Rahsia Surah AL – KAUTHSAR

CEO —  28/06/2012 — 3 Comments

Surah AL – KAUTHSAR. Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

 .

sumber : khazinatulasrar

 

CEO

Posts Twitter Facebook Google+

Terima kasih kerana sudi bertandang di blog Aku Islam. Semoga artikel yang anda baca mampu memberi kebaikan. Semoga Allah Redha.. =) Jika anda berminat untuk menghantar artikel kepada kami, anda boleh merujuk caranya di sini: Hantar Artikel

Masukkan alamat email anda untuk melanggan ke blog ini dan menerima updates terbaru melalui e-mel....

Join 314 other subscribers

3 responses to Rahsia Surah AL – KAUTHSAR

  1. tentang fadhilat surah ni, dan kematian abu talib, ada rujukan yg meyakinkan tak?

    dari tafsir fi zilal, cuma cerita ttg kematian ibrahim dan Quraisy mempersendakan Rasulullah sbb takde keturunan (ank lelaki) yg akan menyambung dakwahnya kelak. di situ mrk mengharap Islam dapat dikalahkan. maka, turunlah ayat ini.

  2. ade dalil (prove) tak pasal statement ni?

Leave a Reply