Peristiwa April’s Fool, Adakah Ia Benar Terjadi?

April's Fool
April’s Fool

April’s Fool

Sekali lagi umat Islam cuba diperbodohkan – saya menerima maklumat ini dari seorang pembaca blog Aku ISLAM.

Marilah kita bersama – sama merenungi maklumat ini, supaya kita semua tidak terus tertipu lagi. Maklumat ini didapati di http://www.islamtomorrow.com/lies/fools.asp

Berhubung dengan sejarah sambutan April’s Fool yang dikatakan untuk meraikan hari tentera Salib berjaya menakluki Sepanyol.

Disini ada beberapa fakta yang perlu diperhalusi supaya Insyaallah kita akan nampak kebenarannya.

Kebanyakkan kisah yang dikhabarkan  media (termasuk pernah disiar akuislam Klik untuk ke artikel tersebut ) dan dipercayai orang ramai,  adalah tentera Kristian tidak dapat menakluki Sepanyol kerana ketakwaan tentera Islam yang tinggi.

Kisah itu juga menyebut tentera Salib mengirimkan alkohol dan rokok secara senyap-senyap supaya ketakwaan orang Islam dapat dilemahkan.

Setelah umat Islam lemah dan berjaya dikalahkan tentera Salib, semenjak itu bermulanya sambutan April’s Fool.

Cerita sebenarnya nampak tidak relevan dari beberapa aspek.

fakta pertama

1) Pertama, mari kita nilaikan sejarah yang mengatakan kekuasan muslim sepanyol berakhir pada 12 Januari tahun 1492.

Pada waktu itu perayaan April’s Fool tidak pernah kedengaran sehingga 50 tahun kemudian.

Pada zaman dahulu, pada abad ke-16 di Perancis, Sambutan tahun baru adalah disambut pada 25 mac, sebelum kedatangan musim luruh.

Pada waktu itu, perayaan ini disambut besar – besaran, dan disambut berterusan sehingga 1 April.

pada tahun 1564, apabila kalendar diubah menggunakan kalendar Gregorian, (atas desakan Pope Gregory) Raja Charles IX telah menukarkan perayaan tahun baru kepada 1 Januari.

Sesetengah pihak gereja berdegil menentang perubahan ini (atau mungkin tidak mengetahui mengenai perubahan ini) dan masih menyambut tahun baru pada 25 Mac sehingga 1 April.

Bagi orang Perancis yang sudah mengetahui dan menerima perubahan ini, mereka menyindir dan menyakat  golongan masih berdegil ini dengan menghantar hadiah palsu dan jemputan ke majlis yang tidak wujud.

Mangsa yang terkena akan digelar “Poisson d ‘Avril,” atau  “April Fish,” kerana pada waktu tersebut terdapat zodiak berbentuk  pisces

April Fool juga disambut sebagai hari mengelak jerat (mengelak kulit pisang) di England pada abad ke 18, dan budaya ini dibawa ke Amerika, Scotland dan Perancis.

.

fakta kedua

2) Kedua, kita perlu mengetahui bahawa rokok tidak pernah dicipta walaupun sehinggalah zaman kejatuhan Muslim Sepanyol pada Januari 1492.

Sebenarnya sebarang bentuk rokok tidak pernah ada di sepanyol sehinggalah Raja Ferdinand dan ratu Isabella menaiki takhta pemerintahan Sepanyol.

 

Fakta ketiga

3) Ketiga, sebenarnya muslim sepanyol mula berpecah belah pada masa Ibnu Seenah dan seangkatan dengannya pada zaman itu, cuba untuk menggunakan pemikiran logik dan akal untuk mempersoal hukum Allah.

Sesetengah ahli ilmuan yang terpengaruh dengan falsafah rom dan greek cuba untuk membuat pembaharuan di dalam Islam, sama seperti yang dilakukan pemimpin Islam yang liberal sekarang (modernis).

Pada waktu tersebut, muslim Sepanyol mula berpecah kepada beberapa kerajaan kecil dan tercetus perang saudara sesama mereka.

Mereka mengupah tentera dari kalangan orang kristian untuk saling menyerang antara satu sama lain.

Apabila pihak Kristian datang menyerang untuk kali pertama, perkara ini telah memaksa Khalifah Magribi ( Morroco) merentas Laut Meditrenean untuk membantu orang Islam di Sepanyol dan mereka juga  berjaya menghentikan perang saudara buat seketika.

Beliau menyeru muslim di Sepanyol kembali bersatu dibawah sistem 1 Khalifah seperti yang dianjurkan Islam.

Namun malangnya, Orang Islam di Sepanyol tidak berbuat sedemikian.

Mereka mula kembali berperang antara satu sama lain.

Apabila tentera Salib Rom datang menyerang sekali lagi, pemerintah Morocco sudah enggan untuk membantu  kembali Muslim Sepanyol.

Mereka kalah didalam pertempuran dan jatuhlah kerajaan Islam Sepanyol di tangan tentera Salib.

 

Marilah kita sama-sama memperbetulkan kembali fakta kepada saudara Islam kita yang lain, jika tidak kita semua akan terus diperbodohkan oleh cerita palsu.

Akhir sekali, hanya Allah yang mengetahui Semua pengetahuan. 

Semoga Dia mengampuni segala kesalahan saya dan membimbing kita semua ke jalan yang benar, Amin.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

8 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
zul
zul
5 tahun yang lalu

sumber “fakta” tuan ambil dari mana? boleh share buku/artikel/etc untuk rujukan?

padoks kamitake
padoks kamitake
7 tahun yang lalu

Kalau pembunuhan umat islam ada je yg tak betul…palsu la apa la…cuba org kafir yg kena bunuh tak payah ramai sorang je cukup dah heboh satu dunia belum lagi siasat habis dah tuduh org islam yg buat..begitu la jg dgn cerita d sepanyol mereka akan cuba sedaya upaya untuk menutup keganasan dan kejahatan mereka puak kafir di laknat Allah

Muslim Learner
Muslim Learner
10 tahun yang lalu

Assalamualaikum..
Setakat yang saya tahu kan,, April Fool muncul disebabkan tentera kristian menyebarkan berita palsu bahawa mereka telah menyediakan kapal-kapal untuk membawa orang Islam keluar dari bumi Sepanyol. Kononnya untuk mengelakkan orang awam masa tu daripada terlibat sekali dalam peperangan yang akan berlaku.. jadi,,apabila orang islam keluar dari tempat persembunyian mereka dan menaiki kapal itu,, orang kristian terus jer bakar kapal tu apabila semua jalan untuk menyelamatkan diri dihapuskan…

nurdzafirah
nurdzafirah
11 tahun yang lalu

saya tak berapa faham. means, april fool tetap tak boleh diraikan kan. :)

nurdzafirah
nurdzafirah
Reply to  Muhamad Naim
11 tahun yang lalu

okey :) faham3x

pik
pik
12 tahun yang lalu

salam. mybe saudara/i boleh edit or explain pasal ni or tambah link ke page ni dari page tentang april fool yg sebelum ni..terima kasih..

Hassan2803
Hassan2803
12 tahun yang lalu

salam.. byk info menarik kat sini.