Lambang Israel : Asal Usul Lambang Israel

Ketika Salahuddin al-Ayubi dapat mengalahkan tentera salib di Jerusalem, beliau membawa dua mimbar dari Halab ( Aleppo ) Syria, tempat dimakamkan Saidina Khalid al-Walid.

Saidina Khalid al-Walid antara sahabat yang berjuang untuk membuka kota Jerusalem ini. Setelah enam ratus tahun kemudian, Jerusalem berada di dalam tangan tentera salib.

Pada tahun 1187, ia berada ditangan Islam kembali. Mimbar ini sebagai simbol bahawa masjid ini telah di dalam amanah Islam semula

Satu mimbar diletakkan di masjid al-Aqsa, satu lagi di masjid al-Khalil (Masjid dimakamkan Nabi Ibrahim a.s). 

Apa yang menarik adalah di mimbar ini ada bintang enam, lambang Israel


Sebenarnya, bintang enam ini adalah lambang bangsa Arab Kan’an. Ia ada sejak ribuan tahun dahulu. Bangsa Arab Kan’an menggunakan bintang ini sebagai lambang kaum mereka.

Sebab itu, ketika Salahuddin datang, dia membina tingkap ini dengan mengekalkan lambang bintang enam ini sebagai menghormati kaum Arab Kan’an yang telah Islam.

Orang Kan’an merupakan penduduk asal tanah Palestin ini. Sebelum Israel dibawa oleh Nabi Musa ke Palestin, mereka telah ada. 

Umur mimbar ini hampir seribu tahun. Tingkap dan mar-mar di dinding ini berumur ratusan tahun. Orang Israel menggunakan lambang ini baru dalam 100 tahun.

Mereka menggunakan lambang ini dengan alasan seolah-olah mereka penduduk asal seperti Arab Kan’an di sini.

Di dalam Islam kita dilarang memakai lambang orang kafir. Bukan sahaja lambang, menyerupai sesuatu kaum pun kita dilarang.

Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud,

“Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia akan tergolong di dalam kaum itu”.

Israel menggunakan lambang bintang enam untuk menyatakan dia adalah penduduk asal Palestin ini.

Mereka mengarang buku-buku yang menyatakan mereka adalah penduduk asal dengan menafikan bahawa Arab Kan’an adalah penduduk asal di sini. Lambang Israel

Sebab itulah, Syeikh Yusuf Abu Sunainah menekankan kepada pemuda-pemuda Palestin agar kembali mendalami sejarah.

Apabila sejarah tidak diajar, maka akhirnya, sesorang akan hilang jati dirinya. Inilah yang sedang berlaku bagi penduduk Palestin yang bersekolah di sekolah rasmi.

Enam puluh tahun berada di dalam jajahan Israel bermakna sudah masuk generasi ketiga tanah ini dijajah.

Penduduk Palestin merasa selesa berada di bawah Israel kerana semua kelengkapan telah cukup dan keadaan di sini lebih selesa dari negara Arab lain. Tidak sedikit yang lebih bangga memakai passport Israel dari memakai passport Palestin atau Jordan .

Benarlah kata hukama’:-

“Jika mahu membunuh tanamam, racunlah akarnya, jika mahu membunuh bangsa, racunlah sejarah mereka”

sumber: zharifalimin.blogspot.com

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

14 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Danial
Danial
3 bulan yang lalu

Assalamualaikum, Ustaz saya nak tanya , Bintang ni betul ke Bintang Nabi Daud AS sebab saya pernah dengar Bintang ni macam ada related dengan Nabi Daud AS , boleh Ustaz explain sebab saya confused sikit mana Yang sahih , sebab ini berkenaan dengan para Nabi , saya nak tau sebab takut tersalah . Dan lagi satu Ustaz , saya nak tanya , saya ajar kawan saya ni tentang ujian jpj dan saya Tanya soalan semua dan dia dapat jawap Dan saya katalah insha’Allah Lulus sebab dia Dah belajar Dan paham , tapi adakah tindakan saya Tu Salah bila mengatakan Lulus Tu macam pasti Lulus kalau belajar padahal Allah Yang memberikan kejayaan Dan hanya Allah yang tahu kesan dari keputusan kita Dan masa depan kita, saya risau rosak Iman saya kata macam tu sebab terlintas lak isu bila terkata kat kawan taxi pasal ni , macam mana Ustaz saya risau sangat ni.

Samias
Samias
2 tahun yang lalu

apa maksud Saudara dgn ayat mereka lebih selesa di bawah jajahan israel? Selesakah orang Palestine apabila mereka diheret dan dikasari malahan dibunuh oleh zionis tanpa sebarang alasan munasabah? Mohon penerangan dengan ayat saudara yang pada saya macam tak munasabah. Terima kasih

GN-0015
GN-0015
4 tahun yang lalu

Assalamualaikum Ustaz Naim. Apa hukum pakai baju yang ada simbol bintang 6 bucu? Saya ada beberapa baju dengan bendera Chicago yang ada bintang 6 bucu, kadang2 terpakai semasa solat (tak perasan), apa hukumnya?

David
David
4 tahun yang lalu

Saudara mengharamkan Israel.
Capek deh . .. Haram yg saudara kirim k Israel, balik menuju yg kirim
Saudara dilinggkupi oleh “haram tsb”

soktau
soktau
7 tahun yang lalu

“kita dilarang memakai lambang orang kafir. Bukan sahaja lambang, menyerupai sesuatu kaum pun kita dilarang.”
akan tetapi kawin/tidur dengan budak perang orang kafir(slave) halal so nice

Ingin tahu
Ingin tahu
8 tahun yang lalu

Bkn bermaksud star of david (bintang Daud) ke?

jamal
jamal
12 tahun yang lalu

mnx kbenaran nk share..

Tkah_nur
Tkah_nur
12 tahun yang lalu

“Pada mereka, saudara di Gaza hal mereka. ” boleh jelaskan maksud ayat ni..saya xpaham

Adin Ahai
Adin Ahai
12 tahun yang lalu

fanatik sgt ni bro…bukan melayu yg suka mengadai bangsa ker?

TheBestOfMalaysiaBoleh
TheBestOfMalaysiaBoleh
Reply to  Adin Ahai
9 tahun yang lalu

Lu pon 2×5 je haram jadah.perangai cam pokewakk..

Sulaiman Yusof
Sulaiman Yusof
12 tahun yang lalu

Itu lah Mamak2 Di Malaysia buat. Mereka bercakap hal2 Melayu dan berjuang dalam UMNO dan akhir Melayu tulin akan hilang Jati diri dan beberapa generasi lagi orang tak kenal dah mana Melayu asal. Akal Yahudi seakan2 sama dengan akal Mamak2 Di Malaysia.

Pharlingga
Pharlingga
Reply to  Sulaiman Yusof
6 tahun yang lalu

Yang dimaksud Mamak2 itu siapa, kalau saya boleh tau?

wak
wak
Reply to  Sulaiman Yusof
6 tahun yang lalu

mamak pon islam…yng hng dok rasa baguihsangat ka…hang dah tentu msk syurga ka ka..hang lah pengkianat agama..jatuh kan hukum,,samakan saudara islam dengan yahudi tu…pikirlh sblum ckp..tuhan bg otak,,,sruh fikir benda baik..