Mengapa Sampai Perlu Mengintai Dosa & Aib Orang Lain?

mendedahkan aib orang lainKita telah memasuki fasa kedua bulan Ramadan, pastinya umat Islam di negara ini mengharapkan pengampunan daripada tuhan yang esa.

Setiap kali bulan Ramadan datang bertandang, kita akan disajikan dengan pelbagai  cerita.

Malangnya, tidak semua cerita yang kita dengari dan baca membantu proses mendapat pengampunan tuhan yang sepatutnya menjadi objektif utama kita.

Saya fikir perubahan sikap untuk menjadi seorang muslim yang kuat beribadah pada bulan yang mulia ini, harus disusuli dengan perubahan pemikiran.

Saya cukup aneh melihat begitu banyak orang menghabiskan masanya untuk menghukum dan menghakam orang lain berbanding memperuntukkan masa itu untuk berkhalwat dengan Tuhan.

Apakah kita merasakan diri kita sudah terlalu mulia dan cukup amal untuk menyebarkan aib-aib peribadi orang lain?

Mendedahkan Aib Orang Lain

Antara acara utama yang akan wujud dalam bulan Ramadan adalah tangkapan orang yang tidak berpuasa.

Semalam saya membaca tiga orang muslim yang melakukan ‘kerja-kerja berat’ ditangkap kerana makan secara bersembunyi.

Jika seorang muslim itu ‘makan’ dikhayalak ramai, untuk berlaku adil, saya rasa dia wajar untuk dinasihati supaya tidak menimbulkan “fitnah” terhadap diri sendiri.

Namun, jika kelakuan yang tidak wajar itu dia lakukan dalam keadaan tertutup seperti di rumah atau di tempat kerja tertutup, tidaklah wajar untuk sesiapa melakukan intipan.

Terdapat juga perbahasan yang menarik tentang hukum berpuasa bagi orang-orang yang melakukan kerja-kerja berat.

Antara pendapat yang popular dan telah digunakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan untuk menjawab soalan ini adalah;

Dr. Wahbah al-Zuhaili dalam al-Fiqh al-Islami menukilkan pendapat Abu Bakar al-Ajurri:

Orang yang bekerja berat ialah orang yang mempunyai pekerjaan yang berat.

Jika dia bimbang berlaku kebinasaan dengan sebab puasa, maka dibolehkan berbuka dan melakukan qadha’ jika seandainya pekerjaan tersebut mendatangkan kemudharatan sekiranya ditinggalkan.

Jika meninggalkan pekerjaan itu tidak membawa sebarang kemudharatan, dia berdosa kerana berbuka.

Jumhur fuqaha menetapkan bahawa wajib ke atas pekerja yang melakukan kerja berat bersahur dan juga berniat puasa.

Jika berlaku sebarang keuzuran atau lapar yang amat sangat dan dibimbangi berlaku kemudharatan, harus baginya berbuka puasa dan melakukan qadha’.

Jika sekiranya kemudharatan pasti berlaku dengan sebab puasa, maka wajib ke atasnya berbuka, seiring dengan firman Allah SWT:

Maksudnya:

Dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesame sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihi kamu.

(Surah al-Nisa’: 29)

Dosa tidak berpuasa tanpa sebab yang dibenarkan jelas salah dan tidak wajar dilakukan oleh seorang muslim yang berkemampuan untuk berpuasa, namun dosa-dosa seperti ini adalah dosa peribadi yang melibatkan seorang hamba dengan tuhan.

Mudah-mudahan pelaku dosa itu akan bertaubat dan kembali kepada tuhan.

Apa yang lebih perlu “diintai” adalah kesalahan yang melibatkan kebajikan orang ramai, sebagai contoh kesalahan yang melibatkan amanah orang awam.

Akibat kesalahan yang dilakukan, orang yang sepatutnya mendapat manfaat, terabai.

Kesalahan-kesalahan seperti rasuah, salah laku kuasa dan seleweng dana awam jauh lebih utama untuk didedahkan kepada orang awam.

Dosa peribadi memerlukan pengampunan tuhan semata-mata, tapi dosa yang melibatkan pengambilan hak-hak orang lain, menuntut kemaafan dan pengambilan hak pihak yang teraniaya.

Saya fikir hal ini perlu difahami oleh kita sebagai orang awam, supaya mata kita tidak terlalu tajam melihat dosa dan aib orang lain, sedangkan kain kita sedang terlondeh.

 

Kuasa Viral Media Sosial

Beberapa hari yang lepas saya membaca sebuah “post” berkenaan seorang wanita yang mengenakan pakaian menjolok mata bersama kekasihnya berkunjung ke bazar Ramadan.

Seorang wanita telah mengambil gambar perempuan tersebut dan mentularkannya pada media sosial.

Gambar itu mendapat perhatian yang luas daripada netizen, ramai yang mengecam dengan perkataan-perkataan “judgemental”.

Akhirnya gambar itu disedari oleh “tuan punya badan”, dan membuat penjelasan bahawa dia bukanlah seorang penganut agama Islam.

