Perkongsian Tentang ISLAM. Hidup dan Matiku hanyalah kerana Allah

Pemilik Hati Yang Patah..

Untuk yang sedang bersedih

Beramalah kerana Allah, agar peluhmu tidak sia-sia. Jangan kau hentikan amalmu kerana banjir airmata kecewa yang menghalang jalanmu. Sesungguhnya Allah tidak pernah luput hitungannya. Dia akan meninggikan setiap hamba yang jatuh bangun menyempurnakan pengabdian padaNya.

Wahai jiwa yang sedang layu…

Panjangkanlah sujudmu di malam-malam sunyi. Agar kau tahu bahawa keindahan tetap bersemayam di hati orang-orang yang mendapati cinta Illahi. Dan menangislah sepuasnya… ketika hanya ada kau dan Dia. Adukan sahaja segala resahmu. Sebab dialah yang memiliki jawapannya.

Wahai jiwa yang sedang dirundung gelisah…

Jangan pernah berhenti mendengarnya bertutur. Walau ceritanya merobek-robek harapan yang sedang kau tumbuhkan. Kadangkala manusia tidak mengenal dirinya sendiri bukan? Dengarlah nasihat seorang bijak, tentang seseorang yang sedang mencari kebahagiaan. Kebahagiaan hanya akan diperoleh dengan banyak memberi.

Untukmu yang sedang luka..

Jangan pernah engkau hentikan lantunan ayat-ayat cinta. Sekalipun suaranya tenggelam tertelan riuh desakan air mata. Kau tidak akan pernah tahu siapa yang akan terubat dengan lantunanmu. Maka teruskanlah nyanyian sucimu.

Hai pemilik hati yang patah..

“…yang kau sayang selalu sahaja menerbitkan kesedihan hatimu..” Percayalah bahawa cinta dapat ditumbuhkan dimana saja. Jika hati diumpamakan pintu, adalah wajar jika kita mengetuk pintu yang salah. Insya Allah, Kau yang akan menemukan pintumu. Mintakan pada Dia yang Menebar Cinta!

Kawanku yang dicintai Allah..

Hidup ini hanyalah permainan yang harus kita mainkan dengan sungguh-sungguh. Maka, tiada gunanya berlama-lama dalam duka. Duka yang bertahun hanya akan membuatmu buta akan banyak kebahagiaan yang disajikan Allah padamu. Duka yang kau genggam akan membuatkan mu jauh dari rasa syukur.

Ini untukmu yang sedang bersedih

Dalam rangka menasihati diri sendiri…

Enter Your Mail Address

9 Responses to “Pemilik Hati Yang Patah..”

  1. Ayunie Queenhear April 17, 2012 at 8:18 AM #

    izin share y utk aq trbitkan kmbli d fp…..

       0 likes

  2. zamzurina March 16, 2012 at 10:21 AM #

    tenang dengan kata2 pujukan ini….sabar lar hati moga akan hadir seseorang didalam hidupku….mencintai..mengasihi…semata-mata kerana ALLAH….

       0 likes

  3. wanfadhli September 2, 2011 at 4:09 PM #

    Cinta abadi adalah kepada Allah SWT, kerana kita milikNya.. Sememangnya, hati sy patah, luka, layu, sedih dan gelisah, tatkala ditinggalkan setelah begitu lama mengharapkan cinta dan kasih syang sesama manusia.. Pencarian dlm kesakitan, penderitaan, jiwa yg tersiksa adalah hasilnya, iaitu kita hanya merasai shj,sbb kita meminjam drNya, kita tidak sesekali berkuasa dan memegangnya.. Skrang sy hanya berserah pdNya dgn sepenuh hati agar ditemukan seseorang yg bleh menyayangi diri ini..

       1 likes

  4. Dila July 25, 2011 at 4:20 PM #

    Mohon izin share.. t.kasih..

       0 likes

  5. Suzana0207 June 17, 2011 at 3:56 PM #

    never bored reading this… thanks.. it helps me a lot dlm mghadapi kehidupan. life sometimes so hard.. hanya dgn mengingati Allah.. hati ini akn kuat.. insyaAllah..

       0 likes

  6. Tunkuhudrezairell June 9, 2011 at 4:44 PM #

    kalau boleh like ..20 juta kali akan aku like kat sini… TQ 

       0 likes

  7. Tunkuhudrezairell June 9, 2011 at 4:44 PM #

    kalau boleh like ..20 juta kali akan aku like kat sini… TQ 

       0 likes

  8. Nuramalina_mahadhir June 9, 2011 at 12:59 PM #

    ^_^ .. 

       0 likes

  9. hamba Allah June 9, 2011 at 8:16 AM #

    =,)

       0 likes

Leave a Reply:

Gravatar Image

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline