Izinkan Saya Berzina!

Sedang Nabi Muhammad saw duduk bersama para sahabat, muncul seorang pemuda berjumpa Nabi lalu berkata: “Izinkanlah saya untuk berzina.”

Mendengar perkataan yang biadab itu, sahabat-sahabat terpinga-pinga dan merasa marah.

Namun Nabi Muhammad bersikap tenang dan melayan dengan baik. Baginda menyuruh pemuda itu hampir kepadanya lalu bertanya “Mahukah engkau berzina dengan ibumu?”

Pemuda itu menjawab “Tidak!”.

Lantas Nabi bersabda “Kalau begitu, orang-orang lain juga tidak suka berbuat jahat kepada ibu-ibu mereka.

Nabi kemudian mengajukan soalan kedua :

Sukakah kamu berbuat jahat dengan saudara perempuanmu sendiri?

atau sukakah kamu sekiranya isteri kamu dinodai orang?”

 

 

Kesemua soalan itu dijawab oleh pemuda itu dengan “Tidak!”.


Rasulullah saw kemudian meletakkan tangannya yang mulia ke atas pemuda itu sambil berdoa

“Ya Allah, sucikanlah hati pemuda ini. Ampunkanlah dosanya dan peliharakanlah dia dari melakukan zina.”

Sejak peristiwa itu, tiadalah perkara yang paling dibenci oleh pemuda itu selain zina.


—> Aku Ingin Mencintai Dengan Sebenar – Benar Cinta. Klik sini

output_8vyUki

Masukkan alamat email anda untuk subscribe / melanggani blog ini dan menerima setiap artikel baru melalui e-mel.

Join 2,428 other subscribers

Comments

  1. says

    sesungguhnya setiap larangan dan tegahan yang telah digariskan dalam Islam mempunyai hikmah disebaliknya.. kita hanya hamba, tidak mampu berfikir menjangkaui ilmu dan pengetahuan yang dimiliki oleh Allah s.w.t. kerna Allah Maha Mengetahui akan setiap sesuatu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *