Doa Apabila Ditimpa Demam

.

بسمِ اللـًّهِ الْكِبـيْرِ ، نَعُوذُ باللَّـهِ الْعَظِيـْمِ مِنْ شَرِّ عِرقٍ نَعَّار

وَمِنْ شَرِّ حَرِّ النَّـارِ

Maksudnya:

Dengan nama Allah yang maha Besar, kami memohon perlindungan dengan Allah yang Maha Agung dari kejahatan urat dan kejahatan kepanasan api ”

Keterangan & Petua Beramal

Menurut al-Imam Al-Zahabi, Ibn Abbas  berkata bahawa Nabi s.a.w mengajar doa ini agar dibacakan bila ditimpa demam panas.

Menurut sebuah hadith yang dikemukakan dalam sahih Al-Bukhari dan Muslim, Asma` r.ha telah menuangkan air kepada seorang perempuan yang ditimpa demam.

Beliau telah mengatakan bahawa Nabi s.a.w telah bersabda: “Sejukkanlah dia dengan air”.

— Petikan dari buku 101 doa daripada hadis2 sahih terbitan Telaga Biru Sdn Bhd

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments