Kisah Benar Seorang Wartawan Yang Menyamar Mengenakan Burqa di Finland

Katja Kuokkanen adalah wartawan daripada surat khabar Helsingin Sanomat, salah satu surat khabar yang terbesar di kawasan Skandinavia

Apa yang menarik dalam kisah ini, dia telah menyamar menjadi seorang perempuan muslim yang mengenakan Burqa dan merayau-rayau di ibu kota Helsinki.

Dia sengaja menyamar menjadi menjadi perempuan Muslim kerana ingin merasakan sendiri bagaimana rasanya mengenakan busana muslim lengkap dengan burqanya di tengah masyarakat Finland yang masih asing dengan agama Islam.

Bagaimana rasanya direnung dan diperhatikan dengan pandangan aneh dan takut dari orang-orang di sekitarnya.

Kuokkanen menuliskan pengalaman dan perasaannya saat dan setelah mengenakan niqab. 

Inilah yang ditulisnya:

Niqab dari bahan sifon berwarna hitam kadang melorot dan menutupi kedua-dua mata saya.

Suatu ketika saya tersandung dan melanggar bahu seorang laki-laki di sebuah kedai barang-barang etnik.

Laki-laki itu membuat gerakan tangan meminta maaf, tapi dengan sikap acuh tak acuh seperti kebiasaannya.

Lalu lelaki itu melihat ke arah saya dan menyedari bahawa saya seorang perempuan yang memakai abaya dan burqa, pakaian khas perempuan Muslim.

Tiba-tiba laki-laki itu dengan sedikit membongkok dan mengulangi lagi permohonan maafnya.

Saya menyangka dia orang Arab dari dialeknya saat meminta maaf.

Saat itu saya merasakah hal yang tidak pernah saya rasakan sebelum ini kerana diperlakukan dengan begitu hormat oleh orang lain.


Dari kedai etnik, saya menuju stesen metro.

Ketika saya naik ke sebuah metro berwarna oren, saya menerima reaksi yang tak terduga. Seorang lelaki mabuk berteriak kepada tiga temannya di dalam metro yang padat dengan penumpang.

“Hei, lihat itu ada salah satu pemandangan neraka!” teriak lelaki mabuk tadi.

Mendengar teriakan itu, penumpang lain serta merta memalingkan pandangannya, tidak mahu melihat ke arah wajah saya.

Tapi tiba-tiba seorang perempuan menegur saya, “Barang kamu jatuh,” kata seorang perempuan setengah abad sambil menyerahkan pengepit rambut saya yang terjatuh di bangku sebelah.

Saya tidak mengucapkan terima kasih pada perempuan itu, kerana kalau saya mengatakan sesuatu, kemungkinan penyamaran saya akan terbongkar.

Lalu, ketika seorang gadis asal Somalia yang bekerja sebagai penjaga kedai, membantu saya membetulkan burqa.

Dia berkata bahawa jarang sekali perempuan Muslim di Helsinki yang mengenakan pakaian seperti yang saya kenakan.

Gadis Somalia itu juga memberitahu bahawa dia seboleh mungkin menghindari busana warna hitam.

Ia menganggap warna hitam sebagai warna yang dramatik dan mudah menarik perhatian orang ramai.


“Busana warna-warni yang cerah lebih bagus,” kata gadis itu sambil mengatakan bahawa kaum wanita Muslim di Finland tidak menentukan sendiri untuk menutup bahagian mukanya.

Dan di mall Itäkeskus, saya memperhatikan ramai orang yang melihat saya dengan renungan aneh bahkan takut.

Seorang lelaki muda hampir saja menumpahkan minuman tin yang dipegangnya apabila melihat saya dengan raut muka panik.

Saya sendiri mula membiasakan diri memakai abaya dan burqa.

Saya mula merasakan pakaian ini sangat selesa, meskipun saya agak sukar untuk melihat sesuatu dengan jelas kerana burqa yang saya kenakan.

Kemudian saya memutuskan untuk pergi ke pasar yang dibuka di kawasan letak kereta di mall Puhos.

Di seberang jalan, saya bertemu dengan seorang perempuan tua berasal dari Somalia yang dengan hormat mengucapkan “Assalamu’alaikum”.

Saya tersentuh mendengar salam itu.

Selama ini saya tidak pernah bergaul dengan perempuan Muslim.

Dan saya selalu menerima salam seperti itu dalam banyak kesempatan.

Setiap Muslimah dari berbagai usia dan dari pelbagai etnik, yang mengenakan busana muslimah selalu mengucapkan “Assalmua’alaikum” ketika bertemu dengan saya.

Ketika itu saya tidak mengerti apa arti ucapan itu, sehingga saya akhirnya tahu bahawa ucapan itu mengandungi doa kesejahteraan dan kesalamatan.

Lalu, seorang lelaki yang sedang berdiri di depan sebuah kedai memanggil saya.

“Hello! Hei! Tunggu!” teriak lelaki tadi.

Saya tidak menoleh kerana saya fikir seorang perempuan Muslim sangat menjaga kemuliaannya dan tidak akan menjawab panggilan seperti itu.


Beberapa jam selepas berjalan-jalan dengan mengenakan busana abaya dan burqa, saya kembali ke stesen Metro.

Perjalanan saya selanjutnya adalah Kamppi Center.

Sepanjang perjalanan, wartawan itu merenung pengalamannya sepanjang hari ini.

Dia kagum dengan reaksi setiap orang terhadap abaya dan burqa yang dikenakannya, dan dia merasakan sendiri bahawa mengenakan abaya dan burqa rasanya tidak seburuk yang orang lain fikirkan.

Dia tanpa ragu menegaskan, mengenakan abaya dan burqa, “Sama sekali tidak buruk. Jika anda memakainya, anda akan merasakan selamat.”

Kisah ini menjadi renungan di saat negara-negara Eropah yang mana beramai-ramai mula melarang jilbab dan burqa.

Seharusnya mereka yang mengenakan larangan itu, membaca kisah wartawan Helsinki ini sehingga tidak perlu ada dasar larangan berjilbab yang sebenarnya dikuatkuasakan kerana sikap Islamofobia masyarakat Barat.

sumber

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

5 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
trackback
Wartawan Ini Menyamar Memakai Burqa, Pengalaman Yang Dikongsinya Buat Ramai Tak Percaya! – Salam.my
5 tahun yang lalu

[…] sumber: Aku Islam […]

aznan
aznan
9 tahun yang lalu

Perkongsian yg baik cuma saya dapati terjemahan yg salah dpd artikel asal. Cth cider adalah arak yg diperbuat dpd jus epal bkn minuman tin biasa. ‘Hell of a sight’ tak bermaksud permandangan neraka ttp permandangan yg sangat hebat. Ada terjemahan memberi gambaran yg salah terhadap artikel asal. Diharap lbh berhati2 utk mengelakkan salah faham

Tien_slomboqu
Tien_slomboqu
13 tahun yang lalu

Nice story

intan lovesucks
intan lovesucks
13 tahun yang lalu

like :)

Cg. Md Min
Cg. Md Min
13 tahun yang lalu

Syeikh… Yg pkai serban tk dop ke?

Atau kne saman klu buat g2 kt sini… huhu…