Doa Agar Dipermudahkan Urusan

Doa Agar Dipermudahkan Urusan

Apabila menghadapi sebarang masalah, mohonlah pada Allah SWT keringanan dengan membaca doa berikut :

إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا

Maksudnya:

Wahai Tuhanku , tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah , apabila Engkau mengkehendakinya” .[1]

Petua Beramal

Adalah menjadi sunnatullah dalam kehidupan, bahawa manusia itu menghadapi ujian berupa kelaparan, kematian dan kesulitan, kerana dengan ujian yang berbagai itu Allah swt dapat mengetahui tahap keimanan hambaNya.

Firman Allah swt dalam surah al-Kahfi ayat 7:

إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا

Maksudnya:

Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.

Walaupun Allah sebenarnya telah mengetahui tahap keimanan manusia sebelum berlaku ujian, namun ujian seperti kesulitan itu dapat mendedahkan kepada manusia itu sendiri keperluannya untuk mengambil langkah-langkah pemulihan kepada permasalahan imannya sendiri.

Dia perlu memuhasabah dirinya , memperbaiki sikapnya, mengikhlaskan amalannya untuk mencapai kualiti amalan yang dikehendaki Allah dan sebagainya. [2]

Dalam buku  As’ad Imra`atan Fil Alam, Dr Aid Al-Qarni menjelaskan kepentingan memiliki semangat yang jitu dengan katanya yang bermaksud :

Jadilah manusia yang mempunyai cita-cita yang tinggi, melalui kesukaran untuk sentiasa mendaki kea rah kejayaan, secara istiqamah, elakkan dari kecundang. Ketahuilah bahwa hidup ini ibarat beberapa detik sahaja, jadilah seperti semut yang sentiasa sabar dan tabah…” [3]

Ini juga merupakan tip berharga buat dikongsi bersama meniti kehidupan .

[1] HR Ibn Hibban no 2427 , Ibnus Sunni  no 351 , Silsilah al-Ahadith al-Sahihah no 2886

[2] Lihat buku Mauqif al-Muslim, muka surat 51

[3] Lihat Kitab As’ad Imra`atin Fil Alam Bab Unzuri Ila al-Sahab Wa La Tanzuri Ila al-Turab, karangan Dr Aid Abdullah Al-Qarni

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

4 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Abdul Mun'im
Abdul Mun'im
3 tahun yang lalu

salam tuan,maafkan saya terdapat sedikit kesilapan pada doa perenggan di atas,sebab maksud dan ayat al quran tidak sama..harap tuan boleh perbetulkan..jazakallahu khairan kathira atas perkongsian bermanfaat ini

nur
nur
12 tahun yang lalu

mohon diambil doanya :)