Tempat Paling Sejuk Di Bumi

Kali ini kami ingin berkongsi informasi tempat tempat-tempat paling sejuk dimuka bumi.

Kawasan negara kita yang terletak didalam kawasan iklim tropika sering membuatkan kita mengeluh kerana panas sewaktu pulang dari sekolah atau kerja.

Kepanasannya kadangkala membuatkan kita merasakan ingin tinggal dikawasan yang sejuk dan bermain salji.

Tapi mungkin setelah kita membaca artikel ini, kita akan berfikir dua kali untuk tinggal ditempat sejuk.

Yakutsk, Rusia


Suhu yang rendah dibandar Yakutsk ini mencecah sehingga negatif 50 darjah Celcius ( -50ºC ), dan biasanya terjadi pada bulan Januari.

Meskipun suhunya sangat sejuk, kota ini tetap dihuni oleh ramai orang.

Sekurang- kurangnya terdapat 200 000 orang yang tinggal di kota ini.

Oleh kerana suhu dinginnya yang melampau, penduduk disini sering membiarkan enjin kenderaan mereka sentiasa hidup walaupun ketika mereka berhenti di suatu tempat dalam tempoh masa yang lama kerana mereka bimbang minyak bakar kenderan mereka membeku.  

.

North Ice Station, Greenland

Greenland memang terkenal sebagai kawasan paling dingin dibahagian barat bumi .

Suhu terendah yang pernah tercatat di Greenland ada di North Ice Station, sebuah daerah pusat penyelidikan milik negara Britain, dengan suhu negatif 66 darjah Celcius ( -60ºC )

.

Verkhoyansk, Rusia

Lapan hari berkenderaan dengan kereta dari Yakutsk, baru kita akan menjejaki Verkhoyansk, yang terletak pada Lingkaran Artik.

Terdapat  1300 orang yang tinggal di wilayah ini, dan sebahagian besar mereka bekerja sebagai pemburu dan menggunakan kereta salji.

Sebenarnya di wilayah ini terdapat banyak emas, tetapi terlalu dingin untuk membuka lombong. Tempat yang dikenali dengan nama “Stalin’s Death Ring” ini hanya boleh dikunjungi semasa musim dingin, ketika tasiknya membeku.

Suhu terendah di kota ini adalah negatif 69 darjah Celcius  ( – 69ºC ).

.
Oymyakon, Rusia

Masih dalam wilayah  sama, berdekatan Verkhoyansk dan Yakutsk, Oymyakon yang hanya dihuni oleh 900 orang ini boleh mencapai suhu negatif 71 darjah Celcius ( -71ºC ) ketika musim sejuk.

Musim sejuk di sini adalah sangat lama, iaitu kurang lebih selama sembilan bulan. Dalam bahasa etnik Sakha Rusia, oymyakon berarti “air yang tidak beku” 

.

Vostok Station, Antartika 

Ini dia tempat paling sejuk di dunia. Dengan suhu terendah, negatif 89 darjah Celcius ( -89ºC ), Vostok, yang dalam bahasa Rusia bererti “timur”, hanya terdapat  pusat penyelidikan milik Rusia.

Mungkin kerana terlalu dingin, tiada  orang yang mahu bermastautin disini.

.“Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” Surah Al Hasyr : Ayat 1

.

sumber: http://ziunik.blogspot.com/2010/11/5-tempat-terdingin-di-dunia.html

Masukkan alamat email anda untuk subscribe / melanggani blog ini dan menerima setiap artikel baru melalui e-mel.

Join 1,831 other subscribers

EarthSecret

Comments

  1. paklah says

    Bentuk pertama “BACA DENGAN PERTANYAAN”
    Pertanyaan dimulai dgn bukti nyata ayat pertama yang diwahyukan oleh Allah S.W.T kpd junjungan besar Rasullullah s.a.w kenyataan dasar dalam surat Al-Alaq ayat:1

    “iqra’ bismirabbikal lazi khalaq. Bacalah Dengan Nama Tuhan yang menjadikan engkau (Surah 96, al-’Alaq:1)

    Berasaskan kenyataan ayat ini maka:
    Tanya: Bagaimanakah cara membacanya?
    Jawab: Bacalah dgn kata:
    Bismillahir rahmanir rahim (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang)
    Al-Fatihah ayat:1

    Berdasarkan kenyataan ayat dlm surah Al-Fatihah ayat 1 maka:
    Tanya: Mengapa mesti berkata begitu?
    Jawab: Untuk memuji Allah, tuhan kamu dgn berkata:
    Alhamdulillahi rabbil ‘alamin. (Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian Alam)
    Al-Fatihah ayat:2

    Berdasarkan kenyataan ayat dlm surah Al-Fatihah ayat 2 maka:
    Tanya: Siapakah dia Allah, tuhan sekalian Alam?
    Jawab: Itulah Dia, Diri Zat yang bersifat:
    Arrahmanir rahim,. (Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang)
    Al-Fatihah ayat:3

    Berdasarkan kenyataan ayat dlm surah Al-Fatihah ayat 3 maka:
    Tanya: Lalu siapakah Dia yang sebenarnya, Zat yang sehebat itu?
    Jawab: Dialah Raja segala raja, Raja dalam kehidupan manusia sehari-hari:
    Malikiyaumiddin.. (Raja sehari-hari dalam kehidupan)
    Al-Fatihah ayat:4

    Berdasarkan kenyataan ayat dlm surah Al-Fatihah ayat 4 maka:
    Tanya: Lantas bagaimana pentingnya dia kepada kita?
    Jawab: Supaya kita berbakti kepada-Nya dan mendapatkan pertolongan dengan menegaskan kata:
    Iyyaka na’budu wa iyyaka nasta’in. (Hanya kepada engkau kami berbakti dan hanya kepada Engkau kami meminta pertolongan)
    Al-Fatihah ayat:5

    Berdasarkan kenyataan ayat dlm surah Al-Fatihah ayat 5 maka:
    Tanya: Baiklah pertolongan seperti apa yang Dia berikan kepada kita?
    Jawab: Pertolongan yang paling berharga yaitu petunjuk (hidayah) dan jalan untuk kehidupan yang diajarkan-Nya dengan berkata:
    Ihdinassiratal mustaqim.. (tunjukkanlah kami jalan yang lurus)
    Al-Fatihah ayat:6

    Berdasarkan kenyataan ayat dlm surah Al-Fatihah ayat 6 maka:
    Tanya: Bagaimanakah bentuk jalan yang lurus-petunjuk yg dimaksudkan itu?
    Jawab: jalan nikmat seperti yang dikurniakan orang-orang terdahulu, yaitu jalan yang di redhai-Nya serta jalan terhindarnya diri seseorang dari golongan orang-orang yang dimurkai oleh Tuhannya pada hakikat firman Allah:
    Siratallazina an’amta ‘alaihim. Gairil magdubi ‘alaihim waladdalin (Jalan seumpama mereka yang Engkau berikan nikmat dan tidaklah mereka itu dari kalangan orang-orang yang dimurkai dan disesatkan)
    Al-Fatihah ayat:7
    Wallaahu a’lam Ya Rabbal ‘aalamin..

    Perhatian:
    Pertanyaan penulis kepada generasi penerus.
    Berdasarkan panduan cara pertanyaan2 dibuat, apakah generasi penerus dapat merasakan bahawa susunan ayat-ayat Al-quran (surat 1, Al-Fatihah 1-7) adalah satu susunan ayat-ayat yang benar2 tersusun, rapi serta terkait erat maknanya antara satu ayat dgn ayat lainnya. Sehingga membuat manusia mudah untuk memahami al-Quran? jika dapat dirasakan hal demikian, bacalah Al-Quran, kerana ia adalah mukjizat agung dari Tuhan semesta alam…

    *** petikan dari Al Fathun Nawa – Dr. Halo-N

    http://al-fathunnawa.blogspot.com

  2. shikin says

    betul tu..kita boleh kaitkn dengan kebesaran Allah..setiap apa yang Allah ciptakan itu, adalh yang terbaik…Malaysia adalah terbaik untuk kita..Allah lebih mengetahui

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *