4 tahun tinggalkan kami smua sbb da uzur. Waktu puteh mati sy menitis air mata sbb sy syg sgt kucing tp Anaknya pula jd pengubat rindu sy dan keluarga tahu sy sedih dan keluarga sedih..masa sy angkat puteh bdn ringan sgt bdn lembut sy tanam puteh dgn cermat dan tertib…OK assmualaikum dan SLM sjahtra

afi_yaya1612
afi_yaya1612
8 tahun yang lalu

SY YAYA 12THUN (2015)SY INGIN BERKONGSI KISAH KUCING SY YG AMAT SETIA..
Sy ada satu kucing ni yg amat setia kpada sy…nama kucing sy hachiko..sy pnggil die ciko…sy bela die sejak die beberapa minggu lahir..setiap kali sy nk pegi ke skolah die nak ikut…sy ambk dan letak die dalam umah…sy blik dri skolah sy nampak die tegah tunggu sy di depan pintu…die juga mempunyai isteri baka parsi…chik mok…beberapa bulan kemudian die nak berdisiplin dgn duduk di bawah flat sy…tiga hari kemudian..apabila sy turun hendak melihat nya…sy berasa amat terkejut…ciko dalam keadaan nyawa² ikan dgn berlumuran drah…beberapa minit kemudian die menghembuskan nafas terakhir die di dunia ini untuk pergi ke dunia lain…sy tidak boleh bayangkan…jasa die terlalu banyak dalam keluarga sy…..bayang kan kucing yg terlalu setia kepada anda…dibunuh oleh org yg tidak bertanggungjawab…tarikh kematian nya 21/10/2015….

nizam
nizam
Reply to  afi_yaya1612
7 tahun yang lalu

Sy pun syg sama kucing sy

Muhammad
Muhammad
9 tahun yang lalu

NabiMuhammad  menyayangi seluruh makhluk Allah…

mudd
mudd
9 tahun yang lalu

Assalamualaikum..saya ada seekor kucing..baru saja mati..akibat..saya sunatkan anunya..bukan niat nak membunuh..cuma tak suka tengok..dia buat keja tuh jer..adakah saya salah?berdosakah saya..
saya amat merindui kucing kesayangan saya itu..huhuhu

nizam
nizam
Reply to  mudd
7 tahun yang lalu

ITU zalim la

elly
elly
9 tahun yang lalu

saya pun syg sgt2 dgn kucing sy :-)

zakiah ibrahim
zakiah ibrahim
10 tahun yang lalu

kemana dan dimana sahaja aku berada aku pasti menemui kucing. x kira apa warna dan apa jantina. aku jd jatuh belas kasihan. x sanggup nak biarkan begitu sahaja. so dalam handbag atau dlm kereta aku pastikan ada makanan kering utk kucing. so di mana jumpa kucing dah tentu senang utk aku hulurkan mknan. sayang sgt. kat rumah ada combi n jijah, kat luar ada abot, atot, puteh, gendut, mandela dan ada 4 ekor lg anak gendut yg baru lahir 2 mggu lepas. kata anak aku nak bagi nama jebat, mas, kecik dan satu lagi masih fikirkan….ada cadangan silakan…kat opis yg sentiasa tuggu aku sampai setiap pagi namanya atam…masa kat opis lama dikl tu ada dimaz…kat opis aku dipaloh ada nama neng…aku benci org yg kejam pd haiwan….semoga Allah sentiasa melindungi kucing2 yang ada dimana2 jua…amin.

rossa 2013
rossa 2013
10 tahun yang lalu

saya ada kucing tiga ekor namanya chichi,chika dan chiki.emak kucing bersalin di rumah saya,jadi saya belalah dia macam anak saya sendiri.baru-baru ni kucing saya mati disebabkan penyakit.saya sangat sedih dia mati satu demi satu. tiap-tiap hari saya bagi dia makan..saya sanggup belikan makanan dia tiap-tiap hari supaya dia cepat dewasa. kucing saya. hidup selama tiga bulan sahaja.anak saya memangis tak henti-henti disebabkan kucing kesayangannya mati.saya amat bersedih hingga kini.saya susah untuk melupakannya.semoga suatu hari nanti saya akan dapat bertemu dengan kucing kesayangan saya di pintu syurga. kadang-kadang saya tak boleh tidur malam disebabkan kehilangan kucing kesayangan saya.

lang
lang
Reply to  rossa 2013
10 tahun yang lalu

sama lah macam saya dan keluarga saya..kucing2 adalah sebahagian drp keluarga kami..
saya amat memahami perasaan bila kehilangan kucing kesayangan.