Kuno Tetapi Logik Secara Saintifik – Makan Sunnah Nabi

Makan Sunnah Nabi
Makan Sunnah Nabi

Tertarik dengan kenyataan Rasulullah SAW yang menyatakanΒ bahawa “perut adalah punca penyakit“.

Bagi orang Islam, Nabi SAW adalah contoh terbaik, setiap perbuatan Nabi SAW mempunyai sebab tersendiri, dilakukan atas jagaan ilmu Maha Mengetahui.

Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari.

1. Makan Sunnah Nabi :Β Jangan Makan / Minum

Susu bersama salah satu (atau semua) berikut; Daging, Ikan, Ayam, Cuka, Buah

IkanΒ bersama salah satu (atau semua) berikut;Β Daging, Telur, Daun salad

2. Cara Makan

Makan hanya cukup sekadar untuk menghilangkan lapar.

Jika mahu makan lebih: sediakan 1/3 untuk makanan, 1/3 untuk cecair/air, 1/3 untuk udara/bernafas.

Tidak makan buah selepas hidangan berat (eg: nasi, gandum, roti).

Hanya makan buah sebelum menjamah makanan lain. Buah segar merupakan makanan pra-cerna,boleh masuk terus dari perut ke usus.

Jika dimakan bersama makanan lain (eg: buah bertemu makanan lain dalam perut), buah akan terperangkap, bercampur dalam perut, biasanya mengakibatkan fermentasi (proses menghasilkan tenaga tanpa oksigen) buah dan segala makanan dalam perut berlaku secara sendiri.

Tidur sejam setelah makan tengahari (sebelum waktu zohor)

Dilarang meninggalkan makan malam.

Jika abaikan?

Kekurangan nutrisi menambah risiko penuaan (dimakan usia/aging) dan peningkatan berganda kolesterol dalam badan.

Kitab-kitab perubatan Islam melarang makan bersama/mencampur makanan darat (ion positif) bersama makanan laut (ion negatif).

Menurut kajian, ion+ dan ion- menghasilkan tindakan biokimia yang boleh memudaratkan usus manusia.

Makan menggunakan tangan kanan dan dijilat jari.

Jari menghasilkan enzim 10 kali ganda lebih banyak berbanding air liur dalam membantu dalam proses pencernaan makanan.

Tunggu makanan dimasak sejuk sedikit sebelum dimakan. Tiada keberkatan dalam makanan yang dimakan panas-panas.

Mengambil sedikit/secubit garam sebelum makan.

Garam (NaCl) terdiri dari Natrium (sodium) klorida (chloride). Klorida yang terdapat dalam garam merupakan klorida yang sama dirembeskan dalam perut (klorida dalam asid hidroklorik, yang penting untuk pencernaan makanan).

Jadi, pengambilan garam sebelum makan membolehkan badan menghasilkan hidroklorik asid mencukupi bagi mencernakan makanan.

Kebanyakan efek negatif garam seperti diwarwarkan dunia kini adalah berpunca dari lebihan natrium, bukan klorida.

3. Cara Minum

Tidak minum air segelas dalam satu nafas sahaja.

Sebaliknya minum seteguk-seteguk selang seli bernafas sambil duduk.

Tidak minum ketika sedang menjamah makanan. Sila minum sebelum/selepas makan.

Jika lalat jatuh dalam air minuman.

Selamkan 100% lalat tersebut ke dalam air. Kemudian buang lalat tersebut.

Terdapat sel longitudinal (sel yis) hidup menumpang (parasit) dalam badan lalat dengan sebahagian mencelah di setiap tubula (rongga) respirasi (pernafasan) lalat.

Jika lalat diselam, perubahan tekanan osmosis air akan menyebabkan sel ini pecah/meletup membebaskan antidot bagi melawan patogen dalam badan lalat.

4. Lain-lain Sunnah Amalan Pemakanan SihatΒ Makan Sunnah Nabi

Bersugi sebelum dan selepas makan. Malah Nabi SAW juga bersugi sebelum setiap kali menunaikan solat fardhu.

Makan makanan “whole foods” (makanan yang mengekalkan sebatian asal, bukan makanan proses). Makan makanan yang ada dalam musimnya.

Tidak mencampur sejenis makanan bersama sejenis makanan lain sesuka hati. Kini hanya 25% penduduk dunia yang masih makan “whole foods”.

Tidak mencari kesalahan dalam hidangan.Β Jika suka, Nabi SAW akan makan. Jika tidak suka, Nabi SAW akan menolak dengan baik.

sumberΒ 

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

6 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
An
An
2 tahun yang lalu

Boleh tahu ini berdasarkan fatwa/ hadis apa ya?

fariziati
fariziati
8 tahun yang lalu

terbΓ ek…

hamba allah..
hamba allah..
9 tahun yang lalu

Ramai yg ssh nk percaya n ikut kenyataan yg d keluarkn.. tp ini kenyataan yg kita x sedar selama ni.. pihak yahudi permainkn kita melalui makann..

ratuAfifah
ratuAfifah
12 tahun yang lalu

sal entry air tu…dah tu air masuk lalat…boleh minum lg ke?

mrs depp
mrs depp
Reply to  ratuAfifah
10 tahun yang lalu

yup…tenggelamkn btul2 then bleh mnum…

Zackseven7
Zackseven7
12 tahun yang lalu

Best bro… Gua suke bace ni..