Bukankah “kerakusan” menghukum orang lain seperti ini akan membawa malu kepada diri sendiri?

Lebih malang, ia mengundang emosi orang-orang yang sedang berpuasa untuk melontarkan komen-komen kurang baik.

Jika benar ada orang yang berpakaian menjolok mata ketika bulan Ramadhan, biarlah peringatan nabi kepada Muadz untuk menundukkan pandangan menjadi azimat.

Untuk “share” aib-aib orang lain, kita hanya  memerlukan beberapa saat.

Kejadian pasangan bercumbu di dalam sebuah kereta menghangatkan lagi cerita-cerita Ramadan.

Bukankah apa ang mereka lakukan itu satu kedangkalan akal yang jelas?

Merakamkan adegan “peribadi”.

Mengapa perlu orang-orang pintar terjerumus dalam kedangkalan akal ini?

Pada masa kini, orang yang cetek akal sering melakukan aksi-aksi “bodoh”, tapi “kebodohan” itu sering mendapat liputan yang meluas.

Akhirnya, semakin ramailah yang bercita-cita untuk cetek akal untuk meraih populariti.

Biarlah aksi-aksi yang tidak membantu umat dibiarkan berlalu, lama-kelamaan kehangatan itu akan disejukan oleh masa atau isu hangat yang lain.

 

Kasih Sayang adalah Kunci Perpaduan

Saya percaya agama Islam tidak mengajarkan umatnya untuk menjadi bengis.

Sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan dan berdosa mempunyai peluang untuk kembali ke jalan tuhan selagi memiliki nyawa, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan.

Jika kita memandang pelaku-pelaku dosa ini seperti saudara-saudara kita, pastinya kita akan berusaha untuk menutup aib mereka.

Bukankah umat Islam itu bersaudara?

Bukankah tuhan telah berjanji, barangsiapa yang menutup aib orang lain, maka tuhan akan menutup aibnya pada hari kemudian.

Kita juga kelihatan mulia pada mata orang lain kerana aib-aib kita tidak terdedah, pastinya kita juga tidak ingin jika aib-aib kita ditularkan.

Dunia pada hari ini sudah cukup sakit, perperangan dan persengketaan di sana-sini.

Kasih sayanglah adalah kunci kepada dunia yang lebih baik, dan moga-moga kasih sayang yang diajarkan dalam agama akan menjadi perisai untuk kita tidak terlalu gemar melondehkan kain orang lain.

 

Moga Ramadan Mengubah Mentaliti dan Sikap

Saya percaya akan ada orang yang tidak bersetuju dengan apa yang dinukilkan ini, ia adalah hal biasa.

Hujah seperti pesalah yang dikenakan hudud akan dihukum dikhayalak ramai pasti akan kedengaran.

Pelaksanaan hukuman hudud memerlukan proses penyiasatan dan perbicaraan yang benar-benar ramai, ia tidak semudah mengambil gambar dan terus meletakkan hukum.

Sebagai seseorang yang penuh dosa, saya fikir adalah lebih baik kita fokus untuk memperbaiki diri dan memohon pengampunan tuhan.

Jika melihat kelakuan tidak wajar seorang muslim yang lain, cubalah dekati dan nasihati secara berhikmah.

Paling penting lakukan siasatan dan pertanyaan, jika terbukti dia melakukan dosa peribadi, maka tutuplah aibnya serapat yang boleh.

Ingatlah, mendedahkan aib peribadi orang lain tidak menjadikan kita lebih mulia atau bertaqwa.


Artikel ini adalah perkongsian daripada Rahman Imuda, aktivis mahasiswa di Universiti Malaysia Kelantan.

Beliau boleh dihubungi di [email protected]

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

10 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
BonDe
BonDe
4 tahun yang lalu

*Ingatlah, mendedahkan aib peribadi orang lain tidak menjadikan kita lebih mulia atau bertaqwa* ▶sgt2 setuju tp pd zaman sekarang mereka lebih berasa mulia dan berasa mereka lah yg confirmed masok syurga bila mana dapat mengaibkan org lain!!! Pengalaman saya yg paling berharga diaibkan oleh keluarga sendiri & dipaksa masok wad sakit mental…bila ditanya KENAPA SAYA DIPAKSA MASOK? tiada jawapan??!

wan
wan
6 tahun yang lalu

best sgt cerita ni… (y)

alf
alf
6 tahun yang lalu

Makasih Info Nya Semoga Bermanfaat :)
Kunjungi Website Toko Buku Islam Kami :)
http://www.bukusunnah.web.id/

Ahmad
Ahmad
6 tahun yang lalu

Artikel yang bermanfaat

Garis islam
Garis islam
6 tahun yang lalu

Wow

allan
allan
6 tahun yang lalu

saya seorang cina yang tertarik pada pengajaran islam. terima kasih meluangkan masa dan ilmu untuk mengeluarkan kandungan yang amat bermakna pada saya.

Brainking Plus
Brainking Plus
Reply to  allan
6 tahun yang lalu

alhamdulillah, semoga Allah memberimu hidayah aamiin