Tips Berurusan Dengan Lelaki Dalam Islam. Mudah & Praktikal

Berurusan Dengan Lelaki
Berurusan Dengan Lelaki

Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dengan lelaki ajnabi

Tips-tips ini telah dikongsi oleh seorang sahabat yang amat disenangi oleh kaum wanita dan disegani oleh kaum lelaki.

Semoga dengan mengamalkan perbatasan perhubungan ini, akan lebih suci bagi hati kita dan bagi hati mereka.

Sama-samalah kita menjaga hati.

1. Elakkan berurusan dengan lelaki.

Kalau ada peluang untuk minta tolong dengan perempuan, mintalah tolong dari perempuan.

Disebabkan limitation kemampuan perempuan seperti repair kereta, repair laptop dan lain-lain, maka terpaksalah minta tolong dari orang lelaki.

 


2. Guna Perantaraan

Kalau terpaksa contact orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan, seperti SMS, email, atau nota kecil.

Gunakan perkataan-perkataan formal, bukan bahasa pasar.

Contoh: Maaf, (bukan sorrie..), Terima kasih (bukan time kaceh).

Lagi satu takyah la buat smiley face ke (^_^), gelak2 ke (hihihih), dan lain-lain yang kurang berfaedah.

Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa lelaki.

Sampai Allah pun kena sound kat orang perempuan supaya keraskan suara. Rujuk qur’an surah Al-Ahzab ayat 32:

“Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik.

Kalau rasa ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri nabi sahaja, lembut-lembutkanlah suaramu dan lihatlah kesannya.

Apabila arahan ini diberi kepada isteri-isteri nabi, sepatutnya kita juga menyahut seruan itu untuk mencapai darjat yang sama seperti mereka, darjat wanita-wanita yang bertaqwa dan darjat wanita-wanita yang terpilih.

Best bukan?

 


3. Tundukkan hati

Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang, kerana takut pada Allah.

Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki tertarik kepada kita.

Waktu berdepan dengan mereka, banyak-banyaklah berdoa, “Ya Allah, janganlah Kau buatkan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya dari panahan syaitan.”

 


4. Tundukkan pandangan.

Jangan tertipu dengan mata pelajaran communication skills yang kita belajar kat universiti dulu; “make eye contact with the person you’re talking to”.

Benda tu applicable kalau kita becakap dengan orang yang sama jantina sahaja.

Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jantina, kita akan mendapati theory “dari mata turun ke hati” tu betul.

So, be careful dengan pandangan mata.

Para sahabat dulu pun, Allah perintahkan supaya tahan pandangan apabila mereka berurusan dengan isteri-isteri nabi.

Cuba rujuk surah al-ahzab ayat 53;

“….Apabila kamu meminta sesuatu dari isteri-isteri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka..”

Kita bukan disuruh membawa tabir ke mana-mana kita pergi. kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan dengan buku ke, ngan file ke.

Kita lihat betapa Allah sangat ambil berat masalah hati para sahabat dan isteri-isteri nabi supaya mereka tak tewas ke dalam kemungkaran.

Kalau kita pun nak jadi sehebat diorang, kenalah buat apa yang diorang buat.

Takkan nak tunggu Allah sebut nama kita dalam Qur’an baru nak buat kot. Contoh: “Wahai Cik Hasni.. taatilah suamimu…” Isk2. tak layak nya…

 


5. Cepatkan urusan.

Ni mungkin applicable kepada students atau orang yang dah kerja yang terpaksa berurusan dengan team mate lelaki.

Dah tak boleh elak, dia je team mate kita.

So, apa-apa kerja yang nak dibuat bersama, buat je la keje tu.

Takyah nak borak-borak, tanya hal peribadilah, gelak-gelaklah, buat lawaklah.. tak perlu  dan tak perlu.

Siapkan kerja cepat-cepat, then pergi.

Perbincangan buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah secara professional.

Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu’minah yang ada identiti, yang taat pada perintah Allah dan takutkan hari pembalasan.

Jaga diri, hiasi peribadi.

P/s: Pesanan sahabat kepada sahabat… :-)

 

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

36 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Nurhidayah
Nurhidayah
7 tahun yang lalu

Alhamdulillah. Info yg sgt bermanfaat. Sesuai untuk jd guideline kpd muslimah yg dlm usaha nak berubah. In Shaa Allah, akan cuba apply step by step :)

Hanis Suhaili Fohzi
Hanis Suhaili Fohzi
10 tahun yang lalu

Salam… perkongsian yang sangat bermakna …

Ameerah Azmil
Ameerah Azmil
10 tahun yang lalu

Alhamdulillah post yg amat berguna. Satu peringatan buat diri. Syukran.

aimi amira
aimi amira
11 tahun yang lalu

suka sangat dengan tips niedan saya sangat setuju apa yang diperkatakan.

Sawari-chan89
Sawari-chan89
11 tahun yang lalu

Kakak admin..Sy ada sorang lecturer lelaki yang boleh katakn setiap hari kelas dia mesti memandang sy..sy xfhm la, dia knp xjaga pandngn dia sedangkan dia sudah pun berumahtgga..sy phm dia lecturer, tetapi sy rimaslah..mcm sy ni buat salah besar jer.Bknkah lelaki pun sepatutnya juga jaga pandngn …sy ni sekuat2 hati n iman menjaga pandngan..maklumlah sy belum berpunya.Sampai sy pun salah paham yang dia syok kat sy..dan time hantar work,,sumer xkene..marah2 ..padahal work kawan sy lg teruk kot sb bt last minute..mcm mana nak tgni lelaki cmni. Sy xfaham lelaki camni.

Ana cahaya
Ana cahaya
11 tahun yang lalu

Assalammualaikum,
maaf.. bagaimana pula klau perempuan tu diminta oleh beberapa org lelaki untuk mengajar mereka??

aidiela
aidiela
11 tahun yang lalu

sangat bermanfaat artikel nie.tp kenapa saya xboleh nak copy ehh?

shah
shah
Reply to  Muhamad Naim
10 tahun yang lalu

cik CEO elakkan perkataa yang tiada faedah “huhu” .. haha tengah praktis ni.. jangan marah.. :D

Musliha
Musliha
11 tahun yang lalu

Syukur Alhamdulillah. saya masih mampu menjaga diri dan menghiasi diri. :)

nora_cheya
nora_cheya
11 tahun yang lalu

bagusnya,,perlu dijadikan panduan setiap muslimah.. =)

bulan
bulan
11 tahun yang lalu

rase2 article ni ptotdiberi sorg 1 pd guru2 wanita di ikm lumut. trutamanye cik nur hidyah hamzah. kerana kebanyakn guru ikm tiada batas dgn student shingga bole student bole msg mlm2 tnye kabar. dimna nilai wanita nye? jgn pndai bkate2 shaje,tp jd hipokrit.

anisa
anisa
Reply to  bulan
11 tahun yang lalu

tak perlu lah mendedahkan nama tempat dan nama orang itu… itukan sudah dikira mendedeahkan aib orang?

Cuba ingat balik pesan Allah….barangsiapa yang mededahkan aib seseorang, Allah akan dedahkan aib dia pula…. :